Sedapnya Sotong Masak Kam Heong! Buat sesiapa yang ada lauk basah sotong di dalam peti sejuk, bolehlah cuba resipi istimewa ini. Resipi yang dikongsi Liza Idris ini sangat mudah untuk dimasak dan sekejap saja dah siap. Jom cuba!
1. Panaskan minyak masak anggaran 5 ke 6 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering yang dicincang halus. Dah kekuningan, masuk daun kari. Oh ya, lebih sedap jika guna bawang holland. 2. Masukkan cili api. Dah naik bau harum semerbak tu, tuang bahan pes serbuk kari, sos tiram dan kicap tadi. Kacau dan kacau.
3. Masak sampai pecah minyak. Masuk 1 cawan air. Kacau dan kacau lagi. 4. Masuk sotong. Kacau sebati. Biar sekejap sampai sotong lembut. Jangan biar lama sangat, nanti liat. 5. Masuk garam dan serbuk perasa ikut selera. Akhir sekali, tabur daun sup sebagai penyeri dan penyedap rasa. Siap.
Wow kecur liur mengenangkan menu yang membuka selera ni. Menu ni pasti membuat anda tergoda untuk membuatnya. Sangat mudah dan buat korang bertambah makan.
Ini resipinya,
Cuci sotong sebersihnya. Buang tulang, dakwat hitam dan gigi sotong sekali.
Kemudian, kukus sotong bersama-sama:
1) Sebatang serai
2) Daun ketumbar
3) Bawang putih (1 ulas)
4) Lengkuas
Last sediakan kuahnya. Yang ini mengikut kehendak rasa masing-masing. Kalau nak pedas, tambah cili lebih. Kalau suka bawang putih banyak, tambah bawang putih lebih. Kalau nak kuah melimpah, asam limau kena banyak biji. Depend pada selera masing-masing.
1) Bawang putih (cincang dadu)
2) Cili hijau/merah (potong halus)
3) Asam limau (5-6 biji)
4) Sos ikan (3 sudu)
5) Daun ketumbar
6) Tomato
7) Belacan (bagi rasa wow)
Garam, gula, ajinomoto (secukup rasa)
Kukusan tadi, tapis air sotong. Jangan dimasukkan bersama dengan kuah. Nanti jadi cair dan tak sedap. Atau boleh je ambil satu sudu air sotong yang direbus untuk rasa manisnya air sotong semulajadi. Ewah.
Kemudian tabur kuah pada sotong dan gaul bersama. Nanti cubalah rasa. Kalau rasa tak masam kaw lagi, boleh perah sedikit asam limau. Kalau rasa tak cukup pedas, boleh tambah cili lebih.
Mesti korang tahu macam mana nak dapatkan rasa mengikut selera masing-masing kan? Tambah rasa, tambah rasa dan rasa lagi sampailah jumpa satu rasa yang betul-betul kaw perghhh.
Bila sebut sajian barat ramai yang terbayang bahan berlemak, keju, krim , mentega dan daging berlemak.Tetapi sebenarnya kalau kena gaya jika teknik masaknya bersesuaian seperti panggang, bakar (baked) dan kukus ia boleh menjadi rendah lemak. Ada banyak pilihan bahan yang berlabel ‘low fat’ dan ‘unsalted’sebagai gantian.
Kemudian gunakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat. Chef Hazieyanti dan Chef Haziq dari Malaysia Food (Authentic) College, Taman Ukay Perdana , Ampang, Selangor sedia berkongsi resipi.
1. AVOCADO SALAD WITH TURKEY HAM
BAHAN-BAHAN :
1 biji avocado | dihiris panjang
½ sudu kecil lada hitam | hancur
500 gm salad campur | dihiris panjang
1 biji lada benggala | dihiris panjang
1 biji bawang Holland | dihiris panjang
2 keping ham ayam belanda| disiat
½ sudu kecil minyak zaitun
CARA MEMASAK :
Panggang ham ayam belanda separuh masak sahaja.
Masukkan kesemua bahan yang dihiris panjang dan taburkan lada hitam, Gaul rata.
Gaulkan pula dengan minyak zaitun
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 8 minit
Cara memasak : Panggang ayam belanda sahaja
Jenis masakan :Salad
Keistimewaan : Pembuka selera yang juga sesuai untuk mereka yang berdiet
Anggaran kos : RM 30
Info Chef : Sajian yang mengandungi potassium yang tinggi dan kaya berserat dengan sayur-sayuran yang segar dan rangup.
