
Puding Roti Tawar ni Nampak sedap dan cantik. Menurut Opah Mas Cotek, resipi yang dicuba olehnya ini sangat mudah dan simple. Jika nak lebih enak, makan dengan Sos Kastard memang best. Tapi jika tiada, makan macam tu je pun dah sedap. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat manisan ini.
CARA MUDAH BUAT PUDING ROTI TAWAR SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
- 3 keping roti – buang kerak tepinya
- 2 bungkus serbuk agar-agar – beli ONLINE
- 1 liter susu segar / susu cair
- 300ml santan – beli ONLINE
- 150gm coklat putih – opah guna coklat putih bar. parut kasar
- 125gm gula pasir – beli ONLINE
- 1 sudu teh esen vanilla
BACA: PETUA MENGIRA SUKATAN AIR UNTUK MASAK AGAR-AGAR
CARA MEMASAK:
1. Roti dipotong kecil dan dikisar bersama santan.
2. Dalam periuk bersesuaian, satukan semua bahan. Masukkan juga bahan yang dikisar tadi. Kacau sebati.
3. Masak menggunakan api sederhana hingga mendidih dan meruap.
4. Padamkan api dan bahagikan adunan puding kepada beberapa bahagian. Warnakan mengikut warna kegemaran masing-masing.
5. Basahkan loyang, tuang adunan puding secara berselang-seli. Lakukan hingga habis.
6. Sejukkan puding hingga keras. Sedia untuk dinikmati.

INFO: Opah guna acuan berukuran 8 inci, tinggi 3 inci.
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
Tengah cari PERIUK NASI ELEKTRIK baru? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi PUDING & AGAR-AGAR yang mudah & sedap? Boleh cuba resipi di bawah ni.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Gulai Nangka Muda & Ayam Masak Lemak Cili Api, Ini Cara Buatnya

Bosan dah ke makan biskut-biskut raya dan juadah raya? Apa kata cuba pula masak menu kampung yang tentunya menjadi pembuka selera seisi rumah. Gulai Nangka Muda Dan Ayam Masak Lemak Cili Api ini pasti sesuai untuk anda cuba. Masakan kampung macam inilah yang selaluya membuatkan kita makan bertambah-tambah. Ini resipi cara masak Gulai Nangka Muda Dan Ayam Masak Lemak Cili Api yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim
RESIPI GULAI NANGKA MUDA DAN AYAM MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN TUMBUK:
Cili api/padi – beli online
Kunyit hidup – beli online
Garam – beli online
BAHAN-BAHAN LAIN:
1/2 ekor ayam
1 mangkuk nangka direbus lembut
1 keping asam keping – beli online
1 helai daun kunyit
1 biji setengah santan kelapa
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan ayam dan bahan tumbuk bersama daun kunyit dan asam keping.Gaul sebati dan biar sampai air ayam kering.


2. Masukkan santan dan nangka muda. Masak sehingga tahap kepekatan kuah yang disukai.


3. Boleh masak sehingga agak pekat dan sehingga kuah timbul minyak. Hidangkan.

Sumber kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kukus Boleh, Bakar Pun Boleh, Puding Roti Dengan Sos Kastard
Cara Buat Kuah Lemak Lontong Yang Sedap, Barulah Tetamu Makan Bertambah-tambah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
3 Idea Menu Sihat Untuk Kurangkan Risiko Sakit Jantung

Jantung adalah organ yang berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ia terdiri daripada empat ruang iaitu dua atrium (ruang atas) dan dua ventrikel (ruang bawah).
Jantung memainkan peranan penting dalam sistem peredaran darah, mengedarkan oksigen dan nutrien ke sel-sel tubuh serta membuang karbon dioksida dan bahan buangan. Ia juga membantu mengekalkan tekanan darah yang stabil. Oleh itu amat penting bagi kita untuk menjaga kesihatan jantung di tahap yang paling optimum.
CIRI-CIRI MAKANAN UNTUK JANTUNG YANG SIHAT

Memilih makanan yang penuh khasiat dapat menyokong kesihatan jantung yang baik. Antara ciri-ciri makanan yang diperlukan untuk jantung yang sihat termasuk:
1.KAYA DENGAN LEMAK BAIK SEPERTI OMEGA-3
Makanan yang mengandungi Omega-3 membantu dalam menurunkan risiko penyakit jantung, mengurangkan keradangan serta menurunkan tekanan darah.
2.TINGGI SERAT
Makanan yang berserat tinggi membantu menjaga jantung dengan cara menyerap kolesterol dan mengeluarkannya dari badan serta mengawal gula dalam darah.
3.TINGGI VITAMIN DAN MINERAL
Untuk dapatkan jantung yang sihat, anda harus memastikan sumber makanan yang diambil tinggi dengan kandungan vitamin dan juga mineral seperti Kalium, Magnesium, Vitamin D, Vitamin B, Vitamin B6, B12 dan folat.
4.KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN
Makanan tinggi antioksidan memberi manfaat kepada kesihatan dari segi membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel, mencegah penyakit kronik, menyokong sistem imun, mengurangkan keradangan, menjaga kesihatan kulit dan meningkatkan fungsi otak.
Coenzyme Q10 atau nama singkatannya CoQ10 merupakan antioksidan yang membantu jantung mengekalkan kekuatan otot dan menjana tenaga. Ia boleh didapati dalam jumlah yang kecil pada ikan, bijirin penuh, daging dan banyak lagi.
5.RENDAH LEMAK TEPU, KOLESTEROL & NATRIUM
Pengambilan makanan tinggi lemak tepu dan kolesterol akan meningkatkan tahap kolesterol jahat (LDL) dalam darah yang berisiko menyebabkan penyakit jantung. Manakala pengambilan natrium yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah yang juga meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.
SENARAI MAKANAN SIHAT YANG TINGGI OMEGA 3 & COQ10

Cara paling mudah untuk dapatkan jantung yang sihat adalah menerusi pengambilan makanan yang tinggi Omega-3 dan CoQ10.
Memasukkan makanan-makanan ini dalam diet harian dengan sukatan yang tepat dapat membantu menjaga kesihatan jantung serta fungsi sel dengan lebih baik sekaligus menjana tubuh badan yang lebih cergas.
1.BUAH-BUAHAN:
•Buah-buahan seperti beri, epal dan pisang kaya dengan antioksidan dan serat.
2. SAYUR-SAYURAN:
•Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kale serta sayuran berwarna seperti brokoli dan lobak merah memberikan vitamin dan mineral penting.
3. IKAN BERLEMAK:
•Ikan seperti salmon, mackerel, dan sardin mengandungi asid lemak omega-3 yang baik untuk jantung.
4. KACANG DAN BIJI-BIJIAN:
•Badam, walnut, kacang tanah dan chia seed mengandungi lemak sihat dan serat.
5.BIJIRIN PENUH:
•Oat, quinoa, dan beras perang membantu menurunkan kolesterol dan menstabilkan gula darah.
6.MINYAK ZAITUN:
•Minyak zaitun extra virgin (extra virgin olive oil) kaya dengan lemak tak tepu yang baik untuk jantung.
7. COKLAT GELAP:
•Mengandungi flavonoid yang baik untuk kesihatan jantung dan boleh diambil dalam jumlah sederhana.
NAK BADAN CUKUP OMEGA-3 & CoQ10? IKUT CARA NI

Tahukah anda tubuh manusia tidak menghasilkan sendiri Omega-3? Ia diperoleh dari sumber-sumber makanan yang mengandungi Asid Lemak Omega-3.
Salmon, sardin, mackerel, kacang walnut, chia seed, flax seed adalah makanan yang kaya dengan omega-3. Malah alga dan rumput laut juga adalah sumber Omega-3 yang baik untuk vegetarian dan vegan.
Berlainan pula dengan CoQ10. Ia adalah sebatian yang dihasilkan secara semulajadi dalam tubuh dan berfungsi sebagai antioksidan dan memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga.
CoQ10 membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan dan menyokong kesihatan jantung, fungsi otak serta sistem imun.
Bila semakin berumur, tahap CoQ10 dalam tubuh akan semakin berkurangan. Tahap CoQ10 yang rendah berkemungkinan meningkat risiko penyakit berbahaya.
Gaya hidup warga kota yang sibuk, ada kalanya menyukarkan kita untuk menikmati sajian yang sempurna. Jangan risau! Anda boleh dapat sumber CoQ10 & Omega-3 yang cukup dan mudah menerusi pengambilan makanan tambahan (food suppliment) yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi farmasi-farmasi berdaftar di seluruh negara.
JOM SAYANGI JANTUNG ANDA

Penyakit jantung adalah penyebab kematian paling tinggi di Malaysia dan dengan pengambilan Omega 3 serta CoQ10 boleh membantu anda untuk kekal sihat.
Blackmores, syarikat dari Australia yang khusus dalam penghasilan produk suplemen kesihatan & nutrisi amat fokus dalam usaha menyampaikan informasi ini kepada masyarakat di semua lapisan umur.
Oleh itu sempena Hari Jantung Sedunia, Blackmores & Institut Jantung Negara (IJN) bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan kesihatan jantung di kalangan rakyat Malaysia.
Nak tahu lebih lanjut cara nak jaga kesihatan jantung? Jom datang beramai-ramai ke Aeon Mall, Shah Alam pada 24 -29 September 2024 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Blackmores akan berkongsi pelbagai ilmu mengenai kesihatan jantung dengan orang ramai melalui pelbagai aktiviti menarik yang telah diaturkan. Antaranya ialah ceramah kesihatan oleh pakar, agihan ‘sample’ produk percuma dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Jumpa anda disana ya!
Istimewa untuk anda, Blackmores juga kongsikan tiga resipi sihat yang mudah & sedap yang boleh anda masak untuk keluarga. Selamat mencuba!
1.SALMON PANGGANG BERSAMA KENTANG & BROKOLI

BAHAN-BAHAN:
2 keping filet salmon
2 biji ubi kentang sederhana – potong dadu
1 cawan brokoli – potong kecil
2 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih – cincang
Garam dan lada hitam secukup rasa
Jus lemon (pilihan)
Sedikit mix herbs
Hirisan lemon
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Sediakan dulang pembakar yang dialas dengan kertas pembakar.
2. Ambil salmon dan gaulkan bersama sedikit garam, serbuk lada hitam dan mix herbs. Ketepikan seketika.
3. Dalam mangkuk, campurkan kentang dengan 1 sudu besar minyak zaitun, bawang putih, garam, dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.
4. Susun kentang di dulang pembakar dan bakar selama 15 minit.
5. Sementara itu, masukkan brokoli ke dalam bekas. Gaulkan dengan 1 sudu besar minyak zaitun, garam dan sedikit serbuk lada hitam.
6. Setelah 15 minit, keluarkan dulang pembakar dari ketuhar, dan susun salmon di tengah-tengah dulang dan letakkan brokoli di sekelilingnya.
7. Bakar semula selama 12-15 minit atau sehingga salmon masak dan brokoli lembut.
8. Angkat dan hidangkan bersama hirisan lemon.
2.SUP AYAM BERSAMA SAYURAN

BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam – dipotong
1 biji bawang merah – dicincang
2 ulas bawang putih – cincang
1 batang lobak merah – hiris
1 batang saderi – hiris
3 cawan air atau air rebusan ayam
2 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Daun sup secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan hirisan ayam dan masak hingga sedikit keperangan.
3. Masukkan lobak merah dan saderi. Masak hingga sayur sedikit lembut dan masukkan air. Masak lagi hingga sayur lembut.
4. Perasakan dengan sedikit garam dan juga serbuk lada hitam dengan secukupnya.
5. Tabur daun sup dan tutup api. Sup Ayam sedia untuk dinikmati.
3.AYAM PANGGANG BERSAMA TOMATO
BAHAN-BAHAN:
4 keping dada ayam
2 cawan tomato ceri – belah dua
4 ulas bawang putih – cincang
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu teh herba oregano kering
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit jus lemon
CARA MEMASAK:
1.Dalam mangkuk, campurkan minyak zaitun, bawang putih, oregano, garam dan serbuk lada sulah.
2.Lumurkan campuran ini ke atas ayam dan biarkan selama 15 minit.
3.Masukkan hirisan tomato ke dalam mangkuk kaserol dan susun ayam diatasnya.
4.Panggang dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 30-35 minit atau hingga ayam masak dan berwarna keemasan. Tomato akan lembut dan berair.
5.Keluarkan dari ketuhar, perah sedikit jus lemon dan sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Gabungan Tradisi Dan Moden, Menu Minum Petang Mantap

Minum petang adalah satu situasi waktu makan yang membolehkan kita meneroka elemen masakan. Sebabnya, ketika minum petang kita boleh buat macam-macam untuk mencuba cita rasa baru yang mungkin kena dengan selera kita.
Kali ini RASA cuba gabungan dua menu yang boleh anda cuba untuk terokai. Pastri Puff Kastard Buah-Buahan rasanya manis dan bercita rasa barat. Manakala Cucur sayur pula lebih kepada cita rasa tradisi. Menikmati dua menu ini menjadikan minum petang lebih sempurna.
PASTRI PUFF KASTAD BUAH-BUAHAN

Bahan Pastri Puff
2 peket Square Pustry Puff
1 biji kuning telur-untuk sapuan
Serbuk gula (hiasan)
Buah-buahan (kiwi, anggur dan strawberi)
Bahan Filling Kastard
400 ml susu segar
100 gram gula kaster
60 gram tepung kastard
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar mentega
Cara memasak
1. Pastri Puff: Ambil sekeping pastri lipat menjadi segitiga. Gunting atau potong 1/2 inci kedua bahagian sisinya dengan pisau tajam tetapi jangan sampai putus.
2. Buka semula lipatan, ambil bahagian yang putus dan lipat ke arah bertentangan, temukan kedua bahagian hujungnya. Tekan sedikit atau sapu sedikit air supaya hujungnya tidak terbuka.
3. Sapu dengan kuning telur dan bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 25-30 minit. Ketepikan.
4. Filling Kastad: Satukan semua bahan filing kastard kecuali mentega.
5. Masak atas api sederhana hingga kental. Masukkan mentega dan kacau hingga licin dan berkilat.
6. Masukkann ke dalam mangkuk, biarkan seketika.
7. Masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam pastri puff, hias dengan hirisan buah kiwi, anggur dan strawberi.
8. Akhir sekali hiaskannya dengan serbuk gula.
CUCUR SAYUR

Bahan-Bahan
200 gram kobis (hiris halus)
1/2 batang lobak merah (hiris halus)
5 ulas bawang putih (kisar)
150 gram tepung gandum
Sedikit tepung beras
1 1/2 sudu teh garam
1 biji telur ayam
2 batang daun bawang (hiris)
175 ml atau 3/4 cawan air
Cara memasak
1. Masukkan hirisan kobis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar. Kacau.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.
3. Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan. Masukkan telur yang dipukul dan kacau.
4. Letakkan adunan cucur di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.
5. Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan cucur pada suhu bilik sebelum menggoreng.
6. Panaskan minyak masak dalam kuali di atas api sederhana sehingga panas.
7. Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan cucur ke dalam minyak panas. Goreng sehingga kekuningan.
8. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.
9. Hidangkan bersama sos cili.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

