Sedapnya kalau dapat makan Roti Paratha homemade panas-panas. Sekeping memang tak cukup. Kalau nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Khadijah Jaafar ni boleh anda cuba. Memang mudah. Cubalah.
ROTI PARATHA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
1 sudu teh yis
150ml air
4 sudu makan minyak masak
Minyak/mentega/ minyak sapi untuk menggoreng
Mentega untuk sapuan
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, garam, gula, yis dan minyak masak.
Ads
2. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga adunan jadi sebati dan lembut.
3. Rupa doh yang dah siap diuli. Tidak perlu uli lama.
4. Tutup bekas doh menggunakan kain dan rehatkan selama 1 jam. Pastikan mangkuk disapu dengan sedikit minyak sebelum diletak doh supaya ia tidak melekat pada mangkuk.
5. Keadaan doh yang telah naik 2 kali ganda dari saiz asal.
6. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan. Saiz ikut citarasa masing-masing. Rehatkan doh sekali lagi selama 10-15 minit. (empunya resipi dapat dalam 9 biji)
7. Untuk mencanai, tabur sedikit tepung pada papan dan diatas doh. Ia bertujuan memudahkan doh digelek dan tidak melekat.
Ads
8. Canai atau gelek doh mengikut ketebalan yang disukai.
9. Panaskan kuali bersama sedikit minyak, mentega atau minyak sapi. Ikut citarasa masing-masing. Goreng roti paratha tadi selama 2-3 minit untuk setiap belah atau sehingga garing. Pastikan masak menggunakan api perlahan.
Ads
10. Setelah masak, angkat dan sapu sedikit mentega pada roti untuk menyedapkan lagi rasanya.
11. Sedia dinikmati bersama kari atau apa-apa kuah kegemaran.
Sana-sini orang bercakap mengenai roti sandwic yang tebal. Namanya Wanpaku yang berasal dari Jepun. Surirumah yang mengusahakan sandwic dari rumah, Suria Rashid berkongsi step by step membuat Wanpaku dengan langkah yang sangat mudah.
Suria mengakui telah mulai membuat Wanpaku sejak 2016 lagi untuk dinikmati sendiri di rumah. Menariknya, dia tak tahu pun sandwic tebal yang dia buat itu rupa-rupanya adalah Wanpaku.
“Saya memang suka makan sandwic. Kadang saya olah sendiri sandwic untuk saya makan di rumah. Tak sangka benda yang saya buat selama ni adalah wanpaku dan viral. Saya ada kongsi step by step Wanpaku yang saya buat di facebook. chicken slice dan crab stick boleh tukar dengan telur atau ayam bakar atau daging. Boleh ubah ikut selera masing-masing.”
WANPAKU VERSI SURIA RASHID
Ini bahan-bahannya.
Letak sekeping roti. Lepas tu susun timun.
Susun salad pulak.
Susun lobak merah.
Letakkan chicken slice.
Susun kobis ungu.
Letakkan sekeping keju.
Kemudian letak pulak crab stick.
Letakkan tomato.
Letak sekeping lagi chicken slice.
Letakkan sekeping lagi keju, baru ngam.
Susunkan sweet potato Japan.
Akhir sekali letakkan sekeping roti. Jangan lupa belah dua roti anda sebelum dimakan.
Jika di rumah ada roti sandwich yang sangat susah nak habis, boleh cuba resipi Garlic Bread atau Roti Bawang Putih perkongsian saudari Siti Norizan ni. Sangat mudah dan sedap. Bahan-bahan yang diperlukan pun sangat senang dan ringkas. Selain dimakan begitu sahaja, roti ni juga sedap dimakan bersama sup. Jom cuba!
RESIPI GARLIC BREAD KETAGIH
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus roti sandwich
3 labu bawang putih – tumbuk halus
3-4 sudu makan marjerin pelangi/mentega
Secubit garam
Sedikit daun parsley kering
CARA MEMASAK:
1. Satukan marjerin, bawang putih tumbuk dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan pula daun parsley kering. Adun hingga sekata.
3. Ambik roti dan sapukan adunan bawang putih hingga rata. Kemudian potong roti menjadi 3 bahagian. Ulang cara sama hingga roti habis.
4. Susun kepingan roti dalam tray pembakar.
5. Semburkan roti dengan sedikit air. Ia bertujuan supaya roti tak kering sangat.
6. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 170C. 17 minit pertama, bakar guna api atas bawah. 3 minit terakhir, bakar guna api atas sahaja.
Sedapnya Roti Nan Cheese. Kalau makan panas-panas memang terbaik. Jika anda dan keluarga sukakan hidangan ini, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi perkongsian saudari Nur Amiera. Lebih sedap, mudah dibuat dan boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!
RESIPI ROTI NAN CHEESE
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum cap rose
1/2 cawan marjerin
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan air
1 sudu makan yis (mauripan)
Keju cheddar (keping) secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula ke dalam air. Kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Dalam bekas berlainan, masukkan tepung gandum, marjerin dan yis. Gaul sebati.
3. Tuang air campuran gula tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga tepung tidak melekat di tangan. Pastikan bancuhan tepung tidak keras.
4. Tutup doh dengan tuala lembap selama 1/2 jam.
5. Bila doh naik, tumbuk doh bagi membuang angin.
6. Bahagikan doh dan bulatkan. Leperkan doh, masukkan keju dan canai leper. Biarkan 15 minit.
7. Panaskan kuali tahan lekat dan masukkan doh tadi. Tutup tudungnya dan masak guna api perlahan. Biar masak di kedua-dua belah.
8. Bila roti dah masak, sapukan sedikit mentega supaya roti nampak berkilat.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama kari atau sambal tumis ikan bilis. Kalau nikmati bersama Ayam Tandoori pun sedap.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.