2. STEM DORY FISH TOMATO SALSA WITH BROWN RICE
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk ikan :
½ ekor ikan dory
1 biji bawang Holland | dihiris
½ sudu kecil serbuk halia
½ biji lemon
1 sudu kecil daun ketumbar | dicincang
Garam secukup rasa
Bahan untuk tomato salsa :
1 biji tomato | dipotong dadu
1 biji bawang besar | dipotong dadu
½ sudu kecil daun ketumbar | dicincang halus
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1sudu makan jus limau
½ sudu teh lada hitam (hancur)
CARA MEMASAK :
1. Perapkan ikan dory bersama garam, serbuk halia, daun ketumbar,bawang Holland dan lemon
2. Kukuskan selama 15-20 minit
3. Sementara itu buat tomato salsa, campurkan kesemua bahan tomato salsa. Gaulkan bahan-bahan tomato salsa sehingga sebati
4. Selepas ikan siap dikukus, taburkan tomato salsa.
5. Hidang bersama nasi beras perang.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan :Ikan kukus
Keistimewaan : Ikan dory yang manis dan tomato salsa menjadikan ia sajian lazat
Anggaran kos : RM 40
Info Chef : Amalan pemakanan sihat tanpa penggunaan minyak. Jika tidak mahu ikan dory berbau hanyir perahkan jus lemon .
3. KING PRAWN EN-PAPILLOT
BAHAN-BAHAN :
5 ekor udang | buang kepala udang
½ batang brokoli | dipotong pendek
½ batang lobak merah | dipotong pendek
½ biji lemon | diperah jusnya
½ sudu teh garam
1 sudu makan minyak canola
1 ulas bawang putih | dicincang
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak kanola dan tumiskan bawang putih, masukkan lobak merah dan brokoli. Biarkan sedikit lembut dan masukkan udang.
Masukkan garam dan kacau rata semua bahan ini.
Siap untuk dihidang bersama nasi beras perang.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 5-8 minit
Cara memasak :Tumis
Jenis masakan : Udang
Keistimewaan :Sajian udang dan sayur yang sungguh lazat. Rasa masam manis
Anggaran kos : RM 31
Info Chef : Usah memasak udang terlalu lama untuk kekal berjus.
3. MIX FRUIT YOGURT
BAHAN-BAHAN :
1 biji strawberi
1 biji rasberi
1 biji kiwi
½ biji epal merah
1 cawan plain yogurt (tanpa perisa)
½ cawan susu segar rendah lemak
CARA MEMASAK :
1.Kisar semua bahan dan masukkan kedalam peti sejuk
2. Siap untuk di hidang
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 5 minit
Cara memasak : Campur dan kisar
Jenis masakan : yogurt (dessert)
Keistimewaan : yogurt penuh dengan rasa buah-buahan
Anggaran kos : RM 16
Info Chef :Sajian yogurt adalah sajian sihat yang baik untuk sistem penghadaman. Campuran buah-buahan menambahkan vitamin dan serat .
BAKED SALMON WITH AVOCADO SMASH
BAHAN-BAHAN :
1 keping ikan salmon
1/2 sudu makan minyak zaitun
1/2 sudu teh lemon | diambil jusnya
1/2 biji avokado | yang ranum dilenyek sampai halus
Garam secukup rasa
1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
CARA MEMASAK :
Perasakan ikan bersama minyak zaitun, garam dan daun ketumbar. Perap sebentar.
Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 10- 12 minit
Keluarkan dan ketepikan.
Bagi membuat avocado smash, ambil avokado dan lenyek hingga halus, dalam satu bekas dan kemudian masukkan jus lemon dan gaul hingga rata.
Letakkan avocado smash di atas ikan.
Hidangkan bersama kentang yang dibakar
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Gandingan ikan salmon lemak manis dan buah avokado yang lazat
Anggaran kos : RM 31
Info Chef : Ikan salmon kaya dengan dengan asid lemak omega 3 dan avocado baik untuk memelihara kecantikan kulit dan anti penuaan.
RESEPI : CHEF HAZIEYANTI SOEGIJONO DAN CHEF HAZIQ MASRAN
TERIMA KASIH : CHEF DATO MOHD FARID ALWI, MFA COLLEGE (MALAYSIA FOOD (AUTHENTIC) COLLEGE,Unit C-1-28 Blok C, Pangsapuri Spring Villa, Jalan UP 1/1D Taman Ukay Perdana, Ampang, Selangor .
