Pernah cuba Kuih Tepung Puli? Rupanya seakan laksam namun mempunyai rasa lebih lemak dan manis. Katanya kuih ini adalah kuih tradisional orang Melaka tetapi sekarang boleh juga dikatakan susah untuk jumpa peniaga yang menjual kuih tradisi ni. Bagi anda yang nak cuba masak sendiri, saudari Hairunniza Ahmad ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
KUIH TEPUNG PULI
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus tepung pulut (500gm)
2 1/2 cawan tepung sagu
5 cawan santan
2 cawan gula pasir – kurangkan jumlah jika tak suka manis
Pewarna pilihan
Daun pisang secukupnya – dilayurkan
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung pulut bersama tepung sagu. Adun rata dan ketepikan.
2. Masak santan dan gula pasir hingga larut. Padam api dan biarkan sejuk.
Ads
3. Tuang santan ke dalam bekas berisi campuran tepung pulut dan tepung sagu. Adun hingga rata dan tidak berketul.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan pada warna asal dan satu lagi ditambah pewarna.
5. Panaskan kukusan dan sapu sedikit minyak pada tudung periuk atau loyang.
6. Tuang satu senduk adunan. Ratakan dan masak selama 5 minit.
Ads
7. Kemudian tuang satu senduk lagi adunan berlainan. Biarkan masak.
8. Gulung kuih dengan kemas dan pindahkan ke atas daun pisang. Gulung kemas sekali lagi.
Ads
9. Setelah sejuk, Kuih Tepung Puli boleh dipotong dan dihidangkan.
Kuih Cempiang atau ada juga yang menyebutnya campiang memang popular di Sabah. Sedap dimakan panas-panas, ia terkenal sebagai antara menu sarapan pagi yang sungguh lazat. Rupanya macam Cinnamon Rolls. Bahannya pun ringkas sahaja, apakata sekali sekala kita beralih selera dengan mencuba sendiri resipi kuih dari negeri di bawah bayu ini.
KUIH CEMPIANG
Bahan A:
Sepeket yis
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula
(campurkan ke dalam secawan air suam sampai berbuih)
Bahan B :
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan majerin atau mentega
2 sudu makan susu tepung
(gaulkan bersama)
Bahan inti doh :
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu serbuk rempah (kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih kisar)
1 sudu besar air suam
Cara-Cara Membuat:
1. Biarkan 10 minit hingga bahan A berbuih.
2. Masukkanke dalam bahan B & uli kejap sahaja sampai sebati.Rehatkan selama sejam untuk mengelakkan doh melekat pada tangan.
3. Selepas itu boleh uli dan canaikan doh.
4. Letakkan bancuhan kicap secara merata di atas doh, tetapi jangan sampai di bahagian tepi.
5. Gulung doh sehingga ke hujungnya. Kemudian potong anggaran 1.5 cm setiap satu. Kalau nak tebal boleh potong sehingga 2 cm atau lebih.
6. Goreng dengan api yang perlahan dan minyak yang banyak. – FARIDAH TALIB
Kuih lompang adalah kuih tradisional Melayu yang teksturnya lembut. Dimakan dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam dan kemudian dikukus seketika. Rasanya lemak manis apatah lagi dimakan dengan kelapa yang mempunyai rasa enak.
Jom kita lihat resipinya.
LOMPANG
BAHAN-BAHAN
1 1/2 