Putu Mayam sejenis makanan tradisional India yang mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan berbilang bangsa. Memang layan kalau dapat makan panas-panas. Berkeping-keping boleh dihabiskan tanpa sedar. Jom kita buat resepi Putu Mayam original seperti yang dikongsikan oleh Faizah Husain
RESIPI PUTU MAYAM
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras –BELI ONLINE 1 cawan air 1 sudu teh garam –BELI ONLINE 1 sudu makan minyak jagung – BELI ONLINE Pes pandan (jika nak rasa pandan dan warna hijau) Daun pisang Gula kabung – BELI ONLINE Kelapa parut putih
CARA MEMBUAT:
1. Potong daun pisang bentuk bulatan besar sedikit dari saiz putu mayam. Panaskan periuk kukus.
Ads
2. Dalam periuk lain masak air hingga mendidih.
3. Masukkan garam dan minyak jagung. Kacau biar sebati.
4. Tutup api dan masukkan tepung beras sedikit-sedikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika belum lembut tambah tepung sedikit demi sedikit.
5. Adunan panas-panas terus masukkan ke dalam acuan putu mayam. Kalau sejuk adunan keras tak boleh nak putar acuan.
6. Susun daun pisang yang telah disapu minyak dalam kukusan. Putar acuan secara membulat biarkan doh jatuh secara bertali di atas daun pisang. Jika tak tahan panas boleh putar di luar kemudian susun dalam kukusan.
7. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja. Balut penutup kukus dengan kain supaya wap tak jatuh. Sudah masak, susun dalam bekas.
8. Parut gula kabung. Guna gula kabung sebab kesedapan gula kabung tidak sama dengan gula lain.
Ads
9. Gaul gula kabung dan kelapa parut makan bersama putu mayam.
Di hari cuti begini anda pastinya tercari-cari resipi mudah & sedap untuk disajikan untuk keluarga. Bagi yang belum ada idea nak masak apa untuk minum petang dan makan malam, RASA kongsikan empat resipi mudah, ringkas dan enak inspirasi dari negara jiran; Singapura dan Indonesiayang boleh dicuba. Pasti suami dan anak-anak suka.
1. BAKWAN JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
5 biji jagung | hiris keluar isi
3 cawan tepung gandum
1 biji bawang | mayang halus
4 biji bawang putih | hiris halus
1 biji buah keras | tumbuk halus
2 tangkai daun ketumbar | hiris halus
3 biji cili merah | hiris halus
1 biji telur
100 gram isi udang | hiris halus
2 tangkai daun bawang | hiris halus
1 tangkai daun saderi | hiris halus
1 sudu teh garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk besar.
Gaul rata dan sebati, seperti membuat cucur.
Panaskan minyak dalam kuali.
Apabila minyak betul-betul panas sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali.
Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
Bakwan Jagung sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
INFO CHEF: Bakwan sama seperti cucur cara membuat dan rasanya, selain jagung anda boleh gunakan bawang atau sayur-sayuran kesukaan anda.
2. SINGAPORE CHAR KWAY TEOW
BAHAN-BAHAN:
450gm kuey teow
10 ekor udang | bersih dan dibuang kulit
6 ulas bawang putuh | cincang halus
2 cawan tauge
1 cawan kucai
2 biji telur
3 sudu makan minyak
BAHAN SOS:
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap biasa
1 sudu makan cili kering kisar
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh serbuk lada putih
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan-bahan sos. Ketepikan
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Masak sehingga terbit bau.
Masukkan udang dan masak sehingga sedikit kemerahan,
Masukkan kuey teow, kucai dan tauge dan kacau sebati,
Tuang sos dan masak selama satu minit.
6.Buat lubang di tengah-tengah. Pecahkan telur.
Biar sebentar dan kacau rata.
Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Untuk anda yang ingin rasa lebih kicap, kurangkan garam dan lebihkan kicap.
3. MURTABAK SINGAPURA
BAHAN KULIT MURTABAK:
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak sapi
BAHAN INTI:
400gm daging kisar
2 biji bawang Holland | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu teh halia | cincang halus
2 sudu makan daun ketumbar | cincang halus
1 1/2 sudu makan rempah kari daging
1/2 cawan air
4 biji telur
4 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kulit murtabak,masukkan tepung,minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
Gaul menggunakan tangan sehingga rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
Uli lagi selama 10 minit.
Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
Perap doh bersama minyak masak sekurang-kurangnya selama satu jam.
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumis bawang holland ,bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging cincang dan masak sehingga airnya keluar.
Perasaan dengan garam, gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata. Ketepikan.
Untuk membuat kulit, canaikan doh murtabak dan leperkan menggunakan tangan. Sambil itu renjis-renjiskan minyak di atasnya.
