Menu sambal tempe yang rangup dan garing ini, memang sedap dimakan begitu saja. Boleh juga dibuat lauk sampingan bersama hidangan yang lain.
Resipi yang dikongsi Nurul Afidah Omar ini, sesuai untuk dibuat kudapan anak-anak di asrama.
Dalam resipi ini, empunya tidak memasukkan kentang tetapi boleh juga kalau anda ingin letakkan kentang.
Kentang dihiris nipis-nipis dan goreng, nanti gaul je sekali. Memang takkan lemau kalau masa menumis untuk sambal tu kerana minyaknya banyak dan gulanya ngam-ngam elok. Kentang tu pastikan hiris nipis-nipis dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas ye.
SAMBAL TEMPE KRUP KRAP
BAHAN-BAHAN:
Ads
10 bungkus tempe 2 genggam ikan bilis – beli online di sini 7 biji bawang besar | kisar – beli online di sini 5 ulas bawang putih | kisar – beli online di sini Halia besar ibu jari | kisar 10 sudu besar cili kering (yang dikisar) 10 sudu besar gula putih (nak ganti dengan gula melaka pun boleh) Air asam jawa Garam secukup rasa
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryerdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
Ads
1. Goreng sampai garing tempe dan ikan bilis. 2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
7. Bila gula dah cair dan sambal dah peka, tutup api. 8. Masukkan tempe dan bilis yang dah digoreng. Gaul sebati. Siap.
Ads
9. Untuk tempe dan bilis kekal garing, minyak memang kena banyak sebab nak bagi cili dan bawang tu betul-betul masak. Untuk rasa manis, masin dan masamnya boleh rasa. Kalau rasa tak cukup, tambahlah apa yang patut.
Resipi nasi ayam Thai ini boleh dikatakan hidangan nasi ayam yang paling ringkas untuk kita masak. Jika tiba-tiba terasa nak makan pun tiada masalah. Memang boleh terus buat kerana bahannya mudah dan senang dibuat.
Resipi nasi ayam Thai mudah
Bahan nasi ayam
2 cawan beras basmathi
½ biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sdm mentega
1 cm halia
6 helai daun ketumbar jawa
Bahan sup
8 cawan air
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 kiub ayam
ayam secukupnya
Bahan sos cili
15 tangkai cili api
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 sdm cuka
1 sdm gula
Garam
Tercari-cari resipi Daging Kicapyang mudah dimasak dan enak? Resipi perkongsian saudari Nurrul Ismah Ghazali ini antara yang sangat berbaloi untuk dicuba. Sangat mudah dan bahannya juga tidak banyak. Hanya bahan asas sahaja. Sangat sesuai bagi anda yang baru sahaja nak belajar masak menu ini. Orang bujang, anak dara sunti, abang-abang yang belum pernah masak, sekali tengok resipi pasti yakin nak masak untuk keluarga. Tentunya sangat-sangat berbaloi untuk dicuba. Anak-anak juga pasti suka kerana kepedasannya boleh diubahsuai mengikut selera masing-masing.
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan daging dan potong nipis. Pastikan lawan urat supaya tidak liat. 2. Masukkan daging ke dalam kuali. Tambahkan cuka. Biarkan air daging keluah dan mereneh namun jangan tambah air.
3. Bila air daging sudah sedikit kering, masukkan kicap manis dan kicap masin. Gaul dan ratakan. Jika kurang rasa, boleh tambah lagi ikut selera.
4. Bila air sudah agak kering dan kicap sudah meresap ke dalam daging, masukkan minyak masak.
5. Masukkan juga hirisan bawang dan juga cili padi.
6. Gaul rata dan masak hingga bawang layu dan sebati bersama daging. 7. Daging Kicap simpla tapi sedap siap untuk dihidang dan dinikmati.
Musim cuti sekolah dah nak tiba, agak-agak jadi mak dekat rumah ni mesti runsing sikit nak fikir menu apa nak masak bila anak-anak ada dekat rumah. Anak-anak kalau dah dekat rumah memang kerjanya makan je kan musim cuti sekolah ni. Asyik nak order delivery je pun tak best juga. Jom cuba resipi Roti John Homemade yang sedap ni! Anak-anak pasti sukakan menu macam ni. Resipi ni telah dikongsikan oleh Salimah Olie di Facebook, jom cuba!
ROTI JOHN HOMEMADE
Nak masak resipi Roti John Homemade ni kena guna non stick pan baru mudah kerja kita. Boleh dapatkan Shogun 36cm IH Marble Non Stick Wok dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5DISINI!!
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!