Puding Roti Marble memang jadi kegemaran ramai. Jika ada lebihan roti yang dah hampir keras dan nak tamat tempoh, anda boleh hasilkan sajian manisan ni. Dari dibiarkan begitu sahaja, pastinya membazir kan? Tak susah pun. Malah resipi perkongsian saudari Norlida Salleh ni menggunakan agar-agar bertali je. Senang sangat. Jom cuba.
RESIPI PUDING ROTI MARBLE
Ads
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar tali
3 cawan air
BAHAN KISAR:
4 keping roti | dicarik
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
2 sudu makan marjerin
Beberapa pewarna pilihan
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. Masak hingga pekat.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan menggunakan pewarna pilihan.
Tuang adunan yang telah diwarnakan tadi ke dalam bekas bersesuaian secara berselang-seli. Tuang perlahan-lahan.
Comelnya Kek GulungMini Pelangi ni. Sesuai sangat dihasilkan untuk hidangan tetamu atau sebagai juadah minum petang. Istimewanya, resipi ini tidak memerlukan ketuhar. Hanya perlu kukus sahaja. Sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincoffee ni. Pasti puas hati.
RESIPI KEK GULUNG MINI PELANGI
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur
200gm gula pasir
1 sudu teh SP ( cake emulsifier/penstabil kek)
1 sudu teh esen vanilla @ serbuk vanilla
200gm tepung gandum rendah protein
5 sudu makan susu penuh krim
150ml minyak jagung
Pewarna makanan pilihan
Buttercream / jem secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Pukul telur, gula pasir dan SP menggunakan kelajuan rendah sehingga berbuih. Kemudian pukul guna kelajuan tinggi hingga kembang. 2. Masukkan tepung gandum dan serbuk vanilla yang telah diayak. Adun hingga rata. 3. Seterusnya masukkan susu dan minyak. Kaup balikkan lagi adunan hingga sebati dan tiada mendapan. 4. Bahagikan adunan kepada 6-7 bahagian. Warnakan ikut warna pilihan. Pada masa yang sama, panaskan periuk kukusan menggunakan api sederhana hingga berwap. 5. Ambil loyang bersaiz 20x20x5 dan oleskan dengan marjerin. Kemudian alas bahagian dasar loyang menggunakan baking paper. 6. Tuang satu adunan. Ratakan dan kukus selama 10 minit. Keluarkan loyang. 7. Tuang adunan berikutnya. Ratakan dan kukus lagi selama 10 minit. Ulang langkah hingga adunan habis. Untuk adunan terakhir, kukus selama 20 minit sehingga semua lapisan masak sekata. 8. Keluarkan kek dari loyang. Hiris setebal 0.5cm sahaja. Jangan lebih kerana kek kemungkinan akan patah ketika digulung. 9. Sapukan buttercream atau jem dengan secukupnya. Gulung kemas. 10. Sedia untuk dinikmati. 1 adunan resipi ini boleh dapat 40 gulung kek mini.
Suka mengunyah snek? Resipi kudapan ala muruku menggunakan mi kuning perkongsian Farhan Fakhri Faris Taufiq ini antara yang mudah dah boleh dicuba. Istimewa kudapan ini menggunakan mi kuning dan tepung gorengan segera sahaja. Hasilnya nampak sedap kan? Jom lihat bahan-bahan dan cara penghasilannya. Selamat mencuba.
RESIPI ‘MURUKU’ MI KUNING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning
Tepung gorengan serbaguna
Daun kari
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Bilas mi kuning sekadar basah. Toskan sekejap. 2. Gaulkan mi tadi dengan tepung gorengan serbaguna. Gaul rata hingga semua bahagian mi bersalut sempurna.
3. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yag banyak dan goreng mi tadi. 4. Bila mi nampak kuning keemasan, masukkan daun kari dan terus angkat dari kuali. 5. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Jangan goreng lama nanti hasil gorengan tidak cantik.
Kuih tradisi tepung pelita memang ramai peminatnya. Cukup rasa dengan lemak manisnya memang ulang kali makan. Ikut cara yang betul pasti menjadi elok dan sedap. Jom kita cuba buat ikut resipi yang dikongsi ini.
Satukan semua bahan dan kacau tanpa henti dengan api sederhana,jangan bagi berketul dah pekat sikit kecilkan api terus kacau hingga berkilat dan nampak licin,panas-panas tuang dalam bekas.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.