Korang pernah tak tiba-tiba rindu sesangat nak makan masakan air tangan ibu.  Tidak ada yang lebih sedap selain dari air tangan ibu, walaupun hanya sambal dan singgang ikan.  Jika memori ini mengusik perasaan, apa kata anda cuba masak masakan  ibu yang menjadi kegemaran anda. Atau boleh saja  cuba menu yang dikongsikan oleh chef Sue Arukin yang diwarisi dari bondanya tercinta.

 ASAM REBUS IKAN KEMBUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
  • 4  keping asam gelugor
  • 1 batang serai | titik
  • 3 cawan air
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR HALUS:

  • 5 biji cili merah
  • 5 biji lada hitam
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas muda
  • 1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
  2. Didihkan hingga mereneh.
  3. Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
  4. Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
  5. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Bila Teringin AirTangan Mak, Ini Idea 5 Masakan Kampung Yang Chef Sue Arukin Kongsikan.

GULAI LEMAK KUNING PISANG MUDA IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:

  • 500ml santan pekat
  • 500ml santan cair
  • 8 biji pisang muda | bersihkan kulit luar dan rebus
  • 10 potong ikan masin talang/duri | rendam dan bersihkan
  • 10 biji cili padi hijau
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai | ketuk
  • 1 sudu teh garam kasar
  • Lada sulah, gula  dan garam halus secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Cili padi, kunyit kidup dan garam kasar ditumbuk lumat lalu masukkan ke dalam periuk bersama serai dan santan cair.
  2. Didihkan dengan api yang sederhana.
  3. Masukkan ikan masin dan didihkan hingga ikan masin agak empuk.
  4. Masukkan pisang muda yang telah direbus dan tuang santan pekat perlahan-lahan.
  5. Didihkan lagi dengan api yang kecil sambil dikacau perlahan jangan sampai pecah santan.
  6. Sesuaikan rasa dengan menambah lada sulah dan sedikit gula. Tambah garam jika perlu.
  7. Gulai sedia dihidangkan.

Bila Teringin AirTangan Mak, Ini Idea 5 Masakan Kampung Yang Chef Sue Arukin Kongsikan.

KERABU PUCUK UBI, JANTUNG PISANG & TAUGE

BAHAN-BAHAN:

  • 10 tangkai pucuk ubi | rebus empuk & hiris
  • 1 biji jantung pisang | rebus empuk & hiris
  • 150gram tauge | celur
  • 1 biji kelapa parut | putihnya sahaja
  • 3 biji cili merah
  • 5 bij cilipadi
  • 3 ulas bawang merah | bakar
  • 2 ulas bawang putih | bakar
  • 1 inci belacan | bakar
  • 1 inci ubi cekur | bakar
  • Perahan limau secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Cili padi, cili merah, bawang merah bakar, bawang putih bakar, ubi cekur dan belacan ditumbuk lumat.
  2. Di dalam mangkuk besar, satukan kelapa parut dengan bahan-bahan tumbuk dan kacau rata.
  3. Masukkan pucuk ubi dan jantung pisang rebus diikuti dengan tauge celur. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  5. Perahkan limau ke dalam kerabu dan sesuaikan rasanya.
  6. Kerabu sedia dihidangkan.

Bila Teringin AirTangan Mak, Ini Idea 5 Masakan Kampung Yang Chef Sue Arukin Kongsikan.

MASAK LEMAK PUTIH LABU & IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 500ml santan cair
  • 300ml santan pekat
  • 1/2  biji labu saiz sederhana |  bersihkan, potong dadu besar & rebus empuk
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai | titik
  • ½ cawan ikan bilis | bersihkan
  • 2 biji cili merah | hiris halus
  • Garam  dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam periuk, satukan snatan cair, ikan bilis, cili merah, bawang besar dan serai lalu didihkan dengan api yang kecil.
  2. Masukkan labu yang telah direbus bersama santan pekat.
  3. Didihkan lagi dengan api perlahan hingga semua bahan masak sebati.
  4. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  5. Sedia dihidangkan.

Bila Teringin AirTangan Mak, Ini Idea 5 Masakan Kampung Yang Chef Sue Arukin Kongsikan.

UBI KAYU TUMIS BILIS

BAHAN-BAHAN;

  • 300gm ubi kayu | potong dadu kecil dan rebus empuk
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 3 tangkai cili kering | potong kecil
  • 1 biji cili merah | hiris
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 4 ulas bawang putih | hiris halus
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 2 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam kuali panaskan minyak masak.
  2. Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.
  3. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi.
  4. Masukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi.
  5. Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng. Gaul sebati.
  6. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  7. Sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI