
Masak Lemak Kubis, lauk paling mudah dimasak dan tidak menggunakan banyak bahan. Bagi yang sudah pakat, lauk sebegini boleh dikatakan ‘pejam mata pun boleh masaklah’.
Nama Sahaja lauk ringkas, tapi ada pelbagai cara memasaknya. Ada yang suka guna bilis Sahaja. Ada yang suka tambah udang kering. Nak lagi mewah? Ada yang letak udang basah. Masing-masing ada kegemaran serta cara masak tersendiri.
Menerusi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha, beliau kongsikan resipi Masak Lemak Kubis yang paling asas namun tersangat sedap. Jom cuba!
JOM CUBA! MASAK LEMAK KUBIS PALING MUDAH

BAHAN-BAHAN:
1 ½ biji kelapa parut
Kubis
Cili merah
Bawang besar
Ikan bilis – boleh campur udang kering atau sebagainya – beli online disini
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Perah kelapa parut dan ambil patinya sahaja. Jika guna banyk kubis, lebihkan santan. Jangan kurang.
2.Potong kubis mengikut saiz yang digemari kemudian cuci bersih. Toskan airnya.
3.Masukkan santan dan bilis ke dalam kuali. Masak guna api sederhana dan sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
4.Bila kuah sudah agak masak dan pekat, masukkan hirisan kubis tadi.
5.Kacau-kacau dan masukkan hirisan cili merah besar, bawang besar dan juga garam secukup rasa.

6.Siap. Masak Lemak Kubis sedia untuk dinikmati.



Kredit resipi & foto: SuiSan Aliezsha
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ikan Rebus Goreng Stail Pantai Timur Yang Sedap Sampai Ke Tulang
Kuah Sedap & Pekat Sempurna, Resipi Asam Laksa Ni Memang Kena Cuba
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Macam Dulu-Dulu. Begini Cara Buatnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
6 Menu Sedap Rendah Kalori Yang Orang Diet Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah.

Anda sedang dalam proses menurunkan berat badan? Menu-menu yang RASA kongsikan ni pastinya boleh dicuba. Ia bukan sahaja enak malah bahan-bahan yang digunakan juga sihat dan rendah lemak. Sebagai contoh, penggunaan susu dan yogurt bagi menggantikan santan. Kedua-dua bahan ni sememangnya terkenal sebagai makanan yang ringkas tetapi kaya dengan kalsium dan vitamin. Rasa masakan pasti sedikit berbeza tetapi baik untuk kesihatan!
1. KARI IKAN ALA UTARA

BAHAN-BAHAN:
- 4 ketul ikan senangin
- 400ml susu isian sejat
- 200ml air
- 8 batang kacang bendi
- 2 biji tomato|belah empat
- 2 biji cili hijau|dibelah dua
- 8 ulas bawang merah|dimayang halus
- 4 ulas bawang putih|dimayang halus
- 30gm rempah kari
- 15ml air asam jawa
- ½ sudu teh halba campur
- 1 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan mayang hingga perang.
- Masukkan halba campur dan daun kari.
- Tuang bancuhan rempah kari bersama air ke dalam periuk. Tambah air asam jawa. Tumis hingga rempah masak (pecah minyak).
- Masukkan susu isian sejat dan ikan. Didihkan dengan api yang sederhana hingga ikan masak. Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Tambah kacang bendi, tomato dan cili hijau.
Jumlah kalori dalam hidangan: 1 ekor ikan(120g) =170 kalori
2. KUPANG MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
- 6 keping kupang
- 7 biji cili padi
- 1 inci kunyit hidup |ditumbuk lumat
- 1 biji bawang besar |ditumbuk lumat
- 1 helai daun kunyit |diracik halus
- 25ml susu cair
- ½ liter air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus.
- Kacau sehingga ia naik baunya sebelum memasukkan susu cair.
- Biarkan sehingga kuah mendidih dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan kupang yang telah dibersihkan terlebih dahulu ke dalam kuah dan kacau rata.
- Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang telah diracik halus sebelum dihidangkan.
Jumlah kalori dalam hidangan: 1 senduk (60g) =130 kalori
3. UDANG MASAK GULAI KERISIK

BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang segar bersaiz sederhana
- 30gm nanas mengkal separuh masak | dipotong kecil
- 1 biji bawang besar | dihiris kasar
- 4 ulas bawang ros | ditumbuk
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk
- 8 ulas cili padi | ditumbuk
- 2 biji cili masak | ditumbuk
- 2 cm halia | ditumbuk
- 250ml susu cair
- 150ml air
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 50gm kerisik
- Sehelai daun kunyit disiat kasar
- Garam dan gula mengikut cita rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan yang telah ditumbuk, hirisan bawang besar, nanas, serbuk kunyit, daun kunyit, separuh daripada susu dan air di dalam periuk dan masak hingga mendidih pada api yang sederhana dan dikacau selalu.
- Kemudian tuangkan baki susu dan baki air yang tinggal serta kacau lagi sehingga kuah mendidih.
- Setelah nanas telah empuk, baru dimasukkan udang, kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar sesuai rasa. Kacau rata.
- Kecilkan api dan renihkan seketika gulai dan kacau selalu sehingga kuahnya pekat.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Jumlah kalori dalam hidangan: 1 senduk (50g) =120 kalori
4. SUP BROKOLI BERSAMA TELUR

BAHAN-BAHAN:
- 100gm brokoli |dipotong kecil
- 50gm isi ayam
- 1 biji telur
- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 30ml susu UHT
- 1/4 sudu teh serbuk buah pala
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- 1.Tumis bawang besar dan putih sehingga wangi,
- Kemudian masukka air dan masukkan ayam. Biarkan ia mendidih seketika. Apabila ayam sudah masak, masukkan brokoli dan batangnya yang telah dibuang kulit dan potong kecil.
- Apabila brokoli menjadi lembut tutup api dan biarkan ia seketika.
- Sementara itu, rebuskan sebiji telur sehingga ia masak. Asingkan.
- Kisar sup brokoli di dalam pengisar. Tambahkan air jika anda mahukan sup yang lebih pekat.
- Panaskan periuk dan masukkan sup yang telah dikisar tadi. Tambahkan garam, serbuk buah pala dan lada sulah secukupnya.
- Tambahkan susu dan kacau supaya ia tidak berketul. Biarkan ia menggelegak seketika. Hiaskan dengan sebiji telur yang telah direbus.
Jumlah kalori dalam hidangan: 105kcal
5. AYAM PANGGANG PEDAS BERHALIA

BAHAN-BAHAN A:
- 200gm yogurt
- 2 ulas bawang putih |dicincang halus
- 5gm halia |dicincang halus
- 1/2 biji jus lemon
- 1/2 sudu teh serbuk cili
- 1/2 sudu teh lada hitam |dikisar
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak masak
- Sedikit serbuk roti
- 500gm ayam |dibuang kulit
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam dan buang kulitnya. Kemudian hiris bawang putih dan halia.
- Masukkan bahan-bahan seperti yogurt, bawang putih, halia dan jus lemon ke dalam mangkuk. Kacau sehingga rata.
- Kemudian masukkan pula serbuk cili, lada hitam dan sedikit garam serta serbuk perasa. Masukkan ayam ke dalam adunan tadi dan perapkan ia selama 1 hingga 4 jam.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar ayam yang telah disalut dengan sedikit serbuk roti selama 10 hingga 15 minit sehingga ia menjadi kekuningan. Hidangkan ketika masih panas.
Jumlah kalori dalam hidangan: 1 ketul ayam =130kcal
6. BENDI MASALA

BAHAN-BAHAN:
- 300gm bendi |dipotong 3cm
- 15ml minyak masak
- 1 biji bawang |dihiris
- 1 biji tomato |dihiris
- 5gm serbuk cili
- 10gm yogurt
- 1 tangkai daun ketumbar |dihiris
- 1 biji cili hijau |dihiris
- 5gm serbuk perisa
CARA MEMASAK:
- Goreng bendi selama dua minit dan keluarkan dari kuali. Asingkan seketika.
- Tumiskan bawang bersama tomato sehingga ia menjadi wangi.
- Tambahkan serbuk cili, yogurt, hirisan cili dan penambah rasa.
- Kemudian masukkan semula bendi yang telah digoreng terlebih dahulu dan kacau sehingga ia sebati sebelum dihidangkan.
Jumlah kalori dalam satu hidangan: 1/6 dari jumlah hidangan = 24kcal
Nak lebih sihat, cergas & dapat lebih banyak pengetahuan mengenai kecergasan? Jom beramai-ramai ke MISFIT 2018: Malaysia International Sports & Fitness Fair pada 3-5 Ogos ( PWTC) & 5-7 Oktober ( Persada, Johor). Banyak aktiviti menarik dan bermanfaat yang ada disediakan untuk anda. Jadi datang beramai-ramai!

