Bagi yang menggemari hidangan pasta tapi dalam masa yang sama ‘tekak’ Melayu boleh cuba hidangan spicy carbonara ini. Resipi perkongsian oleh Ayu Mashruddin ini sedap dalam masa yang sama pedas.
Diakui ia bukan pasta carbonara asli, hidangan ini kata Ayu sangat mudah disediakan. Hanya 30 minit diperlukan untuk menyiapkannya.
Cara buat spicy carbonara yang sedap dan mudah
Bahan-bahan
1 pek (500 gram) spageti
Bahan tumis
Mentega dan minyak zaitun – untuk menumis
1 biji bawang holland -dipotong dadu
1 labu bawang putih dihiris halus – lebih banyak bawang putih lagi sedap
4-6 tangkai cili api – hiris halus
Dada ayam / udang / beef pepperoni / salami
Bahan lain
1 tin cendawan butang – atau guna cendawan butang segar
Capsicum – potong dadu (jika suka)
1 tin Prego Cheese & Herbs (kuning)
1 tin Prego Carbonara Mushroom (biru)
1 tin full cream Dutch Lady (guna tin Prego untuk sukat)
1 kotak kecil cooking cream
2 senduk air rebusan pasta
1 kiub ayam
Garam & blackpepper
Italian Mix herbs
Ads
Cara membuat
1. Rebus spageti dengan sedikit minyak hingga masak. Kemudian tos.
2. Panaskan mentega dan minyak zaitun dalam kuali kemudian tumis bawang putih, bawang holland dan cili padi. Bila naik bau masukkan dada ayam, udang dan sebagainya. Tumis lagi.
3. Seterusnya masukkan cendawan butang bersama capsicum yang dipotong. Kacau.
Ads
4. Masukkan sos Prego tin kuning diikuti sos Prego tin biru. Kacau sebati.
5. Kemudian masukkan susu full cream bersama cooking cream. Masukkan juga air rebusan pasta. Kacau biar mendidih seketika.
6. Masukkan kiub ayam bersama garam, blackpepper dan Italian mix herbs. Perasakan ikut cita rasa.
Ads
7. Boleh sesuaikan kepekatan kuah menggunakan susu full cream. Jika nak kuah lebih tambah susu. Siap.
8. Letak spageti dalam pinggan dan tuang spicy carbonara ini, boleh dihidangkan.
Sesekali menikmati sajian Maggi Goreng Specialala restoran Mamak ni memang terasa keenakannya. Bagi anda yang suka sangat makan Maggi Goreng, apa kata cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni antara yang boleh dicuba.
Nampak sangat membuka selera. Sebenarnya menu yang seakan restoran ni boleh sahaja kita masak sendiri di rumah. Cukup segala bahannya, pasti terasa enak. Saling tak tupah macam dekat kedai.
Bagi penggemar menu ni, tak perlu risau. Bila-bila terasa nak makan, boleh dah masak sendiri. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
3 paket mi segera perisa Kari – mi direbus 1/2 masak 3 paket perencah mi segera Kari 3 biji telur Sawi dan tauge secukupnya 1 biji tomato Lobak merah 7 ulas bawang putih – ditumbuk 5 biji bawang merah – dihiris 1 biji cili merah – hiris 1 biji cili hijau – hiris 3 sudu makan cili kisar – beli online disini Fishball Meatball 1 sudu teh serbuk belacan – beli online disini 1½ sudu makan sos cili – beli online disini 1½ sudu teh sos tomato – beli online disini 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu teh sos ikan – beli online disini 1½ sudu makan kicap – beli online disini 1 sudu kecil kicap cair – beli online disini Serbuk lada putih – beli online disini
1.Tumiskan bawang putih sehingga garing.
2. Kemudian masukkan bawang merah. Masak hingga keperangan.
3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan fishball dan meatball.
5. Masak sebentar dan masukkan 2 biji telur. Masak seperti telur hancur.
6. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, serbuk belacan, kicap manis dan perencah maggi. Gaul rata.
7. Seterusnya masukkan sawi, tauge, lobak merah, tomato dan mi segera yang telah direbus separuh masak. Gaul sehingga rata.
8. Masukkan pula sos ikan dan kicap cair jika kurang masin.
9. Masukkan serbuk lada putih dan lagi 1 biji telur. Gaul sebati sehingga berasap.
Kalau anda biasa masak spaghetti Bolognese, apa kata kali ini cuba resipi Pasta Pesto Merah yang sangat sedap dan mudah.
Resipi yang dikongsi Kamarul Ariffin Nor Sadan, ini sangat sesuai untuk dihidangkan buat anak-anak di rumah bagi menggantikan nasi.
PASTA PESTO MERAH (TOMATO KERING)
BAHAN-BAHAN: (2 ORANG MAKAN)
1 mangkuk tomato ceri 1 sudu besar daun parsli kering 1 sudu besar daun basil kering 1 sudu besar lada hitam 2 ulas bawang putih – beli online di sini 2 sudu minyak masak – beli online di sini ½ cekak spaghetti 3 sudu keju parmesan Garam secukup rasa
1. Tomato ceri ni lebih manis dan ada cara untuk buat dia untuk jadi lebih sedap untuk masakan, iaitu keringkan atau jemur dia. Kalau jemur bawah matahari, perlu 4-5 hari. Jadi, kita keringkan guna oven atau air fryer.
2. Seperti biasa, kita perlukan daun parsli dan daun basil. Boleh guna daun segar atau daun kering. Kalau nak letak daun thyme dan rosemary pun boleh.
