Siapa yang tidak suka menu Sambal Telur Pecahini. Selain mudah dimasak, ia juga mempunyai rasa yang sangat enak. Tak ada lauk lain pun tidak mengapa, ada satu yang ini, ditambah dengan ulam timun sudah cukup untuk membuka selera. Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa, bolehlah cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Mariana Zainalini. Pasti makan dengan berselera.
CARA MASAK SAMBAL TELUR PECAH SEDAP
BAHAN-BAHAN: 7 biji telur – terpulang nak banyak mana 1/2 cawan air 1/2 sudu besar gula – beli online disini Sedikit bahan perasa 1 1/2 sudu besar sos cili – beli online disini Sedikit kicap manis – beli online disini Sedikit kicap masin (jangan banyak nanti terlebih masin) – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Masukkan bahan kisar dalam kuali (jangan letak minyak dah tau). Masak hingga naik minyak dan sambal agak garing. 2. Masukan gula, bahan perasa, sos cili, kicap manis dan kicap masin. Kacau sekejap dan masukkan air. 3. Biarkan mendidih seketika dan perlahankan api. 4. Guna api paling perlahan, pecahkan telur satu persatu dalam kuali.
5. Biarkan sekejap tanpa dikacau telur tu selama 3-4 minit.
6. Apabila telur kuning sudah pejal elok, terbalikkan. Kacau sekejap dan sesuaikan rasa.
7. Sambal Telur Pecah siap dan sedia untuk dihidangkan.
Enaknya bila menjamah masakan air tangan bonda. Sementelah lagi bila sajian yang disajikan adalah masakan kampung yang sememangnya menjadi idaman anak-anak tatkala berada di perantauan. Biarpun resipi trending bertukar ganti, gulai lemak cili padi, asam rebus daging, dan opor nangka ibu tetap jadi pilihan . Untuk membangkitkan nostalgia, Bonda Jaoyah tidak kedekut berkongsi resipi air tangan beliau untuk kita semua.
1. UDANG MASAK LEMAK CILI API BERSAMA DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz besar |bersih dan tos
1 batang serai |titik
2 ulas bawang merah |kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup | kisar
Seikat daun selom | potong
10 biji cili padi | kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali udang dan daun selom.
Kemudian didihkan kuah atas api sederhana hingga mendidih.
Sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
Masukkan garam, udang dan daun selom.
Biarkan lebih kurang lima minit. Tutup api
Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama kerana ia akan menjadi sedikit keras.
2. TELUR MASIN LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur masin
1 batang serai | titik
1 ulas bawang merah | kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup |kisar
10 biji cili padi |kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali telur.
Didikan kuah sehingga mendidih.
Kecilkan api, masukkan telur satu persatu.
Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.
Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu telur masin boleh juga menggunakan telur itik biasa.
Pernah cuba makan Ikan Lengat? Ha…bagi yang biasa, pasti tahu macam mana seleranya kalau makan lauk ni kan? Sangat ringkas tapi ia mampu membuka selera makan. Kalau orang Pantai Timur, Ikan Lengat ni dikenali dengan nama ikan rebus atau ikan kukus. Ada rasa masam-masam masin sikit. Memang sedap! Nak cuba resipi perkongsian saudari Salmah Wawa ni? Jom lihat bahan-bahannya.
IKAN LENGAT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ikan temenung lemak – boleh juga guna ikan kembung atau sardin
4 sudu makan garam – lebihkan 3 kali ganda jumlah garam yang kita guna untuk ikan goreng biasa
10 keping asam gelugur/ keping – ikut selera masing-masing nak masam atau tak
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan dan bersihkan. Kemudian perap bahan-bahan diatas bersama ikan selama 1 jam.
2. Susun dalam periuk kukusan dan kukus sehingga ikan masak.
3. Bila dah masak, simpan ikan dalam bekas tertutup. Simpan dalam peti sejuk.Lagi lama disimpan, lagi sedap dan masam. Ikan ini tahan lama.
4. Bila nak digoreng, jangan letak garam atau serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sahaja.
5. Selain goreng, ikan lengat ni sesuai juga dimasak sambal atau masak asam.
Sekarang ini goreng bihun boleh guna pressure cooker. Jadi tidak perlu risau kalau goreng bihun terhangit atau terkembang sangat. Hanya pastikan jangan terlebih air, cukup setakat bihun terendam sedikit.
BIHUN GORENG PRESSURE COOKER
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus bihun. (Bilas dan toskan. Tidak perlu di rendam)
Isi ayam, daging udang dan sebagainya
Sayur kobis atau sawi
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar cuka makan
Garam gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 ulas bawang besar
10 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (rebus dan kisar halus)
CARA MEMASAK:
On pressure cooker, press chicken dan start. Masukkan sedikit minyak, biarkan panas dan masukkan ayam, daging atau udang. Goreng sebentar sampai kecut.
Masukkan bahan kisar (cili, bawang merah dan putih), dan semua bahan sos dan kicap. Masak sekejap sehingga cili itu garing.
Masukan garam, gula dan cuka. Masukkan bihun. Jika air kurang tambah sikit air agak bihun tu terendam je.
Off dan cancel kan mode chicken tadi kat pressure cooker.
Tutup pressure cooker, sekali lagi press chicken dan press start. Tunggu je lah sampai masa ditetapkan habis dan bolehlah release pressure.
Lepas buka, Keep Warm dan masukkan sayur dan kacau rata. tutup penutup dan biar kan sekejap untuk layukan sayur tu. Siap.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.