https://www.facebook.com/majalahrasa/videos/10156548032318739/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tauhu Hancur, Mudah & Sedap Dimakan Semasa Berbuka

Ada peminat tauhu tak kat sini?Nah..resepi tauhu hancur pedas bawang putih atau bahasa jawanya Tauhu Bodo.Tauhu digoreng terlebih dahulu.Ditumbuk bersama bawang putih,cili padi,perasakan garam gula dan last perah asam limau.Siap!! Sukatan campak2 aje lagi sedap bak kata Adamdidam . Cer try mudah dan sedap weyh!
TAUHU HANCUR
Hidangan untuk 3 orang
BAHAN-BAHAN:
2 biji tauhu petak
4 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji limau nipis/kasturi
Garam, gula dan serbuk perasa
CARA MEMBUAT:
1.Goreng tauhu petak hingga garing dan ketepikan dulu
2.Tumbuk bawang putih dan cili padi
3.Masukkan gula dan garam dan serbuk perasa
4.Masukkan tauhu yang digoreng tadi dan tumbuk bersama bahan tumbuk yang mula tadi
5.Perah asam limau
6.Siap tuk dihidangkan
#rozel‘s homemade cookin’
Cara-Cara Buat Sambal Belacan Kisar. Tak Guna Bawang & Tomato Tapi Memang Sedap!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
8 Koleksi Resipi Tauhu Yang Sedap, Mudah & Murah. Rugi Tak Cuba!

Tauhu merupakan sumber protien yang murah dan sedap. Apa kata pelbagaikan menu dari sumber protein ini sebagai hidangan sihat untuk keluarga. Selain murah, cara memasaknya juga ringkas dan senang. Malah, rasanya juga tidak pernah mengecewakan. Jom cuba resipi-resipi ini.
TAUHU CENDAWAN KUKUS SOS MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:
- 2 keping tauhu | hancurkan
- 1 tiup tauhu Jepun | hancurkan
- 1 biji telur | pecah dan kacau rata
- 4 biji cendawan Shitake | cincang halus
- ½ biji bawang Holland | cincang halus
- ½ biji cili benggala | cincang halus
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam halus secukup rasa
BAHAN SOS:
- 4 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan madu
- 1 sudu makan perahan jus lemon
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- Sedikit cili benggala | dadu halus
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar, gaul rata dan pastikan ia secukup rasa.
- Panaskan pengukus.
- Sementara itu, sudukan bahan adunan tauhu dalam acuan kuih lompang.
- Kemudian, susun dalam pengukus dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
- Sementara itu, panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih, kemudian masukkan cili benggala.
- Setelah layu masukkan sos cili Thai, madu dan jus lemon.
- Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tutup api.
- Keluarkan tauhu kukus dan susun dalam pinggan.
- Tuangkan sos di atas tauhu dan sedia dihidangkan.
TAUHU GORENG MENTEGA RANGUP

BAHAN-BAHAN:
- 3 keping tauhu biasa | potong dadu
- 1 cawan serbuk roti – beli online disini
- 3 sudu makan tepung jagung
- 6 ulas bawang putih | cincang halus – beli online disini
- 5 biji cili padi | hiris halus – beli online disini
- 1 pokok daun bawang | hiris 2cm
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan mentega
- Minyak masak secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
- Tauhu yang telah dipotong dadu digaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Gaul rata.
- Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan mentega bersama 1 sudu makan minyak masak.
- Tumiskan bawang putih dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan serbuk roti, tumis hingga kekuningan.
- Tambahkan hirisan daun bawang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah garing tutup, masukkan tauhu dan gaul rata.
- Sedia dihidangkan panas-panas.
TAUHU TELUR BERSAMA CENDAWAN SHITAKE TUMIS SOS TIRAM

BAHAN-BAHAN:
- 2 tiub tauhu telur | hiris bulat dan gaulkan dengan sedikit tepung gandum
- 3 biji cendawan shitake | hiris – beli online disini
- Sedikit hirisan batang saderi
- ½ biji cili benggala merah | hiris
- ½ biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- 2 sudu makan sos tiram – beli online disini
- 1 sudu teh serbuk lada sulah – beli online disini
- 1 sudu teh serbuk pati ayam – beli online disini
- 2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
- Minyak Masak secukupnya untuk menggoreng tauhu
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak, kemudian goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan cendawan shitake, kacau seketika tambahkan dengan hirisan cili benggala dan batang saderi. Kacau rata.
- Setelah layu masukkan hirisan tauhu yang telah digoreng, sos tiram, serbuk lada sulah dan pati ayam.
- Gaul rata dan tutup api dan sedia dihidangkan.
TAUHU KUKUS SAMBAL DAGING KISAR

