
Teringin nak makan tapai, menyebutnya pun dah kecur air liur. Resipi tapai yang min kongsikan ni adalah tapai beras pulut. Nak buat tapai, beras pulut kenalah mengalami proses penapaian. Cuba resepi tapai pulut yang mudah dan ringkas ini.
TAPAI PULUT
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras pulut
- Ragi
- Daun pisang (boleh gantikan dengan daun getah)
- Plastic Wrap
- Lidi
CARA MEMASAK:
1. Cuci beras pulut hingga bersih. Rendam sebentar.
2. Masukkan pulut dalam kukusan (bekas pengukus).
3. Selepas dikukus masukkan dalam bekas/besen tuk diuli.
4. Lepas tu masukkan dalam kukusan sekali lagi.
5. Kukus untuk kedua kali.
6. Sepas tu angkat dan letakkan di dalam bekas/talam biarkan pulut sejuk.
7. Selepas setengah atau 1 jam (pastikan pulut betul-betul sejuk) masukkan ragi. Ragi kena tapis atau dan tabur di semua permukaan pulut.
8. Selepas itu terbalikkan pulut untuk tabur ragi di bahagian yang belum ditabur lagi.
9. Daun pisang mestilah dilap terlebih dahulu dengan kain bersih.
10. Ambik sudu dan letak atas daun terpulang letak berapa banyak.
11. Selepas itu bungkus tapai tu dan sematkan dengan lidi.
12. Gunting bahagian hujung tapai untuk lebih rapi.
13. Daun getah juga boleh dipakai.
14. Akhir sekali masukkan tapai ke dalam bekas/besen besar dan tutupkan dengan lebihan2 daun pisang sebelum diikat dengan kain sarung/selimut/pelikat/
KREDIT GAMBAR & RESIPI: Redzuan Abd Manaf
Resipi Biskut Ovaltine Ala Famous Amos, Mudah & Sedap!

Walaupun bayang puasa dan raya belum berbahang, tapi tak salah kan kalau kita cuba dulu resipi biskut yang mudah dan sedap ini.
Resipi biskut ovaltine ala famous amos ini, gabungan serbuk ovaltine berlemak dengan coklat beryls cair dalam mulut, memang sedap.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Azlina Ina ini.
BISKUT OVALTINE ALA FAMOUS AMOS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan buttercup atau marjerin (mana yang suka dan ada rezeki lebih nak guna pure butter silakan) – beli online di sini
½ cawan gula halus (kalau tak suka manis, boleh kurangkan) – beli online di sini
1 biji telur
¼ cawan minyak masak biasa – beli online di sini
½ cawan ovaltine
½ cawan susu tepung
1 cawan tepung jagung – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bikarbonat
3 cawan tepung gandum cap ros
1 cawan almond nips | dibakar kejap
1 cawan coklat chip
1 cawan coin milk beryls
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMBUAT:
1. Kacau buttercup dan gula halus hingga sebati.
2. Masuk sebiji telur dan minyak masak. Kacau lagi sampai sebati.
3. Masukkan ovaltine, penting bahan ni. Kacau lagi.
4. Kemudian masukkan susu tepung dan tepung jagung. Kacau lagi sampai adunan sebati.
5. Akhir sekali, baru masukkan campuran tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sebati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Bila dah siap, adun tambahkan almond nips yang dah dibakar kejap. Lepas tu satu cawan coklat chip. Kacau-kacau rata.
7. Mana suka kriuk-kriuk coklat boleh tambah coin milk beryls ya. Gaulkan rata.
8. Adunan doh memang lembik, jangan tambah tepung.
9. Masuk piping beg, nak cubit-cubit pun boleh.
10. Ok loyang sapu majerin ye, lepas tu susun cookies jangan rapat sangat nanti dia kembang. Bakar suhu 170C-180C masa 20 minit atau bergantung ketuhar masing-masing.
11. Mana yang ada coklat coin tu dia gelap sikit. Tekstur cookies ni waktu dia panas atau suam dia chewwy nanti dah sejuk dia rangup. Jadi nak makan waktu bila boleh pilih.
Kredit: Azlina Ina
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara-Cara Buat Kuetiau Mentah Secara Homemade. Lebih Sedap, Bersih & Tanpa Pengawet.

Sekarang ni ramai ibu-ibu yang suka buat bahan masakan secara homemade. Selain jimat belanja, bahan masak yang dihasilkan sendiri ni tentunya lebih bersih, diyakini halal, tanpa pengawet dan lebih sedap. Bagi puan-puan yang baru nak cuba, salah satu yang boleh dicuba ialah dengan membuat kuetiau mentah. Sangat mudah & anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA-CARA BUAT KUETIAU MENTAH SECARA HOMEMADE
- 2 3/4 cawan tepung gandum (340g)
- 1 cawan tepung pulut (125g)
- 1/2 cawan tepung beras (60g)
- 1 biji putih telur
- 1 cawan air (250ml) Tambah 1-2 sudu besar jika perlu
- 1 sudu teh garam
- 1/2 cawan tepung ubi – untuk ditabur semasa proses mencanai agar tidak melekat
CARA-CARA:
1. Satukan ketiga-tiga jenis tepung di dalam bekas.
2. Masukkan garam, putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Jika doh terlalu keras, tambah 1-2 sudu makan air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Canai dan nipiskan doh menggunakan mesin mi atau pasta. Semasa menggelek, pastikan tepung sentiasa ditabur bagi mengelakkan doh melekat antara satu sama lain.
4. Canai doh hingga nipis sebanyak 2 kali. ( empunya resipi canai guna mata no 5 sebanyak 2 kali, mata no 4 sekali.)
5. Setelah doh nipis, potong doh menggunakan pemotong pasta ( fetuccine) atau kueyteow.
6. Didihkan air dan masukkan 1 sudu makan minyak. Kemudian rebus kueyteow seketika. Jangan terlalu lama.
7. Setelah kueyteow timbul, itu menandakan ia telah masak. Segera angkat dan lalukan di bawah air mengalir bagi membuang lebihan kanji.
8. Toskan kueyteow hingga kering dan gaul bersama minyak masak sebelum disimpan atau dimasak.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Yana Ima Shida
Masukkan Bahan Rahsia Ini, Bagi Kuah Mee Bandung Sedap & Lemak

Siapa di sini anak Johor, pasti tahu keenakan rasa asli mee bandung yang pekat dan menyelerakan.
Resipi yang dikongsi Suzana Othman ini, memang lengkap dengan segala rasa original mee bandung Johor. Nak kuah lagi sedap, masukkan biskut Marie yang dihancurkan, menjadikan kuah lebih lemak dan sedap.
MEE BANDUNG JOHOR
BAHAN-BAHAN PES:
20 tangkai cili kering – beli online di sini
1 biji bawang besar – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
1 senduk udang kering – beli online di sini
1 senduk udang geragau – beli online di sini
½ mangkuk kacang tanah – beli online di sini
12 keping biskut Marie – beli online di sini
12 sudu besar gula – beli online di sini
Minyak untuk menumis
BAHAN UNTUK MENYEDIAKAN MEE BANDUNG:
1 peket mee kuning
1 mangkuk daging yang telah direbus | hiris nipis
1 liter air rebusan daging
12 ekor udang
3 keping tauhu
3 biji telur
2 pokok sawi | potong
1 biji lobak merah | hiris memanjang – beli online di sini
Garam
Serbuk pati ayam
TONTON Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera
BAHAN HIASAN:
Limau kasturi | belah 2 – beli online di sini
Cili hidup merah & hijau | hiris – beli online di sini
Daun bawang | hiris
Bawang goreng
BAHAN KISAR KERING:
Kacang tanah dan biskut Marie
BAHAN KISAR BASAH:
A. Bawang besar, bawang putih, udang kering dan udang geragau
B. Cili kering
CARA-CARA:
1. Mula-mula, sangai kacang tanah tanpa minyak dalam kuali. Kita bakar guna air fryer suhu 160°c selama 10 minit. Kacau-kacau sesekali supaya masak sekata.
2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng tauhu hingga masak, angkat dan ketepikan. Bila dah sejuk, hiris nipis untuk dijadikan hiasan.
3. Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bahan kisar A hingga garing.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Masukkan bahan kisar B. Bila cili kering dah garing, masukkan 12 sudu besar gula. Tak perlu letak garam.
5. Masukkan kacang tanah dan juga biskut Marie. Biskut Marie digunakan sebagai ejen memekatkan kuah dan menjadikan kuah lebih lemak dan sedap.
6. Gaul hingga semua bahan cukup garing. Tutup api.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
7. Simpan sebahagian pes mee bandung ke dalam balang kaca kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk.
8. Pes boleh digunakan berulangkali dan tahan hingga 2 minggu. Bila-bila nak masak mee bandung, pes dah tersedia.
9. Tinggalkan anggaran 4 senduk pes di dalam kuali. Masukkan air rebusan daging.
10. Apabila air menggelegak, masukkan daging, udang dan sayuran. Perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam.
11. Perlahankan api, masukkan telur sebutir demi sebutir. Jangan kacau hingga telur masak. Tutup api.
12, Celurkan mee kuning, toskan dan masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian tuang kuah mee bandung yang dah siap ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan.
Kredit resipi: Suzana Othman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Untuk Peminat Masakan Daging, Boleh Cuba Resipi Kambing Peratal
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: