Suka makan Roti Goreng berbalut kulit popia macam yang biasa dijual di pasar malam? Sedap kan rasanya. Ringkas sahaja tapi membuka selera. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri roti ni di rumah untuk sajian keluarga, saudara Ahmad Salehuddin Amirwan ada kongsikan resipinya. Sukatan bahan-bahan boleh ubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat intinya, tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu. 2. Bila sudah kekuningan, masukkan cincangan daging burger. Tumis sampai daging burger masak. 3. Ambil serbuk kari dan bancuh dengan air. Tuang ke dalam kuali berisi daging tadi. Kacau sebati. 4. Perasakan dengan garam dan juga serbuk perasa dengan secukupnya. Menurut empunya resipi, seeloknya bagi inti sedikit masin supaya rasanya lebih sedap kerana roti tu tawar. 5. Masak lagi hingga inti menjadi sempurna. Jika suka, boleh tambah ubi kentang yang dipotong dadu halus dan juga daun kari supaya lebih wangi. 6. Bila inti sudah kering dan sedikit pecah minyak, padamkan api dan ketepikan.
7. Ambil roti dan belah tepinya. Masukkan inti tadi dengan secukupnya. Boelh juga letak lebih supaya lebih sedap.
8. Tambah sos cili dalam inti tadi.
9. Bungkus roti menggunakan kulit popia.
10. Buat bancuhan tepung gandum dengan air suam. Rendam roti dalam bancuhan tepung tadi kemudian terus balut menggunakan kulit popia. 11. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng roti yang telah dibalut tadi hingga kekuningan. 12. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Kalau inti tu ada lebih, boleh tambah telur dan jadikan Roti John.
Anak-anak kalau dihidang dengan kentang goreng memang suka sangat. Letak sepinggan pun boleh habis. Kalau beli yang ‘readymade’ tu kandungan garam dengan lemak agak tinggi tidak baik untuk kesihatan.
Nak buat kentang sendiri ni pun ada tipnya. Selalu bila buat sendiri kentang tu jadi lembik walau baru lepas angkat. Boleh ikut tip ini.Boleh dinikmati dengan sos pilihan anda.
Kentang goreng
Bahan-bahan:
Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna bestari
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1.Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin menandakan kentang ni baru, tak lembik dan segar.
2.Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.
3.Rebus kentang seketika jangan terlalu lama. (Agak-agak menggelegak angkat) Kalau hirisan tebal, rebus jika tak boleh je skip step ni.
4.Angkat dan sejukkan di dalam air beserta ais dalam 5 minit.
5.Toskan air. pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
6.Kemudian gaul dengan tepung Bistari dan serbuk roti sehingga melekat. Dan goreng secara ‘deep fried’.
7.Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Sajian Thai memang cukup popular di benua Asia dan seluruh dunia. Kalau asyik makan juadah yang sama pun ‘boring’ gak. Jom kita try lauk Thai pula. Tak payah pergi jauh di Restoran Jemari macam-macam menu Thai ada.
Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan kantan yang kaya aroma cukup menyelerakan.
Jom kita cuba rasa juadah dari reseipi sumbangan Tahirah Kamaruddin dan Mohd Shafik Suhaimi dari Restoran Jemari, Shah Alam. Rugi kalau korang tak cuba.
