Siapa saja yang tak gemar dengan kek coklat. Tambah pula topping diletak dengan cheese memang buat tak henti nak makan. Nak sedap simpan dalam peti sejuk , baru dimakan. Memang berhantu sungguh kek ni.
Kek Coklat Bahan-bahan:
4 biji telur Esen vanila-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan gula kastor- BELI ONLINE DI SINI Adun sebati.Pukul sikit hingga kembg. Tak perlu lama sangat. Agak-agak gula dah larut. Telur dah kembang boleh henti mix Masuk 1/2cawan susu pekat. Adun hingga sebati.
Ayak bahan kering 11/4cawan tepung gandum 1cawan serbuk koko 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil baking soda 1 cawan susu segar atau susu cair 1 cawan minyak jagung
IKLAN
Cara memasak: 1.Panaskan kukusan. Kalau nak bakar pun boleh. 2.Sapu loyang dengan minyak lapik baking paper. 3.Masuk bahan kering sikit-sikit dalam adunan telur. Kacau rata 4.Masuk minyak jagung dan susu segar. Kacau hingga sebati. 5.Tuang dalam loyang kukus 30 minit. 6.Kalau nak bakar 175. Masa 30 minit.
Untuk coklat: 1.Double boiler coklat masakan. Dengan whipping cream. 2.Bila dah panas. Kacau hingga coklat masakan cair. Tutup api.
Untuk adunan cheese: 1.Whipping cream dan cheese. Pukul sekejap. 2.Masuk gula, esen atau susu pekat. 3.Adun sebati. Ketepikan 4.Bila kek dah masak. potong kek. 5.Lapis je adunan cheese di tengah. 6.Letak lapisan kek. Lapisan atas ikut la nak letak macam mana.Saya lapis berselang seli 7.Kemudian lorek je Siap. 8.Simpan dalam peti sekejap dan siap untuk dihidang. Kredit:Iedaa Jahaya
Temujanji dengan Puan Sri Betty Saw di kediamannya bagaikan satu penghormatan kepada min penulis yang sekian lama mengaguminya sebagai seorang yang pakar dalam bidang masakan. Beliau antara pelopor chef wanita Malaysia yang masih aktif walaupun lebih 30 tahun berada dalam industri.
Istimewanya, Puan Sri Betty adalah seorang chef yang pakar dalam pelbagai jenis masakan dari dari masakan tempatan (Melayu, Cina dan India) hingga antarabangsa, semuanya boleh disediakan. Malah lebih sedap bila diolah semula oleh beliau.Menurut Puan Sri, masakan dan baking adalah dua perkara yang sudah sebati dengan diri beliau. Hingga jika sehari tidak masuk dapur bagaikan tidak lengkap hari tersebut. Setiap hari ada sahaja idea untuk memasak,pendek kata tengok sahaja bahan resipi sudah ada dalam fikiran beliau.
“Sebagai seorang yang sentiasa memasak, seronok rasanya kalau tetamu datang bertamu dapat diraikan dengan air tangan sendiri. Sekurang-kurangnya secawan kopi dan mengudap satu atau dua kudapan ringan yang saya sediakan,” ujar Puan Sri yang berpisah tiada dengan masakan dan baking.
Patutlah beliau berulang kali menegaskan bahawa memasak adalah jiwanya . Dek kerana itulah, tidak ada istilah jemu atau bosan bila berekspremen dengan segala bahan masakan. Setiap hari ada sahaja masakan yang disediakan, sementelah lagi apabila beliau menerima tetamu. Bermacam juadah disediakan untuk meraikan tetamu beliau.
CUCUR SAYUR
BAHAN-BAHAN:
200gm kobis | cincang halus
1/2 batang lobak merah |cincang halus
5 ulas bawang putih | kisar
150 gm tepung beras |ayak
1 1/2 sudu teh garam
1 biji telur atau 60 gm | pukul menggunakan garpu
2 batang daun bawang |cincang
175 ml atau 3/4 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan kubis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar dan kacau.
Kemudian masukkan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.
Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan.Tambah pula telur yang dipukul dan kacau.
Letakkan adunan sayuran di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.
Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan sayuran pada suhu bilik sebelum menggoreng.
Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana sehingga panas.
Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan sayuran ke dalam minyak panas. Goreng dan pusingkan beberapa kali sehingga perang keemasan dan rangup.
Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.
Hidangkan bersama sos cili.
BOTOK UDANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
150gm isi ayam | potong dadu ukuran 1cm
150gm udang | buang kulit dan cincang
1/2 sudu teh garam dan serbuk lada hitam
BAHAN CAMPURAN SANTAN:
75ml santan
2 sudu makan sambal tomato
2biji cili merah | buang biji dan hiris halus
3 biji cili padi | hiris halus
4 ulas bawang merah |hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1/2 sudu teh gula
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
10 helai daun Thai Basil | cincang halus
BAHAN LAIN:
2 batang daun bawang | cincang halus
2 biji telur | kacau rata
20 helai daun kesum
Daun pisang ikut keperluan
Lidi pencucuk secukupnya
BAHAN UNTUK SAMBAL TOMATO:
20 cili merah | buang biji
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu teh serbuk belacan
1 1/2 sudu the garam
4 sudu makan minyak masak
2 biji tomato | cincang
1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan ayam dan udang dalam mangkuk, taburkan garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
Masukkan campuran santan dalam mangkuk ayam dan udang. Gaul rata.
