Jika sebelum ini kita sering makan popia basah, popia sira dan keju. Kali ini Puan Solehah Yusoff di laman facebooknya berkongsi resipi baru iaitu popia pisang coklat yang rangup dan sedap. Masuk dalam mulut, krup krap krup krap bunyi dia. Cubalah!
POPIA PISANG COKLAT
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 bungkus kulit popia (saiz kecik)
Pisang (tak kesah janji dah masak dan manis)
Coklat Susu (tak kesah jenis ape, nutella pun boleh)
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Ads
Potong pisang dan coklat untuk bahagian kecil.
Kulit popia pulak dipotong ke empat bahagian.
Basahkan kulit popia yang pertama dengan air. Tujuan untuk lekatkan kulit popia yang kedua.
Letakkan pisang dan coklat.
Basahkan kulit popia yang kedua dengan air dan lekatkan dengan kulit popia pertama. Pastikan lekat yer.
Panaskan kuali dan goreng popia pisang coklat rangup kuning keemasan.
Dah boleh makan!
*ikut kreativiti kamu sama ada nak gulung macam popia goreng biasa atau kapitkan seperti gambar diatas.
Kongsi resipi: Puan Solehah Yusoff
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada peminat kuih yang dimasak menggunakan kaedah goreng? Sedap kuih goreng ni sebab rangup je rasanya. Ada yang pedas, ada yang manis.
Paling menarik, kuih goreng sesuai dimakan pada bila-bila masa. Sarapan, makan tengah hari dan petang pun boleh je kalau nak dimasak. Goreng dan makan panas-panas, fuhhh
terangkat.
RASA tampilkan 6 resipi kuih goreng iaitu karipap inti daging, karipap inti kentang, donut, keria, sardin roll dan cheese roll.
Bahan Adunan A
700 gram tepung gandum
3 sudu besar mentega (dicairkan)
250 ml air
Secubit garam
Cara membuat
Satukan bahan dan uli sehingga lembut ketepikan
Bahan Adunan B
1 cawan mentega
1 cawan minyak masak
300 gram tepung gandum
Cara Memasak
1. Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana.
2. Masukkan mentega dan minyak masak ke dalam tepung gandum.
3. Masukkan air perlahan-lahan.
3. Uli sebati.
Bahan Inti
Minyak masak untuk menumis
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 peket kecil serbuk kari
250 gram daging cencang
1 kg kentang (dipotong dadu)
Garam secukup rasa
Cara Memasak
1. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan serbuk kari.
3. Letakkan daging cencang. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kentang dan sedikit air. Biarkan kentang masak. Gaul perlahan.
5. Masak sehingga air kering.
Cara Penyediaan
1. Ambil Adunan A, leperkan.
2. Bulatkan Adunan B. Masukkan dalam Adunan A seperti inti kemudian bulatkan.
3. Gelekkan dan gulung tepung menjadi panjang.
4. Potong bulat-bulat dan canai leper.
5. Masukkan inti dan kelim tepinya.
6. Goreng karipap dalam minyak masak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Bahan Doh
1 kg tepung gandum
3 sudu besar mentega (dicairkan)
250 ml air
Secubit garam
Cara Memasak
1. Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana.
2. Masukkan mentega dan minyak masak ke dalam tepung gandum.
3. Masukkan air perlahan-lahan.
4. Uli sebati.
Bahan Inti
Minyak masak untuk menumis
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 peket kecil serbuk kari
1 kg kentang (dipotong dadu)
Garam secukup rasa
Cara Memasak
1. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan serbuk kari. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kentang dan sedikit air. Biarkan kentang masak. Gaul perlahan.
