Suka makan Tofu Telur? Bahan ini sangat enak dimasak dengan pelbagai cara masakan. Salah satu resipi yang mudah dan sedap ialah Tofu Telur Masak Sweet Sour. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Wati Radin Othman.
RESIPI TOFU TELUR SWEET SOUR
BAHAN-BAHAN:
Ads
3 paket tofu telur
1 biji telur
3 sudu makan cili kering kisar
Sos cili secukupnya
Sos tiram secukupnya
Sos tomato secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN HIRIS HALUS:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 biji tomato
1 biji cili merah
2-3 biji cili padi
CARA MEMASAK: 1. Buka plastik tofu dan hiris bulat. Kemudian bilas dengan air.
2. Pecahkan telur dan pukul. Tambahkan sedikit garam serta perasa.
3. Rendam tofu dalam bancuhan telur dan biarkan seketika. Kemudian goreng hingga keperangan.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi.
Ads
5. Bila bawang telah layu, masukkan cili kering kisar. Masak seketika hingga cili masak dan barulah masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
6. Bila dah garing, perasakan dengan garam, gula dan sedikit perasa. Gaul sebati. 7. Masukkan tofu yang digoreng tadi. Kacau rata.
Jom! lari dari masakan telur yang biasa. Goreng telur mata kerbau masak berkuah tomyam yang super sedap. Nampak ringkas tapi memang puas hati bila poket mula sesak.
TOMYAM PEACH TELUR MATA KERBAU
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur (digoreng mata kerbau separuh masak)
4 batang sosej (potong 4 bahagian)
1 bungkus cendawan enoki
2 biji tomato belah 4
BAHAN B (MENUMIS):
1 bawang besar holland (dimayang halus)
3 biji bawang putih diketuk
3 tangkai cili padi
halia
BAHAN-BAHAN
2 btg serai dititik
4 helai daun limau purut
2 ketul stock tomyam
1 sudu kecil jus limau nipis
1 sudu mkn susu pekat manis
daun ketumbar
garam n perasa
CARA MEMASAK
Panaskan sedikit minyak kemudian masukk bahan menumis. Tumis sehingga wangi dan jangan garing sampai kehitaman.
Kemudian masukk air dan bersama bahan-bahan lain. Tunggu sehingga mendidih.
Sudah mendidih masukk bahan A. Biar seketika. Rasa semua sudah sedap masam-masam manis boleh tutup api.
Setiap hari anda bergegas balik cepat semata-mata nak masak makan malam ahli keluarga. Sayang kesesakan jalan raya kerap jadi punca rutin harian menjadi kelam kabut, kadang-kadang sampai stres. Sudahnya sampai rumah masak pun cincai-cincai je.
Tenang ye ! Jangan stres-stres. Apa kata cuti hujung minggu anda buat pes sambal dalam kuantiti yang banyak kemudian frozenkan. Sebelum pergi kerja pagi pindahkannya ke bahagian bawah peti sejuk. Bila balik dan nak masak boleh terus guna, tak perlu nak berair mata kupas bawang, tumbuk cili bagai. Sah! Penggunaan pes segera ini boleh membantu kerja memasak dapur lebih cepat dan mudah.
Anda boleh pelbagai jenis masakan hanya dengan menambah sedikit bahan lain, pes yang sama boleh buat sambal sotong, buat asam pedas ikan dan macam-macam lagi, ikut idea bijak anda ye.
Sebagai panduan, ini admin kongsikan idea empat resipi masakan berasaskan pes sambal berserta pes sambal sekali.
Kalau anda ada ideal lain jangan lupa kongsi-kongsikan.
PES SAMBAL
BAHAN-BAHAN
100gm cili kering | Dibuang biji dan rendam
3 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2.5cm belacan | pilihan
½ cawan kecil air asam jawa
Minyak masak secukupnya
CARA-MEMASAK
Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat. Panaskan ¼ cawan minyak masak.
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan.
Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama). Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
SAMBAL SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
5 ekor sotong | potong gelang
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 biji bawang merah | racik
1 batang serai | ketuk
3 sudu makan pes sambal
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah yang telah diracik. Setelah agak berbau wangi, masukkan pes sambal dan serai. Tumis dengan api sederhana hingga naik bau.
Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sebentar.
Setelah agak kuah telah pekat dan sambal pecah minyak, angkat dan hidangkan.
IKAN CENCARU STIM BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan kembung bersaiz besar
3 sudu makan pes sambal
1 biji limau kasturi
2 batang bendi | hiris serong
1 biji bawang besar | hiris bulat
1 biji cili merah | hiris
Garam dan gula secukupnya
Aluminium foil
CARA MEMASAK:
Sediakan aluminium foil. Ikan kembung dilumur garam, gula dan perahan limau kasturi. Kemudian masukkan ikan ke dalam aluminium foil.
Masukkan pula pes sambal, hirisan bawang besar, cili merah dan bendi. Balut ikan dengan kertas aluminium foil tadi dan kukus dalam 15 minit. Selepas 15 minit, angkat dan hidangkan
SAMBAL TUMIS TELUR
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur | rebus, buang kulit dan digoreng
3 sudu makan pes sambal
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Panas kan minyak di dalam kuali dan tumis pes sambal hingga terbit bau.
Masukkan garam dan gula secukup r
Setelah sambal pecah minyak, masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi dan gaulkan untuk pastikan semua telur bersalut sambal.
Angkat dan sedia dihidangkan.
ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN
4 ketul ayam | sederhana besar
3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit daun kesum
1 batang bunga kantan
Sedikit daun ketumbar
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit. Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan bunga kantan. Kacau hingga bau wangi.
Masukkan sedikit air asam jawa dan air untuk kuah. Masukkan daun kesum. Setelah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Sesuaikan garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidangkan untuk aroma.
Sedapnya menu Tauhu Telur Berlado Petaini. Lauk sangat ringkas namun rasanya sangat padu. Memang terbaik. Kadang-kadang, tidak perlu lauk pauk yang mewah dan mahal untuk membuka selera. Hidangan ringkas begini ada kalanya lebih memuaskan hati. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang terbaik. Dah lapar? Jomlah masak resipi perkongsian saudari Khairunnisa Ahmad ni. Selamat mencuba!
CARA MASAK TAUHU TELUR BERLADO PETAI
BAHAN-BAHAN:
2 tiub tauhu telur – potong kecil
Petai secukupnya
Udang – kalau nak letak
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukupnya
BAHAN SAMBAL:
Cili padi hijau – ikut suka nak banyak mana
1 tangkai cili merah – saja letak untuk menaikkan warna
3/4 biji bawang holland – bawang merah biasa pun boleh
3 ulas bawang putih
Belacan secukupnya – boleh abaikan jika tidak suka
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan sambal. Kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak masak dan goreng tauhu telur terlebih dahulu hingga kekuningan. Angkat.
3. Seterusnya tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam, ajinomoto, petai, udang dan akhir sekali masukkan tauhu telur yang sudah digoreng.