Jika ada sotong di rumah, boleh cuba masak menu sotong sumbat masak merah ni. Nampak sedap dan menyelerakan. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Uya Masbah ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
1. Campurkan telur, lada besar merah, lada besar hijau, daun bawang, tomato, bawang besar dan kiub ayam. Pastikan kiub ayam hancur. Gaul hingga sebati.
Ads
2. Panaskan minyak dan goreng bahan yang telah digaul tadi sehingga menjadi scramble egg. Ketepikan.
3. Kemudian, masukkan bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia yang sudah dikisar ke dalam kuali. Masak sehingga naik bau. Masukkan juga garam atau serbuk perasa. Masukkan cili kering ke dalam kuali dan kacau hingga sebati sehingga sebati. Masak sampai pecah minyak.
4. Sementara tunggu cili masak, sumbat scramble egg ke dalam sotong sehingga padat. Letak kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya telur tak keluar.
5. Bila cili dah pecah minyak, masukkan sos cili dan sos tiram dan kacau hingga sebati. Tambah garam dan perasa mengikut kesesuaian tekak.
6. Akhir sekali, masukkan sotong tadi. Jangan kacau terlalu kuat, takut kepala sotong tercabut. Bila sotong dah masak, boleh padamkan api. Siap!
Jika buntu nak masak menu apa, ni ha…Telur Bungkus Ayam Tiram ni semestinya pilihan yang boleh dipertimbangkan. Menu yang sangat ringkas tapi rasanya memang sedap. Anak-anak pun pastinya suka. Pendek kata, memang tak perlu lauk lain dah. Jom cuba!
TELUR BUNGKUS AYAM TIRAM
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam hancur
100gm sayur campur
3 ulas bawang putih | dicincang
200ml sos tiram
Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN TELUR ( DIPUKUL BERSAMA):
4 biji telur
1 sudu teh tepung jagung
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan sayur campur. Kacau dan masak sehingga kering.
Kemudian, tuangkan sos tiram dan kacau sebati. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api.
Panaskan minyak di dalam satu lagi kuali, dadarkan telur dengan lebar yang sesuai.
Sudukan ayam yang telah dimasak secukupnya dan bungkus telur dengan kemas.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
Info Chef: Kuali cembung (wok) digunakan untuk mendadar telur supaya ayam tiram mudah dibungkus.
Ayam tumis tomyam ini tak banyak kuah macam masakan tomyam yang biasa kita makan tapi yang pasti ianya sedap.
Bahan yang digunakan untuk buat masakan ini pun lebih kurang sama dengan penyediaan tomyam, cuma tak dicampur dengan sotong atau udang. Lengkap dengan sayur, hidang satu lauk ini pun dah lengkap.
Ayam Tumis Tomyam Tak Banyak Kuah Tapi Sedap
Bahan-bahan
½ ekor ayam – potong kecil
1 sdb bawang putih kisar
1 sdb bawang merah kisar
3 sdb cili kisar
2 batang akar ketumbar
3 helai daun limau purut
2 batang serai -potong serong
2 sdb pes tomyam
1 sdb sos tiram
1 sdb sos cili
Bahan sayur
Bunga kobis
Kacang panjang
Putik jagung
Bawang holland
Lengkuas
Daun ketmbar
Cili padi dan cili padi merah
Cara memasak
1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat ketepikan.
2. Guna minyak yang sama tapi dikurangkan tumis bawang putih, bawang merah, cili kisar, batang ketumbar, serai dan daun limau purut.
3. Tumis sampai cili garing, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau seketika.
4. Kemudian masukkan ayam dan semua sayur, bawang holland, lengkuas dan cili padi. Tambah sikit air supaya tak kering sangat. Kacau sebati.
5. Kemudian perasakan dengan sedikit garam dan gula. Akhir sekali sekali tabur daun ketumbar, bawang holland dan taburan cili padi.
Siap. Satu lauk ini saja dah cukup sebab dah ada sayur sekali.
Daging salai adalah salah satu hidangan yang sangat sedap. Lazimnya kita lebih mengenali daging salai dengan hidangan masak lemak cili api. Kali ini RASA berikan empat resipi sedap berasaskan daging salai. Pengurus Pemasaran & Promosi D5 Agro Resources, Puan Rosniza Mohamad, berkongsi resipi menggunakan daging salai.
.
DAGING SALAI TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN:
150gm daging salai | hiris nipis dan kecil
2 biji telur ayam
1 biji bawang besar | hiris
1 ulas bawang putih | titik
5 biji cili padi | hiris
Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
1/2 sudu makan lada hitam
Garam dan perasa secukupnya
Minyaka masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng sekejap daging salai. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bawang besar dan bau putih.
Setelah wangi, masukkan hirisan cili padi dan cili benggala, kacau rata dan masukkan cili benggala.
Seterusnya masukkan daging salai dan kacau rata.
Tolakkan ke tepi kali daging salai, kemudian masukkan telur dalam kuali.
Kacau rata seketika, kemudian tolakkan semula daging salai ke tengah Bersama telur pecah.
Kacau rata dan lengkapkan rasa dengan sedikit garam dan perasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan daging salai sedia dihidangkan.
.
KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
150gm daging salai | hiris nipis
3 batang Kacang Panjang | hiris
1/2 biji tomato | potong dadu
Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
3-4 biji cili padi | hiris
Sedikit suhun | celur dan tos
1 sudu makan sos ikan
1 biji limau nipis | perah dan ambil jus sahaja
1/2 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit kacang tanah goreng | kisar kasar
CARA MEMASAK:
Daging salai celur sekejap, angkat dan tos.
Di dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan hirisan Bersama daging salai, gaul rata dan ketepikan.
Dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, jus limau garam dan gula perang.
Gaul rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk bahan hirisan, gaul rata.
Kerabu daging salai sedia dihidangkan.
.
AGLIO OLIO DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
1 peket pasta | rebus dan tos
150gm daging salai | hiris nipis dan kecil
1/2 biji cili benggala merah | potong dadu
1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
1 sudu the mix herbs
1 sudu the serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
4 sudu makan minyak zaitun
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan kacau rata.
Seterusnya masukkan pasta dan cili benggala. Gaul rata.
Perasakan dengan garam, mix herbs dan lada hitam.
Setelah cukup rasa, tutup api dan pasta sedia dihidangkan.
.
TALAM BERLAUK DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
2 biji telur
2 cawan santan pekat
Sedikit sos cili
BAHAN TUMIS DAGING SALAI:
50gm daging salai | hiris nipis dan kecil
1/2 sudu makan serbuk kari daging
2 ulas bawang merah | cincang
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
BAHAN TABUR:
Sedikit hirisan daun sup
Sedikit hirisan daun bawang
Seddikit bawang goreng
Sedikit hirisan cili merah
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan tumis daging salai, panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
Campurkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata dan masukkan daging salai, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, ketepikan.
Seterusnya sediakan adunan talam, campurkan tepung gandum, tepung jagung dan santan di dalam blender, kisar hingga rata.
Masukkan dalam periuk, hingga pekat dan berwap.
Tuangkan ¾ adunan dalam Loyang yang dialas dengan plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Kukus dalam pengukus yang telah sedia dipanaskan sebelumnya.
Apabila keras sedikit, taburkan tumisan daging salai di atasnya dan tuang lebihan bancuhan tadi, kukus semula hingga masak.
Setelah sejuk, sapukan permukaan talam dengan sos cili, dan taburkan dengan hirisan daun bawang, daun sup, bawang goreng dan cili merah.