Ambil inti murtabak dan pecahkan telur di dalamnya.
Gaul sebati dan tuangkan ke atas kulit murtabak
Lipat keliling dan kemaskan lipatan menjadi empat persegi.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letakkan di atas kuali.
Gorenglah hingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan bersama kuah kari atau kuah dal.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih sedap, lebihkan daging kisar dan tebal intinya.
4. SINGAPORE CURRY LAKSA
BAHAN-BAHAN:
5 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1/3 cawan minyak
3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
4 batang serai |titik
3 cawan santan
8 cawan air
250gm ikan bilis | rendam dan kisar
250gm isi dada ayam
2 sudu makan stok ayam
10 biji bebola ikan
10 biji tauhu Pong
1 sudu teh garam
250gm mi kuning
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci halia
1/3 cawan air
BAHAN SAMPINGAN:
Sedikit tauge
2 biji cili merah | hiris
2 biji limau nipis
3 batang kacang panjang | potong 3-4cm kemudian celur
2 biji telur rebus | buang kulit dan belah dua
2 keping tauhu | digireng dan hiris nipis
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan kuah, campurkan bahan-bahan kisar bersama rempah kari dan serbuk cili. Gaul sebati dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tuangkan kesemua bahan tadi bersama daun kari dan serai. Tumis sehingga terbit bau.
Masukkan santan, air, ikan bilis, isi ayam, pati ayam , bebola ikan, tauhu pong dan garam.
Masak sehingga kuah mendidih, kemudian renehkan sehingga kuahnya pekat.
Keluarkan isi ayam, Carik-carikkannya, kemudian ketepikan untuk diletakkan atas mi,
Untuk menghidangkan mi, anda masukkan mi kunin ke dalam mangkuk. Susun bahan sampingan di tepinya dn tuangkan kuah di atasnya.
Taburkan isi ayam di atasnya, dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin rasa lebih pedas boleh tambah hirisan cili padi.
Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional yang asalnya diperbuat daripada tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis. Tetapi untuk resipi viral ini bahan yang digunakan hanya menggunakan bihun sebagai pengganti tepung beras dan tak perlu dikirai. Amat mudah untuk di cuba!
RESIPI KUIH KARAS @ BIHUN SIRA
BAHAN-BAHAN:
Gula 1/2 cawan
Air 1/2 cawan
Pewarna jika suka
Bihun..saya guna separuh bungkus saja..
1 cawan minyak masak(untk mengoreng kuih)
CARA MEMASAK:
Masak air gula sampai gula larut
Masukkan bihun(Cuci bihun dulu ye)..kacau sebati angkat dan toskan kan..
Panaskan minyak, ambik sedikit bihun yang dah di sira gula kemudian goreng sehingga kembang
Terus masukkan dalam gelas plastik..tekan@hentakkan guna gelas..kena guna 2 gelas plastik..(ok faham ye😉)
Buat sampai habis sejuk kan..simpan dalam bekas kedap..selamat mencuba..
Kuih Bom Inti Ikan kuih tradisi Terengganu yang dikenali juga sebagai kuih Paung Inti Ikan. Ianya sedap dan mudah disediakan kerana hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dalam dapur anda. Kuih ini sangat sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang atau sarapan pagi. Untuk resipi penuh ada dikongsikan di bawah ini.
KUIH BOM INTI IKAN BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN INTI IKAN:
5-6 ekor ikan kembung + ikan sardin | cuci bersih dan rebus dengan sedikit garam dan sekeping asam gelugor.
1 biji bawang besar/ 4 ulas bawang merah | kisar halus
1 inci halia | kisar halus
1 sudu kecil halba
1 kotak kecil santan segera/1 cawan santan segar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Campurkan semua bahan, tepung pulut, gandum, kelapa parut dan garam dalam bekas. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adun dan doh tidak melekat di tangan dan mudah dibentuk bulat-bulat.
Setelah siap adun, masukkan doh dalam peti sejuk sekejap (tip supaya kuih tidak meletop bila digoreng).
Sementara itu, boleh sediakan inti ikan. Asingkan isi ikan dari tulang, kemudian hancurkan dengan cara menumbuk atau ramas dengan tangan sahaja. Ikut suka.
Masukkan isi ikan dalam kuali, diikuti santan dan bahan kisar. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa secukupnya dan halba.
Kacau atas api sederhana hingga kering air (jangan terlalu garing, nanti tak sedap).
Tutup api dan biarkan sejuk.
9. Keluarkan doh dari peti sejuk. Bulatkan dan tekan di tengah untuk letak inti.
10. Kemaskan dan bulatkan balik semula. Lakukannya hingga habis doh.
11. Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng kuih Bom atau Paung hingga perang keemasan. Angkat dan toskan.
12. Setelah sejuk bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.