Jika anda teringin hidangan yang berkuah, sup daging ala thai ini adalah menu yang sesuai untuk anda. Ia ringkas tetapi rasanya sedap macam makan di kedai Siam. Selain makan dengan nasi, sup ini juga boleh dimakan bersama roti. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh puan Nik Hakimah ini. Selamat mencuba!
SUP DAGING ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
Daging dipotong kecil
2 biji kentang
1 batang serai
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Sup bunjut
Perencah sup siam
Tomato
Batang saderi
Daun sup
Air limau nipis
Garam
Cili padi (jika mahu)
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus daging yang telah dipotong. Boleh guna pressure cooker atau periuk biasa. Selesai merebus, masukkan 2 biji kentang ke dalam periuk.
Ads
2. Dalam kuali yang lain, tumis serai yang diketuk, bawang merah, bawang putih, halia dan sup bunjut.
3. Tumis sehingga kekuningan. Boleh juga tumis hingga sedikit hangus. Barulah sedap. Kemudian, tuang tumisan tadi ke dalam periuk daging.
4. Inilah rahsianya, perencah sup siam. Letakkan perencah ini di dalam sup anda.
5. Rebus sehingga kentang empuk. Letak tomato yang dibelah 4, batang saderi, garam dan sedikit air limau nipis. Jika nak pedas, boleh masukkan cili padi yang telah diketuk.
Sambal ini jika betul masak hingga pecah minyak mampu bertahan sehingga 2- 3 minggu suhu bilik. Resipi kali ini hanya menggunakan cili merah kalau hendak pedas boleh tambah cili padi.
SAMBAL TUMIS BERLADA
BAHAN-BAHAN:
2kg Cili Merah
1/2kg bawang merah (dihiris nipis)
6 cm halia (dihiris nipis)
2 Sudu gula
Garam secukup rasa
1kg Santan (boleh guna santan kotak)
Ikan Bilis (anggaran 2 cekak)
Petai (kalau suka makan petai boleh letak)
CARA MEMASAK:
1. Cili merah di buang biji dan dihiris 3-4 bahagian. Kalau boeh potong bahagi 2 lagi untuk pendekkan. Didihkan air anggaran separuh cili tenggelam.
2. Didihkan sehingga cili lembut. Anggaran 1/3 air kering
3. Masukkan santan, bawang & halia yang dihiris nipis. Masa ini kalau hendak letak ikan bilis pun boleh.
Lebihan roti gardenia dah nak expired.Tak tahu nak buat apa? Ini salah satu menu yang boleh cuba untuk buat makan-makan bersama family.Hidang pula dengan kopi panas sebagai pelengkap hidangan.
CARA MEMASAK: 1. Rendam roti yang dicarik-carik ke dalam air masak satu cawan tadi ke dalam mangkuk besar. (Tekan-tekan roti tadi sampai meresap air. Rendam 10 minit sampai kembang) 2. Blender semua bahan yang bertanda * 2 minit. Masukkan bahan blender ke dalam mangkuk yang berisi roti tadi kacau rata. 3. Tuangkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam loyang yang dah disapu dengan mentega. 4. Bakar dalam oven api atas bawah suhu 180° (ikut kesesuaian oven masing-masing) selama 50-60minit / garing. Siap dihidang Kredit: Janna Hanie
Di hujung minggu, anda pastinya tercari-cari menu istimewa yang nak dihidangkan buat suami dan anak-anak. Jika biasanya hidangan nasiyang disajikan, apa kata hari ini anda cuba masak Bihun Sup Utara. Resipi original sebab lengkap dengan sambal merah dan bihunnya pun berwarna kuning. Nak masak pun mudah. Malah sup tulangnya juga sangat enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zaini Talib. Pasti puas hati.
Air secukupnya – hingga menutup daging dalam periuk. Jika nak lebih banyak kuah, lebihkan bahan-bahan lain juga.
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK SUP TULANG: 1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masukkan air. Rebus hingga daging empuk. 2. Kemudian masukkan garam dan perasa dengan secukupnya. 3. Jika suka, selepas sup siap dimasak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih goreng ke dalam kuah sup. Ia bertujuan menjadikan sup lebih sedap. Jika tidak suka, boleh abaikan. 4. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan sampingan. Tuang sup dan letakkan sambal merah. Nikmati panas-panas.
BAHAN CABAI / SAMBAL MERAH:
Cili kering siap kisar @ cili boh @ cili siap kisar
Sedikit bawang putih tumbuk
Sedikit bawang merah tumbuk
Asam keping @ air asam jawa @cuka secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK SAMBAL MERAH:
Tumis bawang seketika kemudian masukkan cili. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan asam keeping, asam jawa atau cuka dengan secukupnya. Tambahkan gula garam serta gula secukup rasa.
Jika tidak mahu menggunakan gula, boleh gantikan dengan sedikit sos cili. Kacau rata dan angkat.