Hari ni Min nak kongsi resepi dari Restoran Cina Muslim terkenal iaitu Restoran Haslinda Sim Abdullah. Sajian yang dihidangkan adalah resipi warisan keluarga ‘taukeh’ restoran sendiri Datin Haslinda Sim Abdullah .
Menariknya masakannya stail ala Hong Kong tetapi telah diolah semula oleh Datin Haslinda mengikuti selera dan citarasa rakyat Malaysia. Jika anda nak bersantai cuti Hari Kebangsaana boleh aje menjamu selera di restoran ini yang terletak di Bandar Baru Bangi.
Jom kita semak dan cuba resipi yang dikongsi ini.
1. MASAK ASAM IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap
Bahan untuk di kisar:
100gm bawang putih
100gm bawang besar
50gm serai
100gm lada merah
150gm pes cili @ cili boh
5 keping asam keping
50gm asam jawa
50ml air limau nipis
Garam secukup rasa
Bahan di potong kasar dan digoreng sekejap sahaja :
(secukupnya ikut citarasa)
Kacang panjang
Kacang bendi
Tomato
Bawang besar
Lada merah
CARA MEMASAK :
1. Ikan dikukus dalam pengukus.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga naik bau
3. Masukkan asam keping, air limau nipis, asam jawa dan garam secukup rasa
4. Campurkan sedikit air jika rasa agak kering.
5. Masukkan ikan siakap yang dikukus serta bahan-bahan yang digoreng tadi.
6. Siap untuk dihidangkan.
2. NAI WANG SHENG XIA (UDANG GALAH SUSU CAIR)
BAHAN-BAHAN : | dikisar satu persatu
100gm bawang putih
100gm lada merah
50gm cili kering
50gm serai
50gm belacan
50gm udang kering
2 ekor udang galah
50gm cili boh
250ml susu cair
Beberapa helai daun kari
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1.Udang galah yang sudah dicuci bersih gorengkan separuh masak.
2. Bahan-bahan yang dikisar ditumis hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan daun kari, garam, susu cair dan udang yang telah digoreng
4. Gaulkan dan biarkan masak dan naik minyak.
5. Sedia untuk dihidangkan
3. AYAM MASAK PORTUGIS
BAHAN-BAHANNYA :
300gm daging ayam | dipotong kecil dan digoreng setengah masak
15gm lada hitam
50gm marjerin
100gm sos cili
1 sudu makan gula
3 sudu makan susu cair
CARA MEMASAK :
1. Panaskan majerin di dalam kuali.
2. Masukkan lada hitam, sos cili dan gula , dan gaul sebati.
3. Kemudian masukkan pula ayam dan gaul lagi hingga sebati
4. Masukkan susu cair dan masak hingga agak sedikit kering
5. Siap untuk dihidangkan
4. TAUHU LABU
BAHAN-BAHAN :
2 batang tauhu Jepun
¼ biji labu kuning
½ paket cendawan putih Shimeji
200gm brokoli
1 ulas bawang putih
Minyak untuk mengoreng
Stok ayam secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tauhu sebatang dipotong empat.
2. Panaskan minyak, dan goreng tauhu hingga kuning. Cara masak sos :
3. Labu kuning dikukus bersama kulitnya sehingga masak
4. Setelah labu masak, korek isinya menggunakan sudu dan buang kulitnya.
5. Kisar halus isi labu tadi.
6. Kemudian panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih hingga kuning.
7. Masukkan labu yang dikisar tadi dan kacau mengikut citarasa pekat atau cair.
8. Sambil kacau masukkan garam dan stok ayam secukup rasa. Ketepikan sos labu.
9. Rebus brokoli dengan sedikit minyak.
10. Setelah direbus, susun ditepi pinggan
11. Letakkan tauhu ditengah pinggan kemudian siramkan dengan sos labu tadi
12. Siap untuk dihidangkan.
5. DUA KOMBINASI KAILAN
BAHAN-BAHANNYA:
300gm sayur kailan
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Daun sayur kailan dihiris halus
2. Kemudian digoreng dan toskan minyak agar garing. Ketepikan
3. Batang sayur kailan digoreng bersama bawang putih dan garam secukup rasa.
4. Taburkan daun sayur kailan yang digoreng tadi di atas batang sayur kailan
5. Siap untuk dihidangkan.
Terima kasih : Restoran Haslinda Sim Abdullah
Alamat : No. 46, Jalan Medan Pusat 2C, Section 9, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu operasi : 1100 pagi – 1030 malam
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...