Dapat makan kuih lejen ,putu kacang hijau memang puas hati. Mungkin tak ramai yang ingin membuatnya, agak renyah namun kesedapannya memang terbukti. Siapa yang ada kegigihan nak membuatnya dikongsi resipi ini.
Bahan-bahan: 1 kg tepung kacang hijau (Alagapas) 600 / 700gm gula icing Bilangan kuih putu yang terhasil mengikut saiz acuan putu
Peralatan yang diperlukan: Acuan putu Talam Kayu lapik pemotong Kain nipis Pisau
Ads
Cara membuat: 1.Sangai tepung kacang hijau hingga garing dan naik bau.
2.Masukkan dalam mangkuk dan gaul sebati dengan gula icing. Apabila sudah sebati, tutup adunan tepung dengan kain nipis seperti tudung bawal. Biarkan ia berembun semalaman atau simpan dlm peti sejuk (chilling). Adunan tepung yang dibiarkan semalaman akan menjadikan ia sedikit lembab kerana tekstur gula yang basah. Adunan tepung yang menjadi adalah apabila ia boleh dikepal-kepalkan.
3.Dengan menggunakan acuan kuih putu, taburkan tepung ubi sedikit ke dalam acuan (elak melekat). Ketukkan ia keluar dan barulah dimasukkan adunan tepung kacang hijau tadi ke dalam acuan. Padat-padatkan ia. Kikis lebihan tepung di acuan dengan pisau.Kemudian ketuk acuan dengan cermat untuk mengeluarkan kuih putu.
4.Susun kuih di dalam talam dengan kemas. Selesai semuanya, tutupkan talam dengan kain nipis seperti tudung bawal dan jemur ia di bawah terik panas matahari. Atau bakar dlm oven 10 min dgn suhu 100 – 120 darjah jika takde matahari nak jemur.
Di kala PKP ini bila dah duduk rumah lama-lama mula lah asyik nak makan. Kalau dapat makan kek pisang sedapnya.
Jom tengok resipi kek pisang dari Sue M.Arukin ni ada extra ramuan istimewa, buah kranberi kering. Pasti makin padu rasa kek pisang dengan kranberi.
Dalam resipi ni sue guna pisang berangan. Nak sukat cawan pun ada, nak timbang metriks pun ada. Berbaloi dicuba ni…
EXPRESS BANANA & CRANBERRY CAKE
BAHAN-BAHAN :
300gm (1 1/2 cawan) tepung gandum – beli online DI SINI 5 biji (medium size) pisang berangan 155ml (1 cawan) minyak sayur – beli online DI SINI 130gm (3/4 cawan) gula perang -beli online DI SINI 100gm (1/2 cawan) cranberry kering – beli online DI SINI 4 biji telur – gred A 1 sudu teh soda bicarbonate – beli online DI SINI 1 sudu teh baking powder – beli online DI SINI 1 sudu teh esen pisang (optional) – beli online DI SINI
CARA MEMASAK : 1. Masukkan pisang, gula perang, minyak sayur, esen pisang dan telur ke dalam blender lalu kisar halus. 2. Tepung gandum + soda bicarbonate + baking powder diayak di dalam mangkuk yang besar. 3. Tuang bahan-bahan yang dah diblender ke dalam mangkuk tepung lalu kacau sebati dengan senduk. 4. Tuang bancuhan kek ke dalam loyang yang dah disapu minyak dan dialas dengan parchment paper. 5. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 45 minit atau hingga kek masak. Enjoy!
Nota dari Sue: *kalau guna pisang emas atau lemak manis, guna dalam 8-9 biji. *boleh juga guna tepung naik sendiri (tapi tak perlu guna baking powder). *waktu membakar dan suhu ketuhar bergantung kepada ketuhar masing2. *kalau tak ada cranberry boleh ditukar kepada kismis atau tak letak apa2 pun tak apa. *kalau suka kek yang nampak serat pisang, pisang jangan diblender, sebaliknya lecek sahaja.
