Resipi sup tulang dan daging ini tak pernah gagal menaikkan selera, lebih-lebih lagi bila dimakan panas-panas dengan sambal kicap, nasi putih atau bihun.
Tapi nak dapat sup yang betul-betul ‘padu’ begini, memang kena ada teknik dan kesabaran. Antara resipi sup tulang padu yang boleh kita cuba adalah dari NurulHuda Yaakub ini.
Resepi ini siap dengan sukatan yang jelas dan cara masak yang ikut turutan, memang sesuai untuk sesiapa yang baru nak belajar masak atau nak upgrade sup versi biasa jadi luar biasa. Supnya memang tak puas hirup. Jom cuba!
Resipi sup tulang & daging ‘padu’
Ads
Bahan-bahan A: Rebusan asas
3 kg tulang lembu
½ kg daging lembu
2 inci halia
Air secukupnya
Tumis rempah: Bahan-bahan B
4 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
Bahan-bahan C: Dihiris nipis
8 biji bawang merah kecil
8 biji bawang putih
Bahan-bahan D: Dikisar
10 biji bawang merah besar
6 biji bawang merah kecil
10 biji bawang putih
2 inci halia dari rebusan daging
Bancuhan rempah: Bahan E
4 paket kecil rempah sup jenama Faiza
1 paket kecil rempah sup jenama Adabi
Bancuh dengan air (jangan terlalu cair)
Lain-lain bahan
Serbuk lada putih secukupnya
Mushroom seasoning secukupnya
Garam secukupnya
2 paket sup bunjut Adabi
Daun sup (dihiris nipis)
Cara penyediaan sup
1. Masukkan tulang, daging dan hirisan halia dalam periuk besar. Tambah air secukupnya dan rebus hingga empuk (lebih kurang 3 jam).
2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan B (kulit kayu manis dan bunga lawang) selama seminit. Masukkan bahan C (bawang hiris) dan tumis sampai naik bau dan sedikit perang.
Ads
3. Tambah bahan D (bawang kisar dan halia), kacau sampai pecah minyak. Kemudian masukkan bahan E (rempah sup bancuh). Kacau rata dan pastikan api tak terlalu kuat.
4. Tuang bahan tumis tadi ke dalam periuk rebusan tulang. Buka api semula. Tambahkan sup bunjut, serbuk lada putih, mushroom seasoning dan garam. Kacau rata, biar hingga mendidih dan kuah pekat.
5. Tabur daun sup sebelum tutup api. Siap dihidang dengan nasi atau makan dengan bihun!
Ads
INFO: Sup ini memang tak menggunakan rempah empat sekawan lengkap, cuma letak kulit kayu manis dan bunga lawang. Tapi rasanya tetap umphhh.
Kalau anda makan di Chicken Rice Shop semangkuk lebih kurang RM8-RM9. Apa kata buat dumpling soup homemade ni, sekali buat cukup satu family dapat makan.Buat dumpling kena rajin dan sabar. Buat sendiri lagi puas makan. Hirup sup panas-panas memang berselera makan.
Ada orang suka masak sup reneh begitu sahaja, Ada juga yang suka menumiskan bahan-bahan. Kalau nak buat stail mamak yang pekat boleh guna rempah sup. Lagi kaw rasanya, hirup terasa rempah ratusnya.
SUP AYAM PEKAT
Bahan-bahan:
1 mangkuk ayam -bahagian bertulang (kalau banyak ayam kena guna dua paket serbuk rempah sup)
1 paket rempah sup
1 paket 4 sekawan
Sup bunjut
1 biji bawang besar
Bawang putih-tumbuk
Halia -tumbuk
Tomato-dipotong dadu
Ubi kentang
Minyak secukupnya
2 mangkuk air
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Daun sup
Bawang goreng
Cara memasak:
Saya tak guna blender sebab saya lagi suka potong macam ni. Hiris sebiji bawang besar senipisnya.Panaskan 3 sudu minyak masak langsung tumiskan bawang dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.
2.Kemudian untuk bawang putih dan halia, saya suka tumbuk lumat. Kemudian masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.
3.Kemudian masukkan sebiji tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik.
4.Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.
5.Masukkan ayam.
6.Gaul rata.
7.Masukkan dua mangkuk air.
Campakkan bunjut sup.
9.Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Saya biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil.Sehingga sup dah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.
10.Sedia untuk dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Memang enak jika dapat hirup sup siam yang cukup rasa pedas, masin dan masamnya.
Bila dimasak, sup siam memberi aroma yang enak, buat anda tak sabar nak menikmatinya.
Gerenti tak cukup semangkuk.Dikongsikan cara buat Sup Ayam Siam yang mudah yakmat.
Sup Ayam Siam
Bahan-bahan:
½ ekor ayam-dipotong ikut saiz kesukaan
3 ulas bawang putih-ditumbuk
1 inci halia-ditumbuk
½ biji bawang besar-dimayang halus
1 sudu lemak/kulit ayam
1-2 batang serai-diketuk
1-2 helai daun limau purut
½ biji tomato-dipotong 4
½ batang lobak merah- dipotong baji
1 sup bunjut
1 ketul kiub pati ayam
3 sudu sos ikan/kicap sotong
1-2 biji limau nipis
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumiskan lemak/kulit ayam agak garing dan masukkan bawang putih, halia, bawang besar dan serai. Tumis sampai harum dan layu.
2. Dah menggelegak, masukkan ayam, kentang serta sup bunjut,kiub ayam. Kacau sebati. Bila ayam dah masak elok lalu masukkan sos ikan, tomato dan daun limau purut serta cili padi.
3. Perah limau nipis ikut kadar masam yang disukai.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan ajinomoto jika suka.
5. Seterusnya taburkan hirisan daun ketumbar.
6. Siap dan hidangkanlah dengan nasi, ayam goreng kunyit, ulam timun serta
sambal belacan.
Kredit: Khairul Abdullah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman webRASA: