Sedapnya kalau dapat makan kuih Bingka Roti panas-panas. Lemak, manis…Memang kena dengan selera. Jadi puan-puan, jika di rumah anda ada lebihan roti, bolehlah cuba buat Bingka Roti ni. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Shameema Ahamed ni tidak menggunakan ketuhar. Guna pemanggang ajaib je. Hasilnya memang cantik dan masak sekata. Jom cuba! 

 

RESIPI BINGKA ROTI BAKAR GUNA PEMANGGANG AJAIB

Cara Masak Bingka Roti Sedap Guna Pemanggang Ajaib

BAHAN-BAHAN:

  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur – pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 400ml santan – 200ml santan KARA + 200ml air (sy ltk pewarna hijau dan esen pandan)
  • 100ml full cream milk – boleh guna susu segar@susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam satu mangkuk besar. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, satukan susu, santan, gula, garam, telur, esen vanilla dan pukul hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan adun lagi supaya tepung tidak berketul. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk roti tadi.
  4. Biarkan roti terendam sebentar dalam masa 15-20 minit.
  5. Tuang campuran roti ke dalam pemanggang ajaib dan bakar hingga masak menggunakan api paling kecil. Kena selalu periksa kuih supaya tidak hangit.  ( empunya resipi bakar dalam 20 minit kemudia terbalikkan dan bakar lagi selama 20 minit.)
  6. Bila kuih Bingka sudah masak, sejukkan dan barulah dipotong. ( empunya resipi alas adunan kuih menggunakan baking paper supaya ia mudah dikeluarkan bila masak.)

Cara Masak Bingka Roti Sedap Guna Pemanggang Ajaib

Cara Masak Bingka Roti Sedap Guna Pemanggang Ajaib

IKLAN

Selamat mencuba!

 

IKLAN

Kongsi resipi & foto: Shameema Ahamed

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI