Aneka agar-agar, puding dan jeli sering mengoda selera lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Lembut, sejuk selain warna warni dan kepelbagai rasa menjadikan ia sesuai dijadikan juadah pencuci mulut. Jika anda penggemar puding dan agar-agar, apa kata anda sediakan sendiri menu ini dan ia boleh disimpan lama dalam peti sejuk. Nikmatinya pada bila-bila masa yang anda suka. Lebih jimat dan terjamin kebersihannya. Selamat mencuba!
1. AGAR-AGAR CENDOL
BAHAN A : LAPISAN CENDOL
750ml air
170gm gula
10gm agar-agar
250ml santan
1 sudu makan tepung jagung
Cendol secukupnya
BAHAN B: LAPISAN GULA MELAKA
750ml air
250gm gula melaka | diracik halus
10gm agar-agar
250ml santan
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A.Masak air, gula dan agar-agar hingga larut.
Satukan santan dan tepung jagung, kacau agar tidak bergentel.
Tapiskan dan tuangkan ke dalam agar-agar.
Masak sebentar hingga mendidih.
Angkat dan biarkan suam baru masukkan cendol.
Biarkan ianya keras.
Untuk menyediakan bahan B.Masak air, gula melaka dan agar-agar hingga larut.
Masukkan santan, kacau sebentar.
Akhir sekali, tuangkan keatas lapisan cendol yang telah keras.
INFO CHEF: Selain cendol anda boleh tukar dengan bahan lain seperti kacang merah atau jagung ikut citarasa ahli keluarga anda.
2. PUDING MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 liter susu segar
10gm agar-agar
Sedikit perisa mangga
Sedikit pewarna kuning
200gm gula
1 biji buah mangga | isinya dipotong dadu
CARA MEMASAK:
Masukkan agar-agar , gula, susu dan masak hingga gula larut.
Masukkan perisa mangga dan pewarna. Kacau perlahan hingga mendidih.
Sediakan acuan dan tuangkan agar-agar di dalam.
Taburkan buah mangga yang telah dipotong dadu.
INFO CHEF: Selain mangga anda boleh tukar buah lain yang bersesuaian atau masukkan nata de coco.
3. AGAR-AGAR RINTIK PANDAN
BAHAN A:
1/2 sudu makan agar-agar serbuk
250ml santan cair
1 sudu makan gula pasir
Sedikit pewarna hijau
BAHAN B:
1/2 sudu besar agar-agar
500ml air
100gm gula merah
1 sudu makan tepung kastard campur 2 sudu makan air
Udang galah adalah salah satu spesis udang yang begitu popular dalam masyarakat kita. Kepalanya besar dan dagingnya agak kenyal. Ia adalah udang air tawar dan memang sangat sedap kalau dibuat rendang. Namun lain orang, lain cara membuatnya. Kami kongsikan 4 resipi rendang yang boleh dicuba.
RENDANG CILI PADI UDANG GALAH
BAHAN-BAHAN:
8 ekor udang galah saiz besar | perap seketika dengan perahan lemon dan sedikit garam. cuci bersih dan toskan
4 sudu besar kerisek
2 cawan pati santan
1 keping asam gelugur
1/2 cawan minyak
perencah Maggi Cukup Rasa / garam / gula
1 helai daun kunyit – hiris halus
BAHAN KISAR
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 labu bawang besar
30 biji cili padi hijau
2 batang lengkuas – hiris-hiris
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana hingga pecah minyak.
Masukkan pati santan, asam gelugur dan kerisek.
Setelah mendidih, masukkan udang galah dan gaul rata.
Apabila kuah mulai memekat, tambahkan hirisan daun kunyit,
Jika suka boleh perasakan dengan perencah Maggi Cukup Rasa atau perasa pilihan lain.
Padamkan api dapur.
Kredit Resipi & Gambar: Aimi’s Little Kitchen
2. RENDANG UDANG GALAH CILI GILING
BAHAN-BAHAN:
1 kg udang galah |sederhana besar
50 gram serbuk kunyit
100 gram bawang merah
30 gram bawang putih|dikisar
50 gram buah keras | dikisar
2 batang serai |dikisar
30 gram halia |dikisar
20 gram lengkuas |dikisar
20 gram kunyit hidup |dikisar
10 gram cili giling
2 biji santan pekat
50 ml air asam jawa
3 helai daun kunyit |dihiris halus
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.
Kredit Resipi: Puteri Zulaika
3. RENDANG UDANG GALAH 3
BAHAN-BAHAN:
700grm udang galah (nak guna udang lain pun boleh) |dibersihkan
2 helai daun kunyit (jika daun besar guna 1 helai pun ok) | dihiris halus
4 helai daun limau purut
2 keping asam keping / asam gelugor
4 sudu besar kerisik
1 biji kelapa akan dapat lebih kurang 1 setengah cawan santan
4 sudu besar cili kisar / cili boh |jika ingin pedas boleh tambah lagi
Garam & gula secukupnya
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 batang serai
1 inci kunyit hidup (cik kuali guna serbuk kunyit)
3 inci halia
1 inci lengkuas
CARA MEMASAK:
Udang dibersihkan. Cik kuali guntingkan sedikit muncung depannya & dicuci bersih. Ketepikan seketika udang.
Kisarkan semua bahan-bahan kisar hingga halus.
Panaskan minyak dalam kuali . Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar & cili boh hingga naik bau / pecah minyak.
Tambahkan santan, asam keping, daun limau purut, kerisik, garam & gula secukup rasa. Masakkan kesemuanya dengan api sederhana.
Bila sudah mendidih masukkan udang. Kacau hingga sebati semuanya. Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit.
Rasa & masak hingga kuah agak pekat. Cik kuali suka berkuah sedikit tidak terlalu pekat sangat. Terpulang pada kehendak masing-masing.
Jika ok, padamkan api & hidangkan
Kredit Resipi: hanguskualisaya.blogspot
4. RENDANG UDANG GALAH PERAK
BAHAN-BAHAN:
600 gm udang galah
3 batang serai
2 helai daun kunyit
20 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering
1 keping asam gelugur
3 cawan santan pekat dari 2 biji kelapa
setengah cawan kerisik
garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang, buang tahi, kepala dan potong janggut. Kisar serai, cili, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.
Campurkan bahan dikisar bersama udang. Lepas itu masukkan 3 cawan santan, asam gelugur dan garam.
Lepas menggelegak, masukkan kerisik dan daun kunyit yang dihiris dan biar hingga naik minyak.
Perlahankan api, biarkan kering sedikit dan siap untuk dihidangkan.
5. RENDANG UDANG GALAH MUDAH.
BAHAN-BAHAN:
1kg udanggalah segar
4 btg serai
5 helai daun kunyit | dihiris
10 biji bawang merah |dihiris
1 inci halia| dihiris
1 cawan kelapa parut
3 sudu makan cili kisar (Mengikut kepedasan masing2).
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 kg santan pekat.
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali dan reneh sehingga kuah pekat dan sedikit kering. Gunakan api perlahan.
Masukkan garam secukup rasa serta 1 keping asam keping.
Kacau rata, sesuaikan rasa dan angkat. Siap sedia utk dihidang
Suka makan tat telur? Jika ya, resipi ni wajib anda cuba. Tak perlu guna ketuhar. Masak guna kuali je. Memang mudah, cepay dan sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TART TELUR KUALI MELTING
BAHAN A (KULIT TAT):
2 cawan tepung agndum
1/2 cawan marjerin
Secubit garam
1 biji telur
CARA MEMBUAT:
Gaul bahan-bahan diatas hingga rata dan uli hingga jadi doh.
Bentukkan doh seperti kulit tat mengikut bentuk permukaan kuali. Bentuk biar agak berlekuk di bahagian tengah untuk tuang inti tat nanti.
Bentukkan bahagian tepi tat menggunakan garpu.
Ketepikan seketika. Bila dah isi inti tat baru bakar.
BAHAN B (INTI TAT):
1 1/2 cawan susu cair
3 biji kuning telur
2-3 titik esen vanilla
Secubit garam
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung kastard
4-5 sudu makan gula
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan inti dan pukul sehingga tidak berketul. Boleh juga kisar guna blender.
2. Tuang adunan inti ke dalam doh tat tadi.
3. Masak atas dapur gas guna api kecil selama 30-40 minit.
4. Tutup permukaan kuali dengan tudung periuk.
5. Bila inti dah gelembung atau pejal, ia menandakan tat telah masak.
Lembut, lemak manis dan mengasyikkan. Itulah dia kuih sekaya telur, Kalau korang suka makan kuih tradisional, mesti korang akan suka jugak makan sekaya telur. Kuih simple tapi sedap ni boleh dijadikan hidangan pemanis mulut yang amat menyelerakan. Nak buat pun bukannya susah. Ini resipi daripada Imah Rahman yang dikongsikan dalam telegram KakiMakan. Korang boleh cuba buat. Simple je. Selalunya kuih simple-simple ni yang lebih syok dimakan.
SEKAYA TELUR
BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan santan pekat (BELI DI SINI)
1/2 cawan gula
1 ketul gula melaka (potong kecil)
10 biji telur ayam (gred B atau C)
Secubit garam (BELI DI SINI)
Sedikit esen vanilla (BELI DI SINI)
Cara membuat
1. Campurkan santan, gula dan gula melaka. Kacau sehingga larut.
2. Masukkan telur ayam dan kacau sampai sebati. Jangan dipukul. Kacau perlahan-lahan sampai sebati.
3. Masukkan garam dan esen vanilla. Kacau lagi.
4. Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
5. Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Nak tahu dah masak atau belum, cucuk lidi. Kalau tak melekat, itu tandanya dah masak.
6. Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap dimakan ketika sejuk.