Macam-macam cara dan stail orang memasak. Ada yang masak campak-campak pun dah menjadi , rasa pun sedap. Berkenalan dengan Syed Munawwar Syed Muhazani salah seorang instafamous dengan jutaan pengikut di instagramnya syedmunawwar punyai stail tersendiri dalam mengolah masakan.
Leka melihatnya memasak di instagram, santai dan bersahaja. Setiap kali video memasaknya dimuat naik, sememangnya dinantikan.
Istimewanya pemuda berusia 27 tahun dan berasal dari Alor Setar,Kedah ini masih bujang namun mempunyai minat yang mendalam dalam masakan.
“Saya membuat perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Pada asalnya akaun instagram saya hanyalah akaun personal dan tidak aktif. Namun setelah melihat video masakan di instagram milik chef selebriti adamdidam bergandingan bersama Aunty Aini di rancangan Rasa Ketuhar Kuali, menarik minat saya untuk lebih rajin mempelajari ilmu masakan dan resipi-resipi yang belum saya tahu. Dari situ jugalah timbul minat untuk saya membuat video dan dikongsi di Instagram,” akui Syed.
Bermula dari detik itu, Syed akui mula memuatnaik video memasak di akaun instagram peribadi. Keluarga terutama ibu sering menyokong akan minat saya ini. Tujuan Syed mahu berkongsi ilmu masakan yang dapat dimanfaatkan oleh pengguna di media sosial.
Turut memberi inspirasi buat dirinya ialah chef instafamous raffieyusoff antara yang menarik minat dalam membuat video masakan dan mempelajari resipi-resipi yang belum mahir buat dirinya.
Tidak dinafikan dalam usaha untuk meneruskan minatnya itu, ada juga segelintir rakan-rakan yang menyindir dan memperlekehkan apa yang dilakukan pada mulanya. Walaupun begitu, tidak diendahkan dan terus berfikiran positif kerana terlalu minat dan merasa puas bila dapat berkongsi resipi dengan orang lain.
Pengalaman masak
“Menu pertama yang saya belajar masak adalah sambal telur goreng dan mi goreng. Mi goreng ini special sikit sebab saya belajar dari ayah saudara saya sendiri ketika itu dan menu bufet itu untuk dihidangkan kepada staf yang bekerja di sebuah kantin kilang di Perai.
Pada masa itu saya bekerja sebagai pembantu dapur dan ayah saudara saya tukang masak di kantin tersebut. Pertama kali saya masak untuk ramai orang. Memang berdebar tetapi Alhamdulillah mi tu habis awal dari menu bergoreng yang lain.
Saya juga pernah berniaga dengan menjual nasi lemak bungkus dan nasi tomato bajet bungkus dan diletakkan di kedai-kedai makan dan warung untuk sarapan pagi dan untuk kedai-kedai makan yang beroperasi pada waktu malam. Walaupun hanya beberapa bulan. Bagi saya banyak pengalaman yang saya peroleh dalam bidang perniagaan yang bermula dari rumah,” cerita Syed.
Ayah yang juga bekas seorang tukang masak di hotel turut berkongsi beberapa menu dan tip masakan kepada Syed. Malahan ibu juga mahir membuat aneka biskut raya dan mengambil tempahan dari rakan-rakannya setiap tahun pada bulan Ramadan dan Syed turut membantu ibu dalam menyiapkan tempahan biskut raya.
Kesungguhan dirinya dalam masakan turut mendorong dirinya untuk melibatkan diri dalam kelas-kelas PJJ atau Online Baking Class untuk mempelajari resipi kek dan pastri dan ia juga cabang memasak yang diminatinya.Akui Syed kekuatan masakannya adalah menu berlauk kerana keluarganya suka menikmati nasi. Syed juga suka mencuba dan belajar menu masakan lain dan tidak terhad untuk masakan melayu sahaja.
“Bagi saya skop dalam bidang masakan ini sangat luas. Dan lain orang lain cara masak. Walaupun selalu berkongsi resipi di instagram melalui video masak. Saya tak rasa diri pandai. Saya akui skop dalam bidang masakan ini adalah sangat luas dan tidak ada penghujung. Masih banyak yang perlu saya belajar. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya masak.
