Jom cuba buat Salted Peach Doughnut ni. Rupanya saling tak tumpah seperti buah Donat Peach yang sedang hangat viral tu.
Buah Peach berbetuk donat @ flat ini sebenarnya sudah lama ada di pasaran namun dek kerana viral, ramai mula mencari dan harganya juga makin melambung. Mahal juga! Maklumlah, buah ini adalah dikalangan buah-buahan import dari luar negara, jadi tidak hairanlah ‘mahar’nya lebih tinggi dari buah-buahan yang lain.
Buah-buahan yang bertaraf ‘sultan’ begini, tak ramai yang mampu membelinya. Lebih-lebih lagi jika keluarga yang berpendapatan rendah dan juga mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Dari segi rasa, saling tak tumpah seperti rasa buah pic yang lain cuma rupanya sahaja berbeza. Bentuknya berbentuk leper dan tidak bulat seperti biasa.
Bagi yang ingin mencuba sesuatu yang baru, saudari Che Azawimie Che Zahari ada kongsikan satu resipi istimewa iaitu Salted Peach Doughnut. Ia adalah donat yang dibentuk dan diwarnakan seakan buah peach dan mempunyai rasa lemak-lemak masin dan manis gula. Sedap! Kena makan panas-panas barulah terasa lemak-lemak masin mentega yang cair tu. Jom cuba. Anak-anak pasti suka.
Tatkala berbuka, tidak lengkap rasanya jika tiada hidangan kuih muih di meja. Mulut pasti mahu menikmati kuih-muih manis dan pedas sebagai kudapan selepas menjamah hidangan utama. Malah ada yang lebih gemar berbuka dengan kuih muih sahaja sebagai pengalas perut sebelum menunaikan solat terawih. Oleh itu RASA menampilkan koleksi resipi kuih muih yang boleh anda cuba tatkala berbuka nanti.
ANEKA KUIH MUIH MUDAH & SEDAP UNTUK BERBUKA
1. KUIH BAKAR JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung jagung
170gm gula pasir
200ml santan pekat
25gm tepung kastard
350ml air
2 sudu makan mentega
4 biji telur
1 tin jagung manis
Sedikit bijan
Pewarna kuning secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan hingga sebati kecuali jagung, mentega dan bijan di dalam pengisar.
Masukkan jagung dan kisar seketika sahaja.
Masukkan mentega ke dalam loyang dan panaskan seketika di atas api sehingga mentega cair.
Tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan di permukaan adunan dengan secukupnya.
Bakar pada suhu 180C selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Untuk mendapatkan kuih bakar yang lebih berkerak, pada 10 minit terakhir, bakar menggunakan api atas sahaja.
2. LEPAT LABU
BAHAN-BAHAN:
180gm labu | dikukus dan dilecek
100gm tepung gandum
100gm santan
85gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
½ biji kelapa putih parut | digaul bersama sedikit garam
Daun pisang yang dilayurkan
CARA MEMASAK:
Gaul labu bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata.
Seterusnya masukkan santan dan garam. Kacau lagi sehingga semua bahan mesra.
Ambil satu sudu makan adunan dan ratakan di atas daun pisang.
Letakkan kelapa parut di tengah-tengah adunan dan tutupkan dengan sedikit adunan labu di atasnya.
Bungkus memanjang dan kukus selama 25-30 minit atau sehingga masak.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Guna santan segar untuk hasil lepat yang enak. Elakkan mengguna santan segera kerana ia memberi rasa berlainan pada kuih.
3. KOCI LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung pulut
60gm tepung pulut hitam
375ml air
Secubit garam
Daun pisang secukupnya | dilayurkan
Sedikit minyak masak
1 cawan pati santan ( ditambah secubit garam)
BAHAN INTI:
1 biji kelapa parut putih
1 ketul gula Melaka
225gm gula pasir
2 helai daun pandan | disimpul
125ml air
BAHAN PATI SANTAN:
400ml santan pekat
2 sudu makan tepung beras
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Bagi menghasilkan intinya, masak gula Melaka, gula pasir dan air sehingga larut. Kemudian masukkan daun pandan serta kelapa parut. Masak hingga inti kelihatan agak kering. Angkat dan sejukkan.
Manakala bagi menyediakan pati santan, campurkan tepung beras bersama santan pekat dan garam. Kacau sebati dan masak sehingga pekat. Ketepikan.
Untuk doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Tambah air jika perlu.
Ambil sedikit adunan doh dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulat-bulatkan. Ulang langkah sehingga adunan habis.
Masukkan kuih koci ke dalam mangkuk pati santan. Kemudian sudukan kuih koci berserta pati santan ke atas daun pisang yang telah disapu minyak di permukaannya.
Lipat bungkusan kuih koci dengan kemas dan kukus selama 15 minit. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Selain dicelup ke dalam mangkuk berisi pati santan, anda juga boleh meletak doh kuih koci di atas daun pisang dan barulah disudukan pati santan.
4. TALAM UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
3 cawan parutan ubi kayu| anggaran 1 kg ubi kayu diparut halus dan diperah airnya
300ml air
50gm tepung jagung
300gm gula melaka
100gm gula pasir
400ml air
Daun pisang secukupnya
Minyak masak
LAPISAN PUTIH:
80gm tepung beras
400gm kelapa parut
1250ml air
3 sudu makan tepung jagung
1 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Satukan gula merah, gula pasir dan 400ml air sehingga larut. Tapis dan ketepikan.
Kisar ubi kayu parut dengan 300ml air kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan air gula Melaka dan juga tepung jagung. Kacau sebati.
Masak menggunakan api sederhana sehingga adunan kelihatan hampir pekat. Padamkan api dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles sedikit minyak dan dialas dengan daun pisang.
Ratakan adunan dan kukus selama 30 minit.
Bagi menyediakan lapisan putih, kisar kelapa parut dan juga air bagi mendapatkan santan.
Kemudian satukan santan, tepung beras, tepung jagung dan garam. Kacau sebati dan masak seketika sehingga naik wap.
Tuang lapisan santan di atas lapisan ubi yang dikukus tadi. Kukus kembali selama 40 minit atau sehingga masak.
Angkat dan sejukkan seketika sebelum dinikmati.
Info chef: Sebelum menuang lapisan santan, pastikan permukaan lapisan ubi kayu digores sedikit menggunakan garpu bagi memastikan kedua-dua lapisan melekat dengan sempurna.
5. GERODOK TELUR
BAHAN-BAHAN:
500ml pati santan
250gm gula Melaka
125ml air
10 biji telur
3 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam halus
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
Masak gula Melaka bersama air dan daun pandan sehingga larut. Sejukkan seketika.
Seterusnya masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. Tapis.
Oles sedikit minyak masak pada permukaan acuan. Tuang adunan telur tadi dengan secukupnya.
Kukus adunan tersebut selama 30 minit atau sehingga gerodok kelihatan kental.
Sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
6. PUTERI MANDI
BAHAN DOH:
300gm tepung pulut
Sedikit air kapur
Secubit garam
Air secukupnya
Pewarna kuning, oren dan hijau secukupnya
BAHAN INTI KELAPA:
300gm kelapa parut
150gm gula Melaka
50gm gula pasir | jika perlu
250ml air
Secubit garam
Sehelai daun pandan | disimpul
CARA MEMASAK:
Bagi menyediakan inti, masak air bersama daun pandan dan gula Melaka sehingga larut.
Tambahkan secubit garam diikuti kelapa parut. Kacau sehingga inti kelihatan agak kering. Jika mahukan lebih rasa manis, tambah gula pasir secukupnya. Sejukkan.
Campurkan tepung pulut, air kapur dan garam. Masukkan air secukupnya dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada tiga bahagian dan warnakan.
