Kek Karamel ni memang sedap. Gabungan antara Puding Karamel dan kek yang gebu sangat serasi serta memikat selera. Pendek kata, sekali rasa pasti nak cuba lagi. Ramai yang tertanya-tanya, macam mana kek + puding ni dibuat. Ada yang pernah cuba tapi tak menjadi. Meh cuba resipi perkongsian saudari Nor Fatihah ni. Pasti puas hati. Kek pun cantik. Sesuai sangat buat sempena hari jadi.
KEK KARAMEL ALUNAN KASIH
BAHAN KARAMEL / GULA HANGUS:
2 1/2 sudu makan gula
( Tabur gula di dalam loyang saiz 9 inci. Masak atas api kecil hingga gula cair dan bertukar warna perang muda. Sengetkan loyang supaya karamel rata. Sejukkan.
BAHAN PUDING:
2 biji telur – putih & kuning
3 biji kuning telur
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
( Kacau semua bahan-bahan dengan garpu hingga sebati sahaja. Jangan sampai berbuih. Tapis ke dalam loyang berisi karamel @ gula hangus.)
BAHAN MERINGUE:
6 biji putih telur – pastikan tiada bercampur kuning telur & air
3/4 cawan gula
1 sudu teh cream of tartar
( Pukul semua bahan dengan kelajuan high speed hingga kental & bertanduk. Meringue mencapai tekstur yang terbaik adalah apabila bekas diterbalikkan, adunan tidak tumpah.)
Ads
BAHAN KEK:
3 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan serbuk penaik
Pewarna pink dan hijau secukupnya
Serbuk koko / milo secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur, gula, air, minyak dan esen vanilla hingga berkrim.
2. Masukkan tepung gandum & serbuk penaik yang telah diayak bersama. Pukul lagi hingga kembang.
Ads
3. Kemudian masukkan meringue secara 3 peringkat. Kaup balikkan dari bawah dan keatas perlahan-lahan hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 2 bahagian dicampur dengan pewarna dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal. Masa ni boleh panaskan ketuhar dulu pada suhu 170C.
5. Dengan menggunakan sudu, tuang adunan hijau keatas dan sekeliling puding secara perlahan-lahan. Adunan akan terapung ye. Jadi tak perlu ratakan untuk dapatkan corak kek yang beralun.
6. Kemudian masukkan koko/milo ke dalam penapis dan ayak secara nipis memenuhi permukaan lapisan hijau tadi. Ulang proses yang sama dengan 2 lapisan lagi. Lapisan terakhir tidak perlu tabur serbuk koko/milo.
7. Kaedah bakar secara ‘water bath’ – Letak loyang kek ke dalam loyang saiz 10×10 dan isi air panas hingga loyang kek tenggelam sedikit.
8. Bakar selama 1 jam menggunakan api atas bawah. Kemudian 15 minit terakhir, guna api atas sahaja. ( masa membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar masing-masing.)
9. Setelah kek masak, sejukkan selama 20 minit sehingga tepi kek lekang dari loyang. Terbalikkan perlahan-lahan ke atas pinggan.
Bagi yang biasa buat kek terutamanya Kek Keju Leleh, pasti kenal dan biasa menggunakan Whipping Cream ni. Harganya pun boleh tahan mahal. Menerusi perkongsian FB Soleh Fattah, beliau kongsikan cara-cara menghasilkan Whipping Cream secara homemade. Ia bertujuan membantu para bakers yang punya masa yang agak terhad untuk keluar mencari barang dan juga menjimatkan kos. Jom cuba.
RESIPI WHIPPING CREAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan ovalette
5 sudu makan susu pekat manis
4 sudu makan susu tepung ( susu powder)
3 sudu makan gula – boleh kurangkan kalau tak suka manis
1 bekas ais – pastikan ais dalam ketulan kecil supaya senang nak pukul
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan dalam bekas besar. Gaul hingga sebati.
2. Pukul campuran menggunakan mixer selama 1 minit menggunakan kelajuan paling rendah. Ia bagi mengelakkan ais terkeluar dari bekas. 3. Masuk minit kedua, tingkatkan kepada kelajuan sederhana. Pukul selama 3 minit sehingga tak nampak ais. Masa ni tekstur adunan sudah berkrim dan kembang. 4. Bila ais dah tak ada (boleh dengar bunyi ais masa sedang adun), boleh tingkatkan kelajuan pengadun kepada maksimum. Pukul selama 2 minit sahaja. Jangan overbeat. 5. Siap dan bolehlah digunakan. Masa penyediaannya hanyalah 5-6 minit sahaja.
Biskut Kacang Peas memang sangat sedap dan merupakan salah satu biskut raya yang jadi kegemaran ramai. Sangat ringkas sahaja resipi biskut ni. Rasanya yang lemak, rangup dan tidak terlalu manis, membuatkan rasa tak jemu menikmatinya. Resipinya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Cubalah. Saudari Afieza Ariffin ada kongsikan resipinya. Sangat berbaloi untuk dicuba sempena Aidilfitri tahun ni. Pasti lebih meriah raya anda. Buat sendiri ni lebih jimat. Sekali buat dapat berbalang-balang. Jom cuba!
Buat yang suka makan makan kek, pastikan tidak terlepas dari membuat kek yang mudah dan enak rasa ini. Boleh dihidang untuk minum petang nanti. Sangat mudah hanya guna tiga bahan.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!