Terasa nak makan bihun sup sedap yang dimasak cara Chinese style? Anda boleh cuba resipi perkongsian saudari Ikin Rahman yang paling mudah dan ringkas ni. Bahan-bahan yang digunakan pun memang mudah. Pasti hasilnya nanti kena dengan citarasa anda. Selamat mencuba!

 

CARA MASAK BIHUN SUP CHINESE STYLE

IKLAN

BAHAN-BAHAN: ( tiada sukata. Jumlah ikut citarasa masing-masing)

  • Bihun (celur)
  • Udang
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sawi jepun
  • Kiub pati ayam secukupnya
  • Bawang putih (cincang)
  • Cili api merah & hijau
  • Chili flakes
  • Cuka secukupnya
  • Kicap cair secukupnya

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Tumis bawang putih cincang hingga perang . Keluarkan separuh minyak bersama bawang putih tadi. Separuh lagi dibiarkan dalam periuk .
  2. Untuk menyediakan kuah sup, masukkan air secukupnya ke dalam periukberisi minyak bawang tadi. Didihkan.
    3. Kemudianmasukkan kiub pati ayam, fish ball dan udang. Kalau kurang rasa masin, boleh tambah garam . Renehkan beberapa minit dan padamkan api.
  3. Dalam kuali berasingan, goreng fishcake dan potong nipis.
  4. Celur sawi dan juga bihun.
  5. Untuk menyediakan sambal kicap, campurkan kicap cair, hirisan cili api dan juga cuka. Gaul rata.
  6. Hidangan bihun bersama sup, bahan sampingan, bawang putih dalam minyak tadi dan tabur cili flakes.
  7. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Mudah Masak Bihun Sup Sedap Cara Chinese Style

Kredit resipi & foto: Ikin Rahman

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI