Sedapnya kalau dapat makan makanan yang simple seperti laksa siam. Rasa pedas dan berlemak memberi nikmat rasa yang tidak terkata. Korang yang belum tahu penangan kesedapan laksa ini boleh cuba membuatnya.

Bahan-bahan
• 1 paket laksa kering (jenis yang paling halus) / laksa siam
• 1 kg ikan kembung / selayang
• 2 sudu cabai giling
• 2-3 tangkai daun pudina
• 2-3 helai daun limau purut
• 1 kotak santan 200ml
• Air secukupnya
• 10 biji cili padi merah* (boleh adjust ikut kepedasan)🔥🔥🔥
• 10 biji bawang merah* (bawang ros lagi sedap)
• 1 labu bawang putih* (kalau besaq ambik 1/2 labu ja)
• 4 batang serai* (2 blend, 2 diketuk)
• 2 inci lengkuas*
• 2 inci halia*
• 2 inci kunyit*
• Belacan*

Nota: Bahan bertanda * tu untuk blend.

Bahan Ulaman
• Limau kasturi
• Daun pudina
• Daun salad
• Taugeh
• Timun
• Daun samak /pucuk janggus / daun selasih (kalau ada)

CARA-CARA

1. Rebus Ikan
Mula-mula, rebus 1 kg ikan kembung / selayang tadi. Bila agak-agak dah masak, biaq sejuk sikit, asingkan isi daripada tulang.
Kalau tak mau kuah jadi warna gelap, jangan ambik air tulang ikan tau. Nanti jenuh nak tambah serbuk kunyit bagi kuah jadi kaler kuning. Tapi Cik Dinda derhaka. Bubuh jugak air tulang ikan tu. Tapi skit ja lah, tak banyak pun 😁

2. Kisar Bahan Tumisan
Lepas tu blend bahan-bahan yang bertanda * tadi dan tumis dalam minyak yang panas dengan cabai giling. Kacau sampai naik bau. Cabai giling tu kena betoi-betoi masak.

3. Masukkan Isi Ikan
Bila bahan tumis tadi dah pecah minyak, masukkan isi ikan yang kita asingkan awai tadi. Pastu, masukkan serai yang diketuk dan kacau sampai mesra.

4. Masukkan Santan
Masukkan santan dan kacau sekejap. Lepas itu boleh masukkan air secukupnya. Agak-agaklah supaya nanti kuah tak terlalu pekat atau terlalu cair. Perasakan dengan garam dan gula.

5. Tambahkan Daun Pudina & Daun Limau Purut
Last but not least, (fuhhh cakap omputih pulak 😆), untuk memberi aroma laksa yang lebih kaww, masukkan daun pudina dan dan limau purut.
Masak sampai mendidih sambil kacau.

Ingatttt, kena kacau selalu supaya kuah tu nanti tak berketoi-ketoi. Tunggu sampai mendidih dan kemudian boleh laa tutup api.

6. Lengkapkan Hidangan Dengan Ulaman
Sediakan bahan ulaman setakat yang ada dan sedia untuk dimakan dengan laksa yang dah pun direbus sampai empuk.

kredit: dinda jiwa al hadi