Cubit doh dan uli menjadi bentuk bulat. Picit bahagian tengahnya menjadi sedikit leper dan masukkan ke dalam periuk air mendidih.
Apabila doh timbul di permukaan air, angkat dan toskan air. Masukkan ke dalam mangkuk berisi inti kelapa.
Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.
7. KUIH BAKAR DAGING
BAHAN-BAHAN:
375gm tepung gandum
720ml santan cair
720ml air
5 biji telur
350gm daging kisar
2 sudu makan rempah kari daging
1 biji cili merah | dihiris
1 biji bawang besar | dimayang
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun bawang | dihiris halus
1 sudu besar minyak masak
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan goreng sampai naik bau.
Masukkan daging kisar dan masak sampai kering. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Sejukkan.
Seterusnya, pukul telur hingga kembang kemudian tambahkan santan dan air. Kacau rata.
Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul. Tambahkan sedikit pewarna kuning, garam dan gula secukup rasa.
Oles sedikit minyak pada acuan dan panaskan acuan di atas dapur dengan api perlahan.
Tuang adunan sehingga memenuhi 3/4 acuan. Biarkan seketika barulah disudukan inti daging tadi dengan secukupnya. Taburkan daun bawang dan hirisan cili.
Apabila bahagian tepi kuih kelihatan sedikit garing, masukkan acuan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 20 minit. Pastikan anda menggunakan api atas sahaja.
CARA MEMASAK : 1. Satukan ke semua Bahan A ke dalam pengisar dan kisar sebati . 2. Tuangkan ke dalam mangkuk . 3. Masukkan Bahan B dan kacau sebati . 4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan . 5. Perapkan adunan selama 1 jam . 6. Sementara itu panaskan kukusan . 7.Setelah diperap , kacau seketika dan tuangkan adunan ke dalam acuan / loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak . 8. Kukus selama 10 – 15 minit atau sehingga masak . 9. Keluarkan apam daripada acuan dan letakkan di dalam pinggan . 10.Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam . 11.Kelapa parut boleh juga dikukus agar tahan lebih lama . 12. Siap sedia dihidang !
.
Nota : Farisha juga ada resipi versi baby untuk ibu ibu muda kita
.
FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea
INGIN MEMBELI PENGUKUS@ FOOD STEAMER JOM BELI ONLINE DI SINI
Dalam merasai kuih muih melayu tak kan sama keenakan rasanya dengan kuih tradisi. Penggunaan bahan-bahan yang sukar untuk didapati membuatkan rasanya lebih istimewa. Buat yang ingin mencuba RASA kongsi dua resipi yang jadi kegemaran ramai ini.
BINGKA (BENGKANG) UBI BAKAR
Bahan-bahan:
1kg ubi kayu putih
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kastor
½ sudu teh garam halus
Sedikit minyak
Cara memasak:
Parut ubi kemudian campur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 30
minit.
Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang
ke dalam mangkuk.
Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula dan garam ke dalam mangkuk berisi sagu
ubi tadi lalu kacau rata.
Sapu mangkuk pembakar dengan minyak. Tuang adunan ubi tadi ke dalam mangkuk dan
ratakan.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 50 minit atau hingga
bingka masak.Sejukkan dan potong.
Waktu memasak: 45-60 minit
Cara membakar: Bakar
Jenis masakan: Pencuci Mulut
Keistimewaan: Rasa ubi bakar yang sangat enak
Saiz hidangan: RM6-RM8 utk 6 org
Info chef: Jika mahu bengkang nampak cantik dan berkilat keraknya, letakkan sedikit santan di atas bengkang itu, 2-3 sudu letakkan sikit-sikit atas permukaan bengkang.
Resipi sambal paru ini boleh disediakan buat peminat hidangan ini tapi pada masa yang sama tak berapa rajin nak masak selalu.Sebabnya sambal paru yang...