Majalah rasa juga antara bahan rujukan saya untuk mencari idea memasak. Menu yang selalu keluarga saya minta adalah masakan lauk pauk iaitu Gulai Ayam Pakistan,Nasi Briyani,gulai siam ayam,ayam masak ungkep,asam pedas ayam,ikan kembung goreng berlada,kari ikan kembung. Manakala dessert yang sering diminta oleh keluarga ialah brownies,”jelas Syed.
Syed berpendapat memasak adalah penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Walaupun Syed sering memasak namun masakan yang digemari tetap dari air tangan ibu sendiri. Kelebihan memasak sendiri di rumah ia lebih menjimatkan kos dan rasa lebih puas sebab boleh letak bahan sebanyak mana yang kita suka.
Dalam mengabadikan gambar dan video, Syed hanya menggunakan kelebihan smartphone yang ada. “Saya beli bahan mentah sendiri buat prep sendiri,masak sendiri,record sendiri,edit video sendiri dan kemas dapur sendiri. Kadang-kadang rasa letih jugak tapi saya rasa puas sebab ini minat saya. Apa saja yang kita buat dengan rasa minat dan semangat yang kuat itulah kepuasan yang hakiki. Dan rasa seronok lagi apabila resipi yang dikongsikan mendapat respon yang positif dan dicuba oleh ibu-ibu dan pelajar-pelajar yang berjauhan dari keluarga.
Ini kerana apabila mereka mencuba resipi itu dan sesuai di tekak mereka,rasa sedap. Resipi tu akan terus mengalir dan mereka akan sampaikan resipi tu kepada orang lain pula. Ilmu tu akan terus mengalir,” ujar Syed mengakhiri bualan.
TOM YAM SANTAN
Bahan-bahan:
2 liter air
5 helai daun limau purut / di carik kasar
5 biji bawang merah / dihiris
1 1/2 inci lengkuas / dihiris
3 batang serai / dititik
1 kotak kecil santan
4-5 sudu besar pes tomyam
5-6 biji cili padi merah dan hijau / tumbuk kasar
Ads
2 batang lobak merah / dihiris
1 1/2 sudu makan sos ikan
200gm isi ayam / potong dadu
100gm cendawan tiram
100gm cendawan enoki
100g cendawan shimeji
10 biji tomato ceri
1 sudu kecil gula
Sedikit garam
Jus limau nipis
Daun ketumbar
2-3 akar ketumbar
Bahan tumbuk kasar:
Cili Padi hijau dan merah
Cara memasak:
1.Panaskan periuk dan masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan santan. Sentiasa kacau perlahan.
2.Masukkan daun limau purut,serai,bawang merah,lengkuas,akar ketumbar. Rebus seketika.
3.Masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar dan pes tomyam. Kacau perlahan-lahan.
4.Kemudian masukkan isi ayam dan lobak merah.
5.Kacau, biarkan ayam sedikit masak dan lobak lembut.
6.Masukkan cendawan tiram,cendawan shimeji dan cendawan enoki. Rebus dan kacau perlahan-lahan.
7.Masukkan sos ikan dan tomato ceri yang dibelah dua. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
8.Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kacau sedikit dan siap dihidang.
KUETIAU HAILAM
Bahan-bahan:
1/2 bungkus kuetiau
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang merah / dihiris
5-6 ulas bawang putih / dihiris
3 sudu besar cili kering kisar
1-2 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar sos tomato
2 1/2 cawan air
1 kiub pati ayam
2 batang lobak merah / dipotong bulat@bunga
1-2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat
3-4 putik jagung / dipotong serong
15 ekor udang saiz sederhana
7 ekor sotong saiz sederhana
Setengah pokok brokoli / potong kecil
100gm sawi / potong 2 inci
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 cawan bancuhan air tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Rendam kuetiau dalam semangkuk air panas selama 10minit dan toskan.
2.Panaskan periuk non-stick goreng seketika kuetiau bersama kicap masin cair dan sedikit minyak bijan. Angkat dan ketepikan dahulu.
3.Panaskan minyak masukkan bawang merah dan bawang putih tumis sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak.
4.Masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato dan kacau seketika. Masukkan air biarkan mereneh.
5.Seterusnya masukkan kiub pati ayam,lobak merah,kicap manis dan kicap pekat. Kacau sebati.
Ads
6.Masukkan putik jagung,udang dan sotong,brokoli,pak choy,serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Kacau.
7.Akhir sekali perasakan garam dan gula. Tuangkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan kuah pekat seketika. Siap dihidang.
GULAI DAGING PAKISTAN
Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 biji bawang Holland / kisar halus
5 ulas bawang putih / kisar halus
2 inci halia / kisar halus
Akar ketumbar / kisar halus
7 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1 kg daging batang pinang / dipotong nipis
1 kotak kecil santan
1 sudu besar tomato puri
3 biji tomato / dipotong
3 biji ubi kentang / dipotong
3 cili solok
Daun ketumbar / dihiris
Garam secukup rasa
Bahan kisar halus:
1 Biji bawang Holland
Bawang putih
Halia
2 batang akar ketumbar
Bahan perap:
Gaulkan daging batang pinang bersama rempah kari daging dan perap dahulu 1-2 jam.
Cara memasak:
1.Panaskan periuk dengan minyak sapi dan minyak masak. Masukkan rempah 4 sekawan dan bahan yang dikisar halus tadi sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan rempah kari daging,serbuk cili,serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih. Masukkan satu cawan air untuk elakkan rempah kering. Kacau dan tumis rempah sehingga pecah minyak.
3.Bila rempah dah pecah minyak masukkan tomato puri,satu biji buah tomato yang di potong,sedikit daun ketumbar. Jika terlalu kering boleh tambah lagi sedikit air.
4.Kacau sebati dan biarkan seketika sehingga naik bau. Masukkan daging batang pinang yang diperap tadi. Kacau sebati. Biarkan seketika sehingga air daging keluar.
5.Masukkan satu liter air. Perlahankan api. Biarkan masak selama 30 minit atau sehingga daging empuk. Kemudian masukkan ubi kentang yang telah dipotong dan tuangkan santan. Jika suka kuah yang lebih cair boleh lebihkan air. Nak gantikan dengan yogurt pun boleh jika suka.
6.Kacau perlahan dan biarkan pecah santan. Kemudian masukkan lebihan daun ketumbar,tomato,bawang holland dan cili solok. Perasakan dengan garam secukup rasa.
(Gulai ni sesuai juga untuk dihidangkan bersama Nasi Briyani,Nasi Minyak atau Nasi Butter dan sesuai juga untuk apa jua jenis roti.)
CREAMY PARMESAN CHICKEN W MUSHROOM PASTA
Bahan-bahan:
150gm spageti
1 1/2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 pokok brokoli / dipotong kecil
200g isi ayam / dipotong kecil@dadu
7 cendawan shiitake
1 cawan susu Full Cream
5 ulas bawang putih / cincang halus
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Serbuk lada hitam kasar
2 sudu besar keju Parmesan
Ads
1/2 lada Benggala merah / dipotong dadu.
Garam
Cara memasak:
1.Gaulkan isi ayam bersama lada hitam dan secubit garam. Panaskan periuk bersama minyak zaitun. Masukkan isi ayam dan goreng setengah masak sebentar. Keluar dan ketepikan.
2.Masukkan pula cendawan shiitake dan goreng separuh masak. Keluar dan ketepikan.
3.Seterusnya panaskan periuk berisi air untuk rebus spageti.
4.Selepas air mendidih masukkan spageti dan sedikit garam. Rebus sehingga separuh masak dan masukkan sekali brokoli dan rebus selama dua minit.
5.Keluarkan spageti bersama brokoli dan toskan. Ketepikan dahulu.
6.Panaskan kuali bersama mentega. Masukkan bawang putih cincang halus. Tumis seketika.
7.Masukkan susu full cream dan serbuk pati ayam. Kacau sebati.