BAHAN-BAHAN:
- 1 pek tauhu Jepun
- 150gm daging kisar
- 2 ulas bawang merah | cincang halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan pes cili kering
- 2 helai daun limau purut
- Sedikit hirisan halus cili benggala
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan pengukus, kemudian kukus tauhu Jepun lebih kurang 5-7 minit. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan pes cili, hirisan daun limau purut dan cili benggala, kacau hingga pecah minyak,
- Seterusnya masukkan daging kisar, kacau rata hingga daging bertukar warna dan air daging kering.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah siap, tuangkan sambal daging ini di atas tauhu yang telah dikukus tadi.
Tauhu sedia dihidangkan.
TAUHU UDANG BERLADO

BAHAN-BAHAN:
- 2 keping tauhu | potong dadu
- 200gm udang | buang kulit dan kepala dan belah belakang
- 2 sudu makan pes cili kering
- 3 biji cili merah | kisar kasar
- ½ biji bawang besar | potong dadu halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan tos.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
- Seterusnya masukkan pes cili dan cili merah kisar. Kacau rata.
- Setelah pecah minyak, masukkan udang, kacau hingga udang bertukar warna kemerahan.
- Masukkan air asam Jawa dan tauhu. Kacau lagi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa dan masak.
- Tauhu sedia dihidangkan.
TOMYAM TAUHU POK BERSAMA UDANG

BAHAN-BAHAN:
- 6 biji tauhu pok | belah empat
- 5 ekor udang | saiz sederhana
- ½ batang saderi | hiris serong
- 1 biji tomato | potong dadu
- 5 biji cili padi | titik
- 2 batang serai | titik
- ½ biji bawang Holland | hiris – beli online disini
- 2 sudu makan pes tomyam
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam, cili padi, hirisan bawang, serai titik.
- Kacau rata dan masak atas api hingga mereneh.
- Masukkan udang dan tauhu pok di dalamnya, kacau rata.
- Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api,masukkan hiris batang saderi dan tomato.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
JEJARI TAUHU BERDAGING

BAHAN-BAHAN:
- 3 keping tauhu | hancurkan
- 1 keping tauhu Jepun | hancurkan
- 1 biji telur
- 2 sudu makan tepung jagung
- 150gm daging kisar
- ½ hirisan daun bawang
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS MUSTARD
- 2 sudu makan sos mustard
- 1 sudu makan mayonis
- 1 sudu makan jus lemon
- 1 sudu makan madu
- 2 biji cili padi | hiris
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan untuk Jejari Tauhu. Gaul rata.
- Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
- Setelah sejuk, potongkan bentuk jejari.
- Gaulkan dalam tepung gandum yang telah dicampurkan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng Jejari Tauhu hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
- Untuk menyediakan sos campurkan semua bahan dan kacau rata.
- Hidangkan Jejari Tauhu bersama Sos Mustard.
TAUHU TUMIS TAUCHU

BAHAN-BAHAN:
- 2 keping tauhu | potong dadu dan goreng
- ½ batang timun Jepun | potong dadu
- ½ batang lobak merah | potong dadu
- Sedikit biji gajus | goreng
- Sedikit udang kering
- 5 biji cili kecil merah | belah hujung
- 5 biji bawang merah | belah dua
- 4 ulas bawang putih | belah dua
- 2cm halia muda | hiris halus memanjang
- 2 sudu makan tauchu
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan cuka
- Gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan pes cili kering, kacau rata dan masukkan tauchu serta cuka.
- Setelah pecah, masukkan hirisan lobak merah dan timun.
- Kacau hingga layu, masukkan tauhu goreng dan gajus.
- Perasakan dengan sedikit gula.
- Kacau rata dan tutup api.
- Tauhu sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Seperti Makan Yogurt Strawberry, Buat Sendiri Cocktail Lemak Berkrim
Seleksi Resipi Masakan Kelantan Yang Mudah, Sedap & Disukai Ramai
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