3. Belah tomato, taburkan daun herba pilihan kalian, garam, serbuk lada hitam, bawang putih (ditumbuk) dan minyak zaitun. Nak pakai minyak sawit pun tak apa. Gaul sampai rata.
4. Saya panaskan air-fryer ni dulu, 200° C selama 5-10 minit. Dah panas, alas dulang dengan baking paper. Susun tomato bahagian dalamnya (biji) menghadap ke atas. Biar bahagian dalam kering dulu.
5. Set suhu 120°C , masa 30 minit. Kalau gunakan oven, set suhu dan masa yang lebih kurang juga. 6. Ting! 30 minit tamat! Belum siap lagi tau. Tomato ni belum cukup kering. Kita kena terbalikkan tomato ni, dan set semula 120°C untuk 30 minit. Sambung panaskan dia lagi!
7. Nanti jadi macam ini. Kalian periksa dulu tomato kalian, dia sepatutnya tak terlalu basah dan lembut. Ia kena kering. Jika tak kering, terbalikkan semula dan panaskan lagi 15-30 minit. 8. Ini saya dah panaskan sampai dia kering. Kejadian dia dah hampir macam kismis. Luar kering, dalam basah sedikit. Perlu jadi sampai begitu, baru rasa tomato ni jadi sedap. Kalau malas, beli “sun-dried tomato”
9. Kalau belum nak gunakan, tomato dah dikeringkan ni biasanya orang simpan dalam bekas berisi minyak. Kalau nak simpan dalam plastik kedap udara (vacuum sealed) pun boleh.
10. Letak minyak sampai paras tomato tenggelam sahaja. Tomato kering ni boleh guna buat pesto merah, buat salad, buat letak dalam sandwic dan sebagainya. Ratah pun boleh. Sedap tau!
11. Oleh kerana hari ni nak buat pasta pesto merah, kita sediakan spageti dan kejujuran parmesan. Kalau buat pasta, guna keju parmesan baru lazat, sebab dia ada rasa masin dan bau menyengat.
12. Kemudian kita sediakan dapur dan peralatan. Satu periuk, satu kuali leper. 13. Rebus spageti sehingga al-dente, maksudnya sampai lembut tapi ada sedikit kenyal. Jangan rebus sampai betul-betul lembut. Kalau terlebih lembut, dah tak boleh dibaiki.
14. Sementara tu, kita buat pesto merah. Masukkan tomato kering, sesudu minyak tomato, seulas bawang putih, serbuk lada hitam, garam, daun parsli. Kalau nak pedas, letak empangan cili.
15. Kemudian letak keju parmesan supaya pesto ni berlemak! Jangan letak banyak sangat, sebab keju parmesan ni masin. Biar tak cukup, boleh tambah lagi kemudian. Kalau terlebih, masin jadinya.
16. Pesto biasanya ada letak kacang pine, tapi biasanya saya tukarkan kepada badam atau kacang tanah sahaja. Kalau tak nak letak pun tak apa, tapi nanti kurang “nutty” rasa pesto kita. 17. Tumbuk sampai lumat! Ni saya tambah sedikit pes tomato sebab pesto saya macam kurang masam. Tomato ceri saya tadi kurang masam, lebih kepada manis sahaja. 18. Spageti kita dah al-dente, toskan dan pindahkan ke dalam kuali leper. Jangan dibuang semua air rebusan spageti tadi, kita mungkin akan gunakan sedikit. 19. Letak pesto yang kita dah buat tadi, dan gaulkan sehingga sebati.
20. Kalau pesto tadi pekat sangat sehingga sukar nak gaul, atau spageti kita masih kental, maka ambil air rebusan spageti kita satu senduk. 21. Letak ke dalam kuali leper. Letak lah secukupnya. Sampai ramuan pesto boleh sebati dengan spageti dan spageti tu tak terlalu kental. Saya biasa gaul gunakan penyepit(thong).
22. Siap! Walaupun tak ada ayam atau daging, spageti ni tetap sedap. Kenapa? Sebab, tomato kering (dried tomato) tu ada rasa umami yang kuat, sebab ia mengandungi banyak glutamat semulajadi.
Selain nasi goreng, mi goreng adalah salah satu hidangan yang selalu jadi tarikan ketika sarapan. Nak cuba masak mi goreng basah yang mudah tapi sedap? Jom try.
.
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
Dua ulas bawang merah | kisar
Dua ulas bawang kecil | kisar
Sedikit cili kering | kisar
Segenggam udang kering | kisar
Segenggam ikan bilis | kisar
Fishcake | potong halus
Lobak merah | potong kecil
1 kiub pati ikan bilis
Garam dan gula secukupnya
Sos cili
Sos tomato
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Dua biji telur ayam
Sepeket mi kuning
Tauge
Daun kucai | potong halus
Kobis | potong kecil
Tomato | potong kecil
Sawi | potong halus
Sedikit air jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan kisar sehingga garing dan kekuningan.
2. Masukkan fishcake, lobak merah dan kiub pati ikan bilis.
3. Masukkan garam, gula, sos cili, sos tomato, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram. Agak-agak sukatannya.
4. Masukkan telur. Kacau lagi dan masukkan mi kuning.
5. Masukkan sayur iaitu tauge, daun kucai, kobis, tomato dan sawi.
6. Masukkan sikit air kalau rasa kering sangat.
7. Kacau lagi sebelum angkat untuk hidang.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.