Hidangan mi memang menjadi kesukaan ramai. Ada yang suka mi berkuah dan ada yang suka digoreng. Hari ni untuk minum petang teringin pula mi goreng daging yang dah lama tak buat. Stok daging pun masih ada. Air daging yang direneh melazatkan lagi mi goreng ini nanti.
Jom masak Mi Jawa yang sedap ni. Kita beruntung sebab Malaysia ada banyak hidangan yang enak untuk dicuba. Kalau teringin nak makan mi, beratus-ratus resipi enak yang ada. Salah satu yang popular adalah Mi Jawa ni lah. Kuah Mi Jawa ni dihasilkan dari keledek dan udang kering yang memekatkan lagi kuah. Rasa memang padu. Cubalah! Saudari Marina Ismail ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI MI JAWA HOMEMADE YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
BAHAN SAMPINGAN:
CARA MEMASAK:
1.Rebus keledek hingga empuk. Kemudian kisar.
2. Kisar cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia.
3. Panaskan minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bahan kisar sampai naik bau.
4. Masukkan kisaran udang kering dan udang hidup yang sudah kisar halus. Gaul sampai sebati.
5. Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih, masukkan keledek yang dah dikisar.
6. Kacau sampai pekat, kalau terlalu pekat,tu tambahkan je air.
7. Akhir sekali sesuaikan rasa gula dan garamnya. Kuah mee jawa ni agak manis sikit. Boleh ubahsuai rasa ikut citarasa.
CARA MENGHIDANG:
1.Masukkan mee yang dah dicelur tu dalam mangkuk.
2. Letak cili hijau, cili merah, bawang goreng, tauhu goreng dan taugeh di atas mee tu.
3. Curahkan 1 atau 2 senduk kuah kat atas mee. Letak telur rebus yang dah potong kat atas.
4. Akhir sekali tabur daun saderi, daun bawang dan limau kasturi.
Cuti-cuti macam ni buat mi pun sedap juga, kan? Jom cuba 3 resipi mi yang RASA kongsikan ni. Senang je nak masak mi. Lagipun tak perlu nak memasak lauk dah. Sediakan mi saja, raikan hari cuti di rumah sendiri.
Bahan-bahan:
1 kg mi kuning
500 gram ayam (potong kecil)
1 kg kerang (rebus dan ambil isi)
300 gram udang (rebus dan buang kulit)
2 cawan air rebusan udang
10-15 biji bebola ikan
3 keping kek ikan
4 sudu makan rempah kari ayam (bancuh menjadi pes pekat)
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair (boleh digantikan dengan santan kotak)
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai (hiris nipis)
10 tangkai cili kering (rebus dan toskan air)
2 sudu makan udang kering (rendam sehingga lembut)
Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus (potong dua)
2 tangkai sawi (potong dan rebus)
Bawang goreng
Limau kasturi (potong dua)
Tauge
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
Cara memasak:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes
rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak
kuah sehingga mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah
semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Bahan-bahan:
Minyak masak untuk menumis
200 gram bihun (direndam sehingga lembut)
2 genggam tauge (dibuang ekornya)
100 gram kucai (dipotong 3 cm)
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan cili kisar
150 gram udang saiz kecil (kupas kulitnya)
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering (cuci dan rendam)
Secubit belacan (dibakar)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kuah:
1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
3/4 sudu makan taucu (lecek sehingga hancur)
3/4 sudu teh pes asam jawa
1 batang serai (dititik)
2 keping hirisan lengkuas (dititik)
1 liter air rebusan kulit udang
2 sudu makan kacang tanah tumbuk
1/4 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
Bahan sampingan:
Telur rebus (dibelah dua)
Tauhu goreng (dihiris)
Hirisan daun bawang
Timun (dihiris memanjang)
Limau kasturi (dibelah dua)
Sambal tumis (jika suka)
Cara memasak mi siam:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis kisar halus sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3. Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato dalam kuali mengandungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun.
5. Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai, gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
Cara memasak kuah:
1. Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucu, serai, lengkuas dan pes asam jawa.
2. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air). Kacau dan biar mendidih.
3. Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis.
4. Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak sehingga mendidih.
5. Angkat dan hidangkan.
Bahan-bahan:
1/2 kg mi kuning (dicuci dan tos)
300 gram daging (dihiris nipis dan direbus bersama air dan hirisan halia sehingga lembut)
4 sudu makan cili kering kisar
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat
1sudu makan kicap masin
1 sudu makan sos tiram
1 Kiub ikan bilis
3 cawan air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa
Sawi dan tauge secukupnya
Cara memasak:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah di dalam minyak panas. Kemudian masukkan cili kering kisar.
2. Setelah naik bau dan cili masak, masukkan daging dan 3 cawan air rebusan daging dan kiub ikan bilis.
3. Masukkan kicap pekat, kicap masin, sos tiram dan sos tomato. Kemudian masukkan mi dan kacau seketika. Sesuaikan rasa.
4. Masukkan sawi dan kacau rata. Tutup api dan masukkan tauge.
5. Kacau rata dan angkat.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mi kuah ini seakan mee sup tapi ada kelainan dari segi rasa dan cara memasak. Cara membuat hidangan dari Pantai Timur ini memang ringkas namun sedap.
Tapi syaratnya selepas siap dmasak ia perlu dimakan terus. Ini kerana mi akan dimasak sekali dengan kuah. Jika dibiarkan lama, mi menyerap kuah. Cara membuatnya dikongsi oleh Mohamad Ridhuan Othman.
Bahan-bahan
Mi kuning – rendam seketika dengan air panas dan toskan
Lada hitam biji
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland- dihiris
Ayam – dihiris
Daging – dihiris
5-6 ekor udang
Sawi- dipotong
Kubis – dipotong
1 biji tomato -dibelah
Cili besar – dihiris halus
2 biji telur
Garam
1. Tumbuk kasar lada hitam kemudian tumbuk sekali bawang putih bersama lada hitam tadi.
2. Panaskan minyak, dan tumis lada hitam dan bawang putih yang ditumbuk tadi.
3. Bila tumisan naik bau, masukkan daging. Apabila daging separuh masak. Masukkan hirisan bawang holland.
4. Masukkan udang dan ayam kemudian tuang air dalam lesung serta masukkan dalam kuali (kuantiti air ikut cita rasa).
5. Bila kuah mendidih, masukkan mi kuning dan bahan sayur. Biarkan dalam seminit kemudian terus matikan api.
6. Tabur cili besar, masukkan dalam mangkuk dan terus hidangkan. Mi kuah ini sebaiknya dimakan selepas masak supaya mi tak kembang dan menyerap kuah.
7. Lagi sedap hidangkan dengan telur goyang. Cara membuatnya panaskan air, letak sedikit cuka dan pecah telur. Bila telur masak, angkat. Hidangkan bersama dengan mi.