8.Masukkan keju parmesan,serbuk lada hitam kasar dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
10.Masukkan spageti dan brokoli. Kacau perlahan-lahan sebati bersama kuah. Tutup api. Sedia dihidangkan.
Info: Semasa merebus pasta hanya letakkan garam. Tak payah letak minyak nanti sos/gravy tak melekat/sebati bersama pasta.
MOIST CHOCOLATE CHIP CAKE
Bahan-bahan:
220gm tepung gandum (diayak)
1 1/2 sudu teh serbuk penaik (diayak)
250gm mentega
170gm gula pasir
3 biji telur gred A atau B
1 sudu teh esen vanilla
250ml susu Full Cream
200gm coklat cip
Loyang bulat saiz 9inci
Cara memasak:
1.Panaskan oven dengan suhu 160c api atas bawah selama 15minit.
2.Ayak bahan kering tepung gandum dan serbuk penaik. Ketepikan dahulu.
3.Masukkan mentega dan gula pasir dalam bekas. Pukul sehingga kembang menggunakan mixer.
4.Masukkan telur ayam satu persatu sambil pukul menggunakan mixer sehingga kembang.
5.Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi dan masukkan bahan kering yang telah diayak tepung gandum dan serbuk penaik secara berselang seli dengan susu full cream.
6.Masukkan secara berselang seli sambil pukul menggunakan mixer sehingga adunan sebati sahaja. Jangan overmix selepas masukkan bahan kering. Sekadar sebati sahaja.
7.Selepas itu masukkan 100gm coklat cip dari sukatan sebenar ke dalam adunan.
8.Kaup balik sekali lalu sahaja. Dan masukkan ke dalam loyang bulat berukuran 9inchi.
9.Taburkan 100gm lebihan coklat cip tadi ke atas adunan. bakar dengan suhu 160c selama 1jam.
10.Jika rasa coklat cip terlampau banyak boleh kurangkan.
Foto & Resipi:Syed Munawar Syed Muhazani
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bagi anda yang suka makan kek, seleksi kek homemade boleh masak guna Air Fryer ini antara yang patut dicuba. Sangat mudah, sedap dan dijamin menjadi. Sesuai dicuba pada bila-bila masa. Tidak perlu lagi ketuhar atau periuk kukus. Hanya menggunakan AF anda juga boleh membuat kek kegemaran dengan lebih senang. Berbaloi kan? Bukan setakat masak lauk, macam-macam boleh dihasilkan dengan gajet ini. Jom lihat resipi-resipi mudah yang anda boleh cuba.
1. KEK PANDAN SANTAN GEBU
BAHAN A: 4 biji telur 1 sudu makan ovalette – beli online disini 1 cawan gula – boleh kurangkan 4 sudu makan susu pekat manis – beli online disini (semua bahan dikisar @ diblender hingga gebu)
BAHAN B: 2 cawan tepung gandum – ayak – beli online disini 1 sudu makan soda bikarbonat – ayak – beli online disini 1 cawan santan kotak kara (200ml) – beli online disini 1 cawan air kisaran pandan ( kisar 3-5 helai daun pandan)
CARA MEMASAK: 1.Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau dengan senduk hingga sebati. 2. 2. Tuang ke dalam loyang bersesuaian dan bakar dalam AF dengan suhu 160c selama 45 minit atau sehingga masak. 3. Kek Pandan Santan moist sedia untuk dinikmati.
BAHAN-BAHAN: 1 cawan milo – beli online disini 2 cawan serbuk coklat – beli online disini 2 sudu besar minyak jagung @ minyak masak lain pun boleh 3 sudu besar tepung naik sendiri – beli online disini 3 biji telur gred B 2 sudu besar susu pekat 1 sudu kecil esen vanilla – beli online disini Sedikit almond slice atau chocolate rice Sirap coklat
CARA MEMASAK: 1.Adun semua bahan-bahan diatas (kecuali sirap coklat) menggunakan mixer hingga sebati dan gebu. Empunya resipi guna hand mixer sahaja. 2. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper. 3. Tabur almond slice di atas adunan kek. 4. Kek akan dibakar menggunakan 2 suhu menggunakan air fryer mengikut kesesuaian AF masing. 5. Bakar kek pada suhu 120c selama 30 minit. Kemudian ubah kepada 160c dan bakar lagi selama 20 minit. 6. Bila kek telah sejuk, boleh siramkan dengan sirap coklat mengikut selera masing-masing.