Seterusnya, masukkan telur yang telah dikacau tadi, gaul rata dan perap lebih kurang 30 minit.
Kemudian ambil daun pisang, letakkan di atasnya dua helai daun kesum. Diikuti dengan dua sudu bahan perapan tadi di tengah daun pisang.
Bungkus dan kemaskan bungkusan dengan lidi pencucuk
Lakukan sehingga bahan perapan habis.
Panaskan pengukus, kemudian masukkan dalam pinggan dan kukus lebih kurang 20 minit.
Cara membuat sambal tomato.
Campurkan cili merah , bawang merah, bawang putih, garam, belacan di dalam mangkuk pengisar. Kisar hingga halus dan masukkan dalam mangkuk.
Gunakan pengisar yang sama, kisar pula tomato, keluarkan dan ketepikan.
Tuangkan pes cili tadi di dalam kuali, masak atas api sederhana.
Kacau selalu hingga timbul minyak.
Masukkan pula tomato kisar tadi, kacau hingga pekat dan tambahkan gula.
Ayam masak asam pedas? Macam pelik je kan? Tapi memang sedap. Begitu juga dengan rendang ayam dengan kacang panjang. Walaupun dua menu ini jarang orang masak tetapi tak salah sekali sekala anda cuba dan variasikan rasa masakan sebagai hidangan keluarga dan menambah skil memasak. Kata orang tak cuba tak tau, bila dan cuba rasa nak masak selalu.
AYAM MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN :
500gm ayam- potong sederhana
3 ulas bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
2sm belacan-kisar
1 sudu lada hitam-kisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu serbuk kari ayam
½ cawan air asam jawa
2 helai daun limau purut
1 biji tomato-belah empat
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, , renehkan lebih kurang 10 minit dan masukkan air asam
4. Kecilkan api, masukkan garam dan gula secukupnya. Biarkan kuah mereneh hingga timbul minyak.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan tomato sebelum angkat dan hidangkan.
RENDANG AYAM KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam-potong kecil
200 gm kacang panjang-potong 3sm
200 ml santan pekat
2 helai daun limau purut
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
6 ulas bawang merah-kisar
2sm kunyit hidut-kisar
2 batang serai-kisar
6 tangkai cili kering-kisar
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan dikisar sehingga garing dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut dan air kering.
Masukkan santan, garam dan gula.
Apabila sudah pekat, masukkan kerisik.
Masukkan kacang panjang dan daun limau purut.
Kecilkan api dan biarkan rendang mereneh lebih kurang 5 minit lagi sebelum angkat dan hidang.
Ingin jimat masa di dapur dan tidak mahu berkincah semasa memasak? Idea buat pes untuk seminggu ini mungkin boleh membantu. Bahan sedia ada di dapur dan cara memasak pun mudah. Jadi manfaatkan hujung minggu ini untuk sediakan pes tumis yang boleh dipelbagaikan kegunaan. Boleh tumis sayur, lauk pauk, nasi goreng ataupun mi goreng. Untuk memudahkan anda, berikut resipi yang boleh dicuba.
Harap dengan adanya pes tumis segera ini dapat membantu kerja memasak anda di dapur lebih mudah dan cepat ye…
BAHAN-BAHAN:
6 biji bawang besar | hiris
20 ulas bawang merah | hiris
20 ulas bawang putih | hiris
2 cawan pes cili kering.
1 cawan ikan bilis/udang kering | ikut cita rasa
1 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa
1 cawan minyak
CARA MEMASAK:
Bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili kering dan ikan bilis atau udang kering perlu ditumbuk atau kisar.
Tekstur ikut kemahuan anda, paling baik tidak terlalu lumat.
Panaskan minyak, kemudian tumis pes hingga pecah minyak, seterusnya tambah air asam, garam dan gula sebagai perasa.
Masak hingga pes agak garing. Tutup api.
Setelah sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara atau botol kaca. tutup rapat dan simpan pada suhu bilik.
Untuk stok lebih lama simpan dalam peti sejuk. Dengan cara ini pes boleh tahan hingga 1-2 minggu.
Jika anda ingin menambah hirisan bawang semasa menumis tidak menjadi masalah. Terpulang kepada cita rasa.
Jika ingin mencuba berikut disertakan resipi masakana Ketam Kari Tumis Darar yang boleh anda cuba.
KARI KETAM TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersihkan dan toskan
4 sudu makan pes tumis
Rempah penumis | kulit kayu manis, pelaga dan bunga
2 sudu makan air asam jawa
150ml susu rendah lemak
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Cuci bersih ketam kemudian toskan.
Panaskan minyak, tumiskan, rempah penumis dan rempah rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Masukkan pes penumis dan daun kari, kacau rata.
Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, susu rendah lemak dan diikuti ketam. Terbalik-terbalikkan ketam sehingga masak.