Jika ke kedai makan atau restoran, menu Sup Tauhu Telur berkuah pekat dan sayur ni antara yang jadi pilihan ramai. Budak-budak pun suka. Teksturnya yang lembut dan enak. Memang tak puas makan. Anda suka menu ni tapi tak tahu nak masak macam mana? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Shaiela Ehin ni.

 

CARA MASAK SUP TAUHU TELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 2-3 tiub tauhu telur – dipotong
  • 1 tangkai daun bawang – dihiris
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 ulas bawang putih – diketuk sedikit
  • Kiub pati ayam secukup rasa
  • 1 biji telur
  • Cendawan – boleh dipelbagaikan dengan aneka sayur lain

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng tauhu telur hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian tumis bawang putih hingga keperangan.
  3. Masukkan air ikut sebanyak mana kuah yang anda nak. Biarkan mendidih.
  4. Seterusnya masukkan cendawan, lada hitam dan kiub pati ayam.
  5. Bila sayur dah masak, perlahankan api dan masukkan telur yang telah dipukul. Kacau cepat telur tadi bagi mengelakkan ia berketul-ketul.
  6. Masak lagi kuah hingga mendidih.
  7. Jika kurang rasa, boleh tambah garam dan perasa secukupnya.
  8. Padamkan api dan masukkan daun bawang. Tuang kuah ke dalam pinggan berisi tauhu telur.
  9. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Shaiela Ehin