Sedapnya Kuih Vadai @ Kuih Wade @ Kuih Vade perkongsian saudari Nurhayati Abd Malekni. Nampak sangat mudah dan menyelerakan. Kalau makan panas-panas, memang berebut ni. Bahan-bahan yang diperlukan sangatlah ringkas sahaja. Sesuai sangat cuba buat untuk minum petang. Jom lihat cara-caranya.
2 cawan kacang dal – rendam 4 jam – beli online disini 1 biji bawang besar – potong dadu kecil – beli online disini 5 tangkai cili kering – mayang halus – beli online disini 2 tangkai daun kari – mayang halus 2 biji cili api – hiris nipis 1 sudu besar jintan manis – tumbuk sedikit – beli online disini Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kacang dal ke dalam bekas bersesuaian.
2. Kemudian cucikan sedikit dan toskan.
3. Rendam Kacang Dhal tadi dalam air bersih selama lebih kurang 4 jam.
4. Bila sudah direndam 4 jam, Kacang Dhal akan mengembang sedikit. Toskan airnya.
5. Ambil pengisar kering dan kisar kacang tadi. Tidak mengapa jika ada kacang yang tidak lumat. Makan Wade memang ada yang lumat dan ada yang tak.Kacang dal yang tidak lumat tu bila goreng garing memang sedap.
Ads
6. Kemudian satukan kesemua bahan- bahan selebihnya tadi dan gaul mesra.
7. Adunan Kuih Wade / Kuih Vadai / Kuih Vade yang siap digaul. Kelihatan seakan nak buat cucur. Bila sudah sebati begini, bolehlah bentukkan adunan.
8. Adunan Kuih Wade / Kuih Vadai yang sudah siap dibentuk. Masukkan ke dalam peti sejuk minimum 30 minit. Jika buat banyak, boleh disejukbekukan (frozen).
9. Untuk memasak, panaskan minyak dengan banyak. Ini kerana Kuih Wade/ Kuih Vadai perlu digoreng secara deep fry.
10. Bila minyak sudah panas, masukkan kuih satu persatu. Jarakkan.
Ads
11. Balikkan kuih dan angkat bila sudah kelihatan keperangan.
12. Kuih Wade/ Kuih Vadai siap untuk dinikmati. Enak dihidang bersama kopi.
Teringin nak makan donut yang sedap? Resipi Donut Pandan Susu yang gebu dan ada wangi bau pandan perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni memang anda kena cuba.
Lebih istimewa sebab donut ni ada rasa yang lebih lemak sebab ada guna susu tepung. Memang terbaik! Sesuai sangat buat untuk sarapan mahupun minum petang. Gebu dan lembut memang makan sebiji tak cukup ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Ingin kelainan untuk hidangan minum petang, korang boleh cuba tiga menu kuih yang dikongsikan ini, nampak menarik dan mudah disediakan. Kalau mak-mak buat mesti anak-anak suka sebab sedap dan boleh juga djadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah selain sesuai sebagai hidangan munum petang.
APAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN 1:
180gm gula pasir
100ml air pandan | jus pandan + sedikit pes pandan
1/4 sudu the garam halus
Campurkan semua bahan, didihkan hingga gula larut. Sejukkan.
BAHAN 2:
250gm tepung gandum
125gm tepung ubi | ayak
250ml santan pekat
1 sudu teh yis segera
BAHAN TABURAN:
Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan dikukus dengan daun pandan.
CARA MEMASAK:
Siapkan loyang saiz 20 X20, oleh dengan minyak, alas dengan plastic dan olehkan semula dengan minyak.
Campurkan semua bahan 2, adun menggunakan whisk.
Tuangkan air pandan, adun rata dan tidak bergentel.
Tuang dalam loyang yang telah dipasang dengan pemyekatnya sekali..
Biarkan lebih kurang satu jam.
Panaskan pengukus, bila pengukus sudah panas, kukus selama 35 minit dengan api sederhana.
Angkat dan sejukkan, keluarkan dari loyang, potong-potong dan taburkan dengan kelapa parut yang telah diperasakan dengan sedikit garam dan telah dikukus.
Kuih cara ni ada macam-macam versi. Ada yang manis, ada yang berlauk dengan rasa pedas-pedas. Kuih cara kena banyak inti supaya apabila dimakan rasa mewah.
Sedap sangat makan kuih cara berlauk ni. Rasanya pedas-pedas dan mewah dengan inti daging. Kalau dibuat dengan banyak inti, memang lebih sedap. Ini resipi yang memang confirm jadi kalau dibuat. Cubalah.
KUIH CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN
600 gram tepung gandum
30 gram tepung susu
2 biji telur ayam
1.3 liter air
4 titik pewarna kuning
BAHAN INTI
3 sudu besar minyak sapi
6 ulas barang merah (tumbuk halus)
2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1 cm halia (cencang halus)
4 sudu besar serbuk kari daging
300 gram daging (cencang halus)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
4 tangkai daun ketumbar (cencang halus)
CARA MEMBUAT
1. Gaul bersama tepung gandum, tepung susu, telur ayam, air dan pewarna kuning sehingga sebati.
2. Sediakan inti. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Kemudian goreng bawang merah dan bawang putih bersama halia sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari daging dan daging cencang. Goreng lagi.
4. Tambahkan garam dan gula. Masukkan daun ketumbar.
CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan adunan kuih cara dan tuangkan sebahagiaan adunan ke dalam setiap bahagian kuih cara.
2. Sudukan sedikit inti daging ke dalam setiap bahagiaan. Tuangkan lagi adunan tepung sehingga penuh.
3. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk.
4. Pastikan setiap kali sebelum acuan diisi dengan adunan, terlebih dahulu sapukan dengan minyak sapi.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!