Resipi Kentang Gorengsedap ala restoran K Fry perkongsian saudari MasAyu Legacy ini nampak sangat membuka selera. Menurut beliau, tak puas menikmati hidangan ini di restoran, jadi beliau cuba menghasilkannya sendiri. Memang puas hati dan sangat berbaloi untuk dicuba kerana rasanya memang sangat enak! Cara membuatnya pun sangat mudah. Jadi, jom cuba. Anda pun pasti sukakannya.
1. Goreng daging sekejap. Kemudian buang minyak. (Empunya resipi tidak ada stok daging cincang, jadi beliau gantikan dengan daging burger sahaja.)
2. Hancurkan daging tadi menjadi ketulan-ketulan kecil. Bila sudah siap, ketepikan.
3. Panaskan minyak dan goreng ubi kentang dengan secukupnya, hingga masak.
4. Pada masa yang sama, boleh buat sos. Satukan mayones, madu dan jus lemon. Sukatannya ikut selera masing-masing. Jika suka rasa sos yang tajam (masam), boleh lebihkan lemon. Gaul rata.
5. Ubi kentang yang telah siap digoreng.
6. Letak campuran mayones tadi di atas kentang. Tinggalkan sedikit sos untuk digaul bersama daging.
7. Tabur hirisan bawang yang telah dipotong dadu.
8. Kemudian taburkan juga daun bawang dengan secukupnya.
9. Ambil daging yang dimasak tadi. Gaulkan dengan lebihan sos mayones.
10. Masukkan juga bawang dan daun bawang. Gaul rata.
11. Tuang ke atas ubi kentang tadi. Siap untuk dinikmati.
Bunga durian, sayur alami yang hanya ada satu atau dua kali musim dalam setahun. Dalam dunia masakan ia bukanlah sesuatu yang baharu. Di Sarawak bunga durian adalah sayur yang cukup disukai. Menurut rakan admin yang berasal dari Sarawak, rasanya garing dan manis.
Tetapi awas, jangan silap cara penyediaannya. Bunga durian mempunyai getah atau lendir pada setiap putik debunga atau biji bunga durian.
kredit foto: http://resepimasakanmudah.blogspot.my
kredit foto: http://resepimasakanmudah.blogspot.my
kredit foto: http://resepimasakanmudah.blogspot.my
Sebelum dimasak, ia perlu dibersihkan dengan membuang setiap biji-biji bunga yang ada di hujung bunga durian kerana rasanya agak pahit. Eloknya dicelur atau direbus dalam air panas beberapa minit, kemudian ditoskan dan disimpan di tempat yang kering.
kredit foto: http://www.malaysiavegetarianfood.com/tag/edible-flowers/
Bunga durian yang ‘fresh’ dan sedap dimakan ialah yang berwarna putih kecerahan. Kalau dah berwarna perang bila dimakan tidak garing sebaliknya akan menjadi lembik dan berair pula bila dimasak. Dah siap proses ini, anda boleh goreng dengan bawang dan ikan bilis atau boleh juga dimasak sebagai kuah lemak dengan mengikut cara masak lemak sayur yang lain. Jom kita cuba masak bunga durian, mana tahu sesuai dengan selera anda.
Telur Bungkus tidaklah sangat susah untuk membuatnya. Intinya boleh dipelbagaikan namun bancuhan telur serta teknik untuk mendadar yang tidak tepat kadang-kadang membuatkan telur bungkus kita tidak menjadi. Bagi yang nak cuba buat telur dadar hari ini, anda boleh cuba resipi di bawah.
BAHAN INTI:
Bawang putih | dihiris@ditumbuk
Bawang ros ( merah kecil) | dihiris@ditumbuk
Bawang besar | dihiris
Cili merah | dihiris
Cili hijau | dihiris
Isi ayam | dihiris kecil
Sos Tomato
Sos tiram
Sos thai
Sedikit air
Sayur campur
Sedikit cili kisar
Garam secukup rasa
* Jumlah bahan diatas ikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
BAHAN TELUR DADAR:
6 biji telur
Sedikit daun sup
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Pecahkan telur dan pukul. Masukkan daun sup dan garam secukupnya. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah hingga garing.
3.Kemudian masukkan cili kisar. Kacau rata.
4.Masukkan sedikit air dan isi ayam. Masak hingga empuk.
5.Akhir sekali masukkan semua bahan-bahan yang lain. Masak hingga pekat. Angkat.
6.Untuk menyediakan telur, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan ratakan.
7.Goreng bancuhan telur tadi hingga masak. Padamkan api.
8.Bagi membungkus telur dadar, boleh ikut langkah-langkah dibawah ini.
1. Dadarkan telur
2. Letakkan inti dengan secukupnya
3. Lipat telur pada bahagian sisi
4. Lipat pula bahagian bawah hingga membentuk empat segi.
5. Padamkan api dan letakkan pinggan. Telangkupkan.
Suka makan Ayam Butter? Jika ya, resipi perkongsian saudara Azahari Abdullah ni antara yang paling mudah dan sedap untuk dihasilkan. Kuah mentega yang enak ditambah pula dengan sarang yang rangup, memang terbaik. Nampak sedap kan? Bahan-bahannya pun mudah dicari dan senang untuk dimasak. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK AYAM BUTTER BERSARANG
BAHAN A:
500gm isi ayam
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 ½ sudu teh serbuk cili / paprika
1 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung
BAHAN B:
3 ulas bawang putih
1 ½ inci halia – hiris nipis
1 biji bawang holland
1 sudu makan mentega
1 sudu makan minyak kacang tanah
BAHAN TELUR SARANG
4 biji telur gred B – dipukul
250gm minyak masak
1 sudu makan mentega
3 tangkai daun kari
1 biji cili merah – hiris nipis
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan A dan gaul sebati. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan mentega di dalam kuali. Kemudian masukkan bahan A.
3. Setelah ayam sedikit kecut, masukkan bahan-bahan B. Masak hingga warna bertukar jadi kuning keemasan. Angkat ayam dan ketepikan seketika.
4. Untuk menyediakan telur sarang, panaskan minyak dan mentega.
5. Kacau telur dan tuang ke dalam kuali sedikit demi sedikit sambil mangkuk diangkat tinggi.
6. Pusingkan telur dengan senduk dan jangan berhenti sehingga ia lerai cantik. Masukkan daun kari dan hirisan cili.
7. Bila telur nampak keperangan, tuang telur ke dalam tapis dan toskan minyaknya.
8. Letak telur sarang di atas ayam butter tadi. Sedia untuk dinikmati.