Jumaat nanti seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke 61. Bermacam-macam sambutan dirangka bagi memeriahkan lagi hari bersejarah ini dan salah satu yang menarik perhatian RASA adalah Mixed Fruity Pastry Cake perkongsian Puan Lina Thomas ini. Walaupun tinggal di luar negara namun sambutan Hari Kemerdekaan tetap dirai oleh Puan Lina sekeluarga. Unik dan cantik kan? Susunan buah-buahan yang disusun menyamai Jalur Gemilang ni memang kreatif. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

JALUR GEMILANG MIXED FRUIT PASTRY CAKE

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 100gm mentega – suhu bilik
  • 150gm gula 
  • 2 sudu makan sour cream / yogurt 
  • 3 biji telur gred A – dipukul perlahan
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan jus lemon
  • Zest (parutan kulit) dari 1 biji lemon 
  • 210gm tepung gandum – diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
  • Sedikit buah-buahan – strawberi, pic & blueberi atau buah-buah lain yang jadi pilihan.

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C (350 ° F) dan letakkan rak di tengah-tengah.
  2. Oles/sapu tepi dan bahagian bawah loyang springfoam (guna loyang cheesecake 9” atau 9×3 atau pun loyang bulat biasa) dengan mentega atau semburan minyak masak. Alaskan dengan kertas minyak. Sekali lagi griskan/oles mentega atau minyak pada kertas minyak juga.
  3. Pukul mentega, sour cream dan gula hingga ringan dan lembut.
  4. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  5. Seterusnya masukkan esen vanilla, jus serta zest ( parutan kulit) lemon. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Adun hingga sekata.
  7. Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan dan susun buah-buahan mengikut kreativiti anda.
  8. Jangan tekan kepingan buah-buah tadi. Hanya susun dan letak begitu sahaja diatas adunan kek.
  9. Bakar kek selama 1 jam. Dalam 15 minit terakhir, tutup permukaan atas kek dengan aluminium foil bagi mengelakkan permukaan kek terlalu keperangan.
  10. Setelah kek masak, biarkan sejuk dalam loyang selama 5-10 minit. Kemudian barulah dikeluarkan dari loyang dan disejukkan diatas redai/rak dawai.
  11. Tabur sedikit gula aising atau snow dust diatas kek.
  12. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Mixed Fruity Pastry Cake Viral Untuk Sambutan Hari Kemerdekaan.

Kredit resipi & foto: Lina Thomas

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI