Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang ya mat ni. Yang penting suami dan adik-adik kata sedap. First time buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihihi
Jom buat apam kampung untuk berbuka puasa. Resipi apam kampung ni perlu kita jaga sebab ianya sejenis hidangan tradisional yang sedap dan disukai ramai. Kalau tak dijaga, bimbang nanti makin dilupakan. Apam yang dimasak gebu memang selalunya mencuit selera. Lagi-lagi kalau dimakan dengan kelapa parut. Lemak manis jadinya. Ini apam yang sangat basic. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
Apam Kampung, resipi tradisi yang kekal disukai ramai.
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam
CARA MEMBUAT
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Rupanya ramai yang suka kuih peneram panas-panas kan. Kalau buat kuih ni, goreng je habis. Goreng je habis. Kita pun tak menyempat nak merasa.
Menerusi perkongsian daripada saudari Abby Razy, dia memang menyediakan doh lebih awal kerana apabila nak makan, terus goreng saja sebab sedap makan panas-panas. Umpama rangup dan cair di mulut.
Ada 2 bahan asas iaitu tepung beras dengan gula merah. Kuih ni agak renyah, silap haribulan macam makan batu. Tapi berbaloi kalau buat sendiri.
RESIPI KUIH PENERAM TRADISI
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung beras – beli online di sini 500gm gula merah – beli online di sini 1 sudu kecil garam (sukatan manja-manja) 2 cawan air (cawan nescafe, sukatan manja-manja je, jangan penuh-penuh)
1. Panaskan gula merah dan air. Biar tiga kali menggelegak tau supaya molekul dan partikel dalam gula pecah. Itu rahsia rangup dan rapuh. 2. Masukkan air gula yang panas tu ke dalam tepung. Pastikan ditapis. 3. Kacau sebati sehingga adunan jernih dan cantik. 4. Kemudian wajib peram sekurang-kurangnya 24 jam Rajin-rajinkan menguli ya.
*Doh ni memang tahan lama sebab tu, saya berani buat postage. Paling sedap doh diperam 3 hari dan ke atas pada suhu bilik ya. *Jangan peram dalam peti ais. Kita nak tepung dan gula sebati serta mesra bersama. *Doh tahan 4-5 ++ hari pada suhu bilik, tapi biasanya lepas seminggu baru saya akan letak dalam peti ais.
*P/S: Kalau doh lembik, tambah 1 sudu tepung beras. Kacau sampai adunan bertali. Waktu panas memang adunan agak lembik, tapi bila dah sejuk baru jadi cantik. *P/S 2: Goreng wajib dengan minyak yang betul-betul dah panas, baru kuih jadi cantik dan rangup dan tak kereh.
*P/S 3 : Tiga kali menggelegak gula tu maksudnya, bila dah gelegak tutup api. Kacau sekejap, nanti buka lagi sampai mnggelegak. Ulang langkap ni sampai 3 kali atau lebih. *Tepung yang saya guna adalah cap Teratai, bukan 3 teratai tau tapi cap Teratai. Ada yang pernah cuba cap gajah, tapi mendukacitakan. *Untuk gula merah, saya pernah cuba yang tongkol tu. Orang Terengganu panggil nissang tapi bukan asli sebaliknya yang campur. Hasil dohnya, warna pucat dan bila goreng agak keras. Saya cuba beli gula merah timbang, hasilnya warna cantik sangat dan kuih pun rapuh sedap. *Orang tua zaman dulu guna daun pisang, kemudian lepas goreng (klik video di sini) letak tempat yang ada angin untuk lembutkan. Tapi saya suka yang rangup.
Salah satu kuih yang menjadi kegemaran masyarakat suatu ketika dulu adalah cucur Jawa. Rasanya manis dan sedap dimakan panas-panas. Walaupun cucur Jawa adalah kuih orang lama, namun masih tetap digemari orang generasi hari ini.
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Air dan gula dimasak sampai gula hancur. Biarkan sejuk.
2. Tapis bancuhan gula. Kemudian bancuh dengan tepung gandum.
3. Peram sekurang-kurang selama 4 jam.
4. Panaskan minyak masak. Masukkan 1 senduk bancuhan dan goreng.
5. Angkat dan hidangkan.
Sup tepung kampung jadi menu nostalgia yang simple, sedap dan mengenyangkan. Cuba resipi mudah ini dengan kuah ikan bilis yang padu serta tepung lembut kenyal.