Cekodok atau jemput-jemput memang kegemaran ramai. Dah namapun cekodok jadi memang senang sangat membuatnya. Gula tu opsyen, tapi kalau dah ubinya manis, boleh aje kurangkan gula.
Kalau ikut Maisarahsidi , dia akan kurangkan sedikit kuantiti tepung gandum berbanding ubi ungu. Biar kuantiti ubi ungu lebih daripada tepung gandum baru terasa nikmat ubinya. Jom cuba resipi yang dikongsikan olehnya.
CEKODOK UBI UNGU
BAHAN-BAHAN :
Ubi ungu | biar kuantiti lebih dari tepumg gandum
Tepung gandum secukupnya
Air secukupnya
1 sudu makan gula
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya: 1. Buang kulit ubi dan kukus hingga empuk.
2. Setelah empuk, lenyekkan ubi hingga hancur. 3. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas berisi ubi ungu yang telah dilenyek. 4. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang ngam (tidak begitu cair atau tidak terlalu pekat).
5. Setelah adunan sebati, jemput adunan guna jari atau sudu ke dalam minyak yang telah dipanaskan dalam kuali. 6. Goreng dengan api sederhana sehingga masak. 7. Sedia untuk dihidang.
Makan panas-panas dengan kopi atau teh memang nikmatlah. Buat minum petang pun sedap, buat sarapan pun okay sangat. Jom cuba, senang sangat ni.
Sedapnya kalau dapat makan pisang goreng yang keraknya rangup. Kena pula dengan pisang yang sedang elok masaknya, lagi hebat rasanya. Menurut Cikgu Afy Al Habibi, untuk mendapatkan pisang goreng yang sedap, ada beberapa tip yang harus diikuti. Antaranya ialah, adunan tepung haruslah dibancuh sendiri dan tidak menggunakan tepung segera.
Malah pisangnya juga kena pilih yang sederhana masak, lembut dan manis rasanya. Warnanya? Pilih yang kuning keemasan. Barulah hasil pisang goreng tu nampak lagi menyelerakan. Sebaiknya guna pisang lemak manis.
Cikgu Afy berkongsi resipi bancuhan tepung pisang goreng yang boleh anda semua cuba. Istimewanya, beliau tak letak pun kapur. Hasilnya tetap rangup tau. Jom cuba! Bolehlah masak untuk minum petang nanti.
2 sudu makan telur – sebaiknya guna telur putih sahaja lebih baik
1/2 cawan kecil air sejuk
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung beras, garam, serbuk kunyit, telur dan air ke dalam bekas. Kacau rata semua bahan tadi. Tekstur adunan tepung haruslah tidak terlalu pekat dan perlu sedikit cair.
2. Buang kulit pisang lemak manis satu persatu. Masukkan ke dalam adunan. Tidak perlu belah kerana saiz pisangnya kecil.
3. Gunakan pengepit. Masukkan satu persatu pisang ke dalam minyak gorengan sambil merenjis adunan tepung yang melekat di pengepit. (renjisan tepung untuk menghasilkan serdak rangup)
4. Pisahkan terus pisang yang melekat antara satu sama lain dalam kuali. Balik-balikkan supaya pisang masak sempurna.
5. Bila serdak tepung gorengan sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya terlebih dulu. Jangan biar sampai hangit. Biasanya serdak akan lebih cepat garing berbanding pisang.
6. Bila pisang goreng sudah kelihatan sebegini, bolehlah angkat dan toskan.
7. Sedia untuk dinikmati.
8. Bancuhan tepung tadi juga boleh digunakan untuk menggoreng ikan, sotong atau udang. Sedap!
TIP UNTUK MENGHASILKAN PISANG GORENG YANG CANTIK
1. Guna minyak yang banyak semasa menggoreng. 2. Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa pisang dimasukkan). 3. Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana sehingga pisang masak.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.