1.Phad Kra Phao Gai (Ayam Prad Kra Phao)
BAHAN-BAHAN :
200 gm isi ayam | dicincang
3 ulas bawang putih | dicincang
20-30 gm daun selasih
7 biji cili padi merah | ditumbuk halus
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air rebusan ayam
2 sudu teh kicap pekat
4 sudu teh gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1.Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk. 2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula. 3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati. 4. Masukkan kicap pekat 5 .Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 10 minit Jenis masakan : Lauk utama Thai Cara memasak : Tumis Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap Anggaran kos : RM 9
INFO CHEF : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
2. Gaeng Kiaw Wan (Daging Masak Kari Hijau)
BAHAN-BAHAN :
Bahan tumis (pes hijau) :
1 batang serai |dikisar halus
2 ulas bawang putih | dikisar halus
1.5 sm lengkuas | dikisar halus
6 biji cili hijau besar | dikisar halus
20 gm belacan | dibakar dan kisar
1/2 sm kulit kayu manis
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh lada hitam
1 biji kulit limau purut | disagat
4 helai daun limau purut | dihiris halus
200 gm daging /dihiris nipis
20- 30 gm daun selasih
1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
10 gm kubis bunga/ dihiris
3 batang kacang panjang/ dipotong pendek
2 sudu teh gula
2 sudu makan kicap sotong @ ikan
62 ml air rebusan daging
100 ml santan
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak. 2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih. 3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan. 4. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu. 5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api. 6. Kari hijau sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 20 minit Jenis masakan : Lauk utama Cara memasak : Tumis dan reneh Keistimewaan : Daun selasih memberi rasa istimewa pada lauk kari hijau Thai ini. Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.
3. Gaeng Phanaeng (Daging Phanaeng)
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk ditumis :
400 gm daging | dihiris nipis
6 sudu makan pes cili kering
2 batang serai | dikisar halus
2 sm lengkuas | dikisar halus
4 helai daun limau purut | dikisar halus
1.5 sm belacan bakar | dikisar
1 sudu teh serbuk ketumbar
20 gm daun dan tangkai ketumbar | dicincang halus
2 biji kulit limau purut | dikisar halus
2 ulas bawang putih | dikisar halus
1 batang kayu manis | dikisar halus
1/2 sudu teh jintan manis
1 cawan air
Minyak untuk menumis
40 ml santan segar
Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan rempah dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga garing dan pecah minyak 2. Masukkan daging dan air dan biarkan daging empuk. 3. Kecilkan api dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan santan segar 4. Kacau seketika dan padamkan api. Siap dimasak
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 10 minit Jenis masakan : Lauk utama Cara memasak : Tumis dan sedikit reneh Keistimewaan : Enak kaya dengan rasa rempah dan lemak santan Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk ayam.
4. Hor Mok Talay (Otak-otak udang)
BAHAN-BAHAN :
4 ekor udang | dicincang
1 ekor sotong | dicincang
4 ekor kupang | dicincang
2 biji telur
2 batang kacang panjang | dipotong kecil
1/4 batang lobak merak | dicincang halus
2 batang cili padi | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang
20 gm daun selasih
1/2 biji bawang holland | dicincang
2 biji bawang merah | dicincang
10 ml santan
Gula secukup rasa
1/2 sudu teh sos tiram
1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK :
1.Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati. 2. Panaskan pengukus dengan air. 3.Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit. 4.Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas. 5.Hor mok sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 15 minit Jenis masakan : Lauk utama/kudapan Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan ayam dan toskan. 2. Kisar halus semua bahan perapan, letakkan sedikit air. 3. Gaulkan bahan perapan bersama ayam. 4. Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 3 jam 5. Lipat daun pandan bersaiz samosa, dan masukkan ayam yang telah diperap tadi. 6. Kukus selama 5-6 minit 7. Panaskan minyak dan goreng. Ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 15 minit Jenis masakan : Lauk utama Cara memasak : Kukus dan goreng Keistimewaan : Lazat dengan perapan daun pandan Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Usah dikukus ayam terlalu lama kerana ia akan mengurangkan rasa kemanisan isi ayam
TERIMA KASIH : RESTORAN JEMARI, No. 18A, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam
Sedapnya Cinnamon Roll ni. Biasanya kalau teringin nak makan, kenalah beli. Tapi menerusi resepi perkongsian saudari Shida Ambok ni, puan-puan boleh buat sendiri. Lebih istimewa lagi resepi Cinnamon Roll ini sangat mudah dan tak perlu adun guna mixer atau uli tepung pun. Hanya guna 4 bahan sahaja. Hasilnya? Tentulah gebu dan sangat sedap. Memang berbaloi cuba buat untuk keluarga tercinta.
RESEPI & CARA BUAT CINNAMON ROLL YANG SANGAT MUDAH & SEDAP
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.