BAHAN-BAHAN: 2 biji telur 1 cawan susu pekat – beli online disini 1 cawan minyak masak 1 cawan susu cair – beli online disini 1 cawan koko – beli online disini 1 1/2 cawan tepung gandum – ayak 1 sudu teh baking powder – ayak 1 sudu teh soda bikarbonat – ayak
CARA MEMASAK: 1.Pukul @ kisar telur, susu pekat manis, minyak masak dan susu cair selama 2-3 minit. 2. Kemudian masukkan serbuk koko. Ksiar lagi hingga sebati. 3. Tuang bahan kisaran ke dalam bekas. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat. Kacau sebati. 4. Ambil loyang yang muat dengan AF. Lapik dengan baking paper dan tuang adunan kek tadi. 5. Bakar pada suhu 160c selama 35 – 40 minit atau hingga kek masak. 6. Sedia untuk dinikmati.
CARA MEMASAK: 1.Gaul rata kesemua bahan-bahan diatas dan adun hingga sebati. 2. Masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dan bakar menggunakan AF pada suhu 180c selama 15 minit.
3. Bila kek sudah masak, angkat, sejukkan dan hias mengikut kreativiti masing-masing.
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan ke dalam pengisar @ blender, kisar hingga sebati dan lembut. 2. Sediakan loyang, alas dengan baking paper dan tuang adunan yang dikisar tadi. 3. Bakar pada suhu 180c selama 25 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 160c dan bakar selama 15 minit. 4. Setelah siap, biarkan kek selama 15 minit di dalam air fryer. 5. Burnt Cheesecake siap disediakan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
1.Pukul putih telur guna mixer sampai kembang dan licin. Masukkan gula. Pukul lagi sampai gula hancur. 2. Masukkan ovallette diikuti dengan cuka. Adun sampai bertanduk. 3. Masukkan esen vanilla. Adun lagi. 4. Masukkan kuning telur. Kacau guna senduk. 5. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam adunan tadi. Kacau guna kaedah balik kaup. 6. Campurkan minyak, susu pekat, susu cair dalam cawan. Kacau sehingga rata. Masukkan dalam adunan. 7. Kacau guna kaedah balik kaup lagi sampai semua sebati. 8. Lapik baking paper dalam loyang sebelum tuang adunan kek. Jika tiada baking paper, sapu minyak sekeliling loyang. 9. Guna pewarna kalau nak buat corak diatas kek. 10. Panaskan AF pada suhu 180c selama 5 minit sebelum masukkan adunan kek. 11. Bakar dalam Af pada suhu 180c selama 19 minit. 12. Kek siap untuk dihidangkan.
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan dalam pengisar. Kisar hingga sebati dan halus. 2. Ambil acuan 6 inci yang muat dengan AF. Alas dengan parchment paper/baking paper. 3. Panaskan air fryer selama 5 minit pada suhu 180C. 4. Bakar kek selama 25 – 30 minit pada suhu 180C. 5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dipotong dan dinikmati.
BAHAN B (KISAR SEBATI): 6-8 biji p – potong kecil 1 cawan minyak jagung – beli online disini 1 cawan gula (kurangkan jika suka kurang manis) 3 biji telur
CARA MEMASAK: 1.Satukan bahan-bahan A. Ayak bersama. 2. Satukan bahan-bahan B. Kisar hingga sebati. 3. Masukkan tepung yang diayak tadi ke dalam bekas besar. 4. Tuangkan bahan B yang dikisar. Kaup balikkan hingga sebati. 5. Ambil loyang yang muat Af dan sapu mentega disekeliling loyang. 6. Masukkan adunan kek.
7. Panaskan AF pada suhu 160c selama 5 minit. 8. Masukkan loyang ke dalam AF dan bakar pada suhu 175C selama 20-25 minit atau sehingga kek masak.
CARA MEMASAK: 1.Kisar susu bersama oreo. Bsikut tidak perlu dibuang krimnya. 2. Setelah halus, tuang bahan kisaran ke dalam loyang bersesuaian atau cawan kertas dan bakar dalam AF. 3. Jika suka, boleh letak cip coklat pada adunan kek. 4. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit. Masa mungkin berbeza mengkut AF masing-masing.
Kek ribut atau nama popularnya, Kek Tornado memang sangat sedap. Lengkap dengan rasa coklat dan cheese bersama bila makan.
Bila beli, tak cukup makan satu bekas saja. Jadi apa kata buat sendiri lagi puas hati? Menerusi perkongsian daripada Ariana Sofia Ahmad ini, mungkin nampak macam susah nak buat tapi berbaloi bila dah masuk dalma mulut.
1.Masukkan telur dan ovalette. Pukul hingga kembang.
2. Bila dah kembang, masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
3. Dah sebati, masukkan susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
4. Kemudian, masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder. Kacau sebati.
5. Masukkan pula minyak masak dan kacau lagi. Akhir sekali, masukkan air panas. Kacau rata.
6. Bahagikan adunan kepada empat bekas saiz RC-750 (seperti di dalam gambar).
7. Sebelum kukus, pastikan tutup bekas supaya air kukusan tidak menitik. Kukus selama 25 hingga 30 minit atau hingga masak.
8. Dah masak, terbalikkan kek selama 5-10 minit supaya kek tak mendap.
9. Untuk bahagian topping cheese pula, masukkan cream cheese, whipping cream dan susu pekat manis. Putar sehingga sebati dan licin. Jangan putar terlalu lama nanti jadi cair.
10. Letak dalam piping bag supaya senang nak letak atas kek.
11. Kek coklat tadi belah di tengah-tengah. Lepas tu, pipingkan cheese dalam bekas macam dalam gambar.
12. Kemudian, letak pula kek coklat di bahagian atas. Pipingkan pula cheese di bahagian atas tadi. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit bagi cheese lagi pejal.
13. Untuk chocolate ganache pula, masukkan coklat dark compound, susu full cream dan mentega dalam mangkuk.
14. Sementara itu, panaskan whipping cream hingga sedikit mendidih. Tuang ke dalam mangkuk tadi. Kacau hingga sebati dan coklat menjadi cair. Kalau pekat, boleh tambah susu full cream atau susu segar.
15. Tuang chocolate ganache pada bahagian atas kek tadi dan pastikan coklat pada ketika ini sejuk atau suam. Taburkan chocolate chip atau chocolate flakes.
Kek Butter @ Kek Mentega Kampung yang sedap sememangnya digemari semua golongan tidak kira usia. Selain rasanya yang enak, ia juga mudah disediakan dan tidak renyah. Bahan-bahan yang digunakan juga sangatlah ringkas. Bagi anda yang suka makan kek yang simple begini, resipi Kek Butter Kampung perkongsian saudari Nurain Ain ni boleh dicuba.
TEKNIK 1: 1. Pukul gula, mentega dan esen vanila sampai gebu putih. 2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sebati. 3. Masukkan bahan-bahan ayak. Pukul lagi perlahan-lahan. 4. Bila sudah sebati, masukan susu cair dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 saat. Berhenti. 5. Ambil acuan bersaiz 8/9 inci, oles dengan mentega atau lapik dengan baking paper. Tuang adunan kek tadi. 6. Bakar kek pada suhu 170C menggunakan api atas bawah hingga masak.
TEKNIK 2: 1. Cairkan mentega dan ketepikan 2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan kecuali mentega cair. 3.Tambah 1 sudu makan ovalette. 4. Pukul bahan dengan kelajuan rendah ke tinggi hingga kembang putih. 5. Tutup mixer dan masukkan mentega cair. Kaup balikkan hingga rata. 6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di oles mentega atau dialas baking paper. 7. Bakar pada suhu 170C menggunakan api atas bawah hingga masak.
Sayur lemak putih ini antara gulai sayur yang biasa kita sajikan. Makan dengan ikan goreng dan sambal memang ngam.Cuma kali ini resipi yang dikongsi...