5. Masak sehingga air kering.
Cara Penyediaan
1. Ambil doh dan leperkan.
2. Gelek doh dengan penggelek.
5. Masukkan inti dan kelim tepinya.
6. Goreng karipap dalam minyak masak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Bahan-bahan
1 kg tepung gandum biasa
200 gram gula halus
1 camca teh garam halus
1 peket yis mauripan
15 gram bread improver
500 ml air
1 biji telur ayam gred A
100 gram marjerin
Cara Memasak
1. Masukkan tepung, gula dan garam halus dalam mangkuk adunan.
2. Pasang mixer. Masukkan air sikit demi sikit sambil pecahkan telur.
3. Masukkan marjerin dan adun sampai kental.
4. Keluarkan daripada mixer. Biar kembang dan tumbuk-tumbukkan.
5. Timbang atau anggar 40 gram. Buat bulat-bulat seperti buat roti.
6. Susun atas loyang. Tunggu sampai kembang dua kali ganda baru goreng.
7. Semasa hendak goreng, masuk jari telunjuk di tengah-tengah.
8. Apabila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Cara Penyediaan
1. Salutkan dengan gula dan hidang bersama kopi panas.
Bahan-bahan
600 gram keledek
1 ¼ cawan tepung gandum
1 camca teh garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Bahan Sira
½ cawan gula
1 cawan air
Cara Memasak
1. Potong keledek kepada 2 bahagian kemudian rebus bersama garam.
2. Biarkan keledek empuk.
3. Buang kulit keledek. Lenyek sehingga tidak berketul.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan garam.
5. Bulatkan doh dan buat lubang di tengah.
6. Goreng, angkat dan toskan.
Cara Sira Gula
1. Masukkan gula dan air ke dalam periuk.
2. Masak hingga pekat.
3. Salut keledek dengan air sira.
4. Sejukkan dan hidang.
Bahan untuk doh
1 kg tepung
1 cawan minyak masak (dipanaskan)
1cawan mentega (cairkan dalam periuk)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam
2 biji telur ayam
250 ml air
Bahan inti
Sekeping keju
Cara Memasak
1. Sediakan tepung dalam bekas. Masukkan minyak masak.
2. Masukkan mentega. Uli sedikit.
3. Masukkan gula dan garam yang dilarutkan dalam air terlebih dahulu.
4. Masukkan telur ayam satu demi satu.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.
6. Ambil sedikit doh dan uli memanjang.
7. Letakkan keju dan gulung rapi.
8. Goreng dengan minyak panas menggunakan api sederhana.
9. Angkat dan toskan.
Bahan untuk doh
1 kg tepung
1 cawan minyak masak (dipanaskan)
1cawan mentega (cairkan dalam periuk)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam
2 biji telur ayam
250 ml air
Cara Memasak
1. Sediakan tepung dalam bekas. Masukkan minyak masak.
2. Masukkan mentega. Uli sedikit.
3. Masukkan gula dan garam yang dilarutkan dalam air terlebih dahulu.
4. Masukkan telur ayam satu demi satu.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.
Bahan inti
Minyak masak untuk menumis
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (dicencang)
1 biji bawang besar (dicencang)
3 biji cili padi
1 biji kentang (potong dadu)
1 tin kecil sardin
Garam secukup rasa
Cara Memasak
1. Masukkan minyak masak ke dalam kuali.
2. Tumis cili kisar.
3. Masukkan bawang putih dan bawang besar.
4. Masukkan cili padi. Tumis sehingga agak kering.
5. Masukkan kentang. Kacau dan biarkan kentang masak.
6. Masukkan sardin dan garam. Biarkan masak. Angkat.
Cara Penyediaan
1. Ambil sedikit doh dan gelek gunakan penggelek secara memanjang.
2. Letakkan inti sardin. Gulungkan doh dengan kemas.
3. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga kekuningan.
4. Angkat dan toskan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Suka makan sate tapi tak rajin nak bakar? Ha… resipi Sate Goreng ni memang anda kena cuba. Tak perlu cucuk lidi pun, tapi rasa tetap ‘on point’ macam sate sebenar! Sangat sedap makan dengan nasi impit dan kuah kacang. Makan dengan nasi putih pun best tau. Jom cuba!
Resipi Sate Goreng ini sangat sesuai untuk anda yang nak cepat, mudah, dan tetap mengekalkan rasa asli sate. Dengan teknik perapan yang betul dan penggunaan rempah yang cukup, hasilnya memang memuaskan.
Untuk mendapatkan hasil Sate Goreng yang lebih padu, pastikan daging dipotong nipis dan melawan urat supaya lebih lembut. Selain itu, tempoh perapan memainkan peranan penting untuk memastikan rempah meresap sepenuhnya ke dalam daging.
Gunakan api sederhana semasa menggoreng supaya daging masak sekata dan tidak hangus. Kacau secara konsisten untuk elakkan bahagian bawah melekat atau terlebih garing.
Sate Goreng ini sangat sesuai dihidangkan bersama nasi impit, kuah kacang, hirisan timun dan bawang. Jika nak lebih ringkas, makan dengan nasi putih panas pun sudah cukup menyelerakan.
Resipi ini juga sesuai dijadikan menu keluarga atau hidangan santai hujung minggu kerana penyediaannya tidak renyah tetapi hasilnya tetap memikat selera.
Jika anda sukakan sate tetapi tidak mahu berdepan dengan proses membakar yang leceh, Sate Goreng adalah alternatif terbaik. Rasa tetap autentik, tekstur daging lembut, dan aroma rempah sangat menggoda.
Dengan bahan yang mudah didapati dan langkah yang jelas, sesiapa pun boleh mencuba resipi ini di rumah. Sekali cuba, pasti akan jadi menu kegemaran keluarga!
Menu kampung seperti Daging Rebus Air Asam ni sememangnya menjadi pilihan ramai. Lauknya ringkas sahaja tetapi membuka selera. Ada pula gandingan dengan aneka ulam-ulaman, lagilah laju tangan menyuap nasi ke mulut. Bagi anda yang menggemari hidangan air asam, resipi perkongsian saudari Farhana Ismail ini boleh dicuba. Sempoi sangat bahan-bahannya tapi rasa pasti sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Ketahui kenapa sushi dan sashimi Jepun menjadi pilihan ramai. Dari kesegaran, budaya hingga manfaat kesihatan, ini rahsia sebenar orang Jepun makan ikan mentah.