Jika anda penggemar makanan Arab, mesti anda sukakan Sos Bawang Putih atau Garlic Sauce. Ia merupakan bahan pelengkap untuk menaikkan lagi rasa dalam hidangan. Kebiasaannya, Sos Bawang Putih dimakan bersama Shawarma. Memang sedap. Kalau anda nak resipi sama macam makan di kedai Arab, jom cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Afiqah Hairi ini. Mudah dan gerenti menjadi! Jom kita lihat cara-caranya.
SOS BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
4 ulas bawang putih
1 biji telur
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak jagung | masukkan sedikit demi sedikit
CARA MEMASAK:
Masukkan telur, bawang putih, cuka, gula dan garam ke dalam pengisar.
Kisar bahan-bahan tersebut dan masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit.
Cara mudah untuk ibu-ibu suri rumah mahupun bekerja menyediakan 5 jenis pes ni sebagai masakan harian untuk keluarga. Sangat mudah dan menyenangkan kamu di kemudian hari. Siap bungkus dan haanya masukkan dalam peti sejuk beku! Selamat mencuba.
Pes – Masak lemak cili api/sambal tumis/rendang/tom yum/padprik
1. SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN:
Bawang kecil 10 biji
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 5 ulas
Halia 1 inci
Cili boh 1 senduk besar
Belacan bakar 2 inci
CARA MEMASAK:
Tumis semua serentak sampai pecah minyak n naik bau.
2. MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
Serai 1 ikat
Bawang merah 10 biji
Bawang putih 5 ulas
Halia 1 inci
Kunyit hidup 2 inci
15 biji cili api ( boleh tambah tolak ikut berapa pedas kita nak)
CARA MEMASAK:
Nak tumis dulu boleh, tak tumis pun boleh sebab ada sesetengah tempat masak lemak tak bertumis. Tapi saya tumis.
3. TOM YAM
BAHAN-BAHAN:
Bawang Merah 10 biji
Bawang besar 1 biji
Cili Boh satu senduk besar
Cili Api 10 biji
Lengkuas 1 inci
Serai seikat
Udang Kering – satu sudu besar
Daun limau purut 5-6 helai
Serbuk belacan bakar – satu sudu besar
Air asam jawa – satu cawan
CARA MEMASAK:
Tumis semua bahan kecuali air asam jawa. Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam n gula. 🙂🙂
4. PADPRIK
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar 1 biji *
Bawang Putih 3 ulas *
Cili padi 5 biji *
Cili Boh satu senduk besar *
Daun limau purut 4 helai *
Sos Tiram satu sudu besar
Sos Tomato satu sudu besar
Sos Cili satu sudu besar
Kicap masin/manis agak2
CARA MEMASAK:
Tumis semua yang bertanda * Masukkan bahan2 lain waktu nak guna/masak nanti.
5. RENDANG
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 2 inci
Lengkuas 2 inci
Kunyit hidup 2 inci
4 ikat serai (lebih kurang 12batang)
Cili Boh 2 senduk besar
CARA MEMASAK:
Blend & tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau. Waktu nak masak nanti, baru masuk santan, kerisik dan daun kunyit.
Bulan puasa ni wanita berkerjaya memang perlu buat persiapan awal untuk memasak, kalau surirumah pun elok juga jika buat begini. Homemade pes asam pedas, pes masak sambal, pes nasi goreng kampung, sambal tumis & lada siap dikisar ni memang banyak membantu menyenangkan kerja memasak di dapur. Balik kerja terus masak, mudahkan.
PES ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Bawang Kecil
Bawang Putih
Kunyit
Halia
Lada
* Kisar semua bahan
PES MASAK SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
Bawang Kecil
Bawang Putih
Halia
Lada
* Kisar semua bahan
PES NASI GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
Bawang Kecil
Bawang Putih
Cili Api
Ikan Bilis
Belacan
*Kisar atau tumbuk untuk lebih sedap
PES SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN:
Bawang Kecil
Bawang Putih
Ikan Bilis
Lada blend
Belacan sikit
Air Asam
Gula Garam
CARA MEMASAK:
Kisar semua dan tumis hingga kering air dan pecah minyak.
Sejukkan masuk dlm bekas2 kecil untuk sekali masak dan simpan dalam freezer sejuk beku.
Selalunya, kita makan ikan kering sepat dengan cara menggoreng. Kali ini RASA ingin tunjukkan cara lain bagi menikmati ikan kering sepat dengan lebih wow lagi.
Dengan cara masak begini, ikan kering sepat itu menjadi bagaikan sambal ikan kering. Anda bukan sahaja dapat menikmati ikan kering sepat itu tetapi turut dapat makan bawang dan cili kering yang ditumis. Jadi lebih sedap.
Jom kita lihat resipinya.
IKAN SEPAT TUMIS CILI KERING
BAHAN-BAHAN
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
3 ekor ikan kering sepat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Hiris bulat bawang besar.
2. Hiris halus bawang putih.
3. Potong-potong cili kering dan buang bijinya.
4. Ikan kering sepat dibasuh dan dipotong-potong.
5. Panaskan minyak masak. Goreng ikan kering sepat.
6. Agak-agak separuh masak, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering.
7. Goreng lagi sehingga semerbak baunya.
8. Angkat dan sedia dihidang.
Tip: Cili kering boleh juga diganti dengan cili padi.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Roasted Chicken Wings ala Pizza Hut yang sangat sedap, mudah dan berbaloi. Ikuti langkah lengkap untuk hasil panggang yang juicy, enak dan memikat selera keluarga.