Bagi penggemar lauk telur, resipi Sambal Telur Cili Kering perkongsian saudara Wan LuQman ini semestinya wajib anda cuba. Sedap, mudah dimasak dan tidak menggunakan banyak bahan. Namun ia membuka selera makan. Memang nikmat menikmatinya bersama nasi putih panas. Berkeroncong perut dibuatnya. Tunggu apa lagi, jom cuba masak!
CARA MASAK TELUR SAMBAL CILI KERING YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- Cili kering secukupnya – beli online disini
- 5 ulas bawang putih
- Sejemput ikan bilis – beli online disini
- 1-2 sudu makan sos tiram – beli online disini
- 3 biji telur
- Gual dan garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
- Hirisan daun bawang
- Bawang goreng – beli online disini
- Limau nipis
CARA MEMASAK:
1.Potong cili kering dan rebus hingga lembut. Tiada sukatan khusus. Ikut selera sahaja. Jika tidak mahu rebus, bilas bersih.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng cili kering tadi.
3. Goreng cili kering namun jangan bagi hangus. Nanti pahit. Angkat dan ketepikan.
4.Tumis ikan bilis dan bawang putih hingga garing. Angkat.
5. Bila sudah sejuk sedikit, tumbuk cili kering, bawang putih dan ikan bilis menggunakan lesung.
6. Tumbuk tidak terlalu lumat dan juga tidak terlalu kasar. Sedang-sedang sahaja.
7. Panaskan sedikit minyak. Tumis sos tiram. Abaikan jika tiada sos tiram. Tujuanntya adalah supaya hasil masakan nanti jadi lembab-lembab sedikit.
8. Seterusnya masukkan bahan tumbuk. Masukkan juga gula dan garam dengan secukupnya.
9. Pecahkan telur di dalam kuali. Nak kacau sekaligus boleh. Jika suka kuning telur yang lembik, boleh masak ikut cara ini.
10. Bila putih telur sudah masak, tarik ketepi dengan berhati-hati. Jangan pecahkan kuningnya.
11. Asingkan telur putih dengan letak ke dalam pinggan. Teruskan memasak kuning telur hingga sampai tahap masak yang disukai.
12. Sambal Telur yang telah siap dimasak.
13.Tabur daun bawang dan bawang goreng. Wajib perah limau nipsi untuk rasa lebih sedap. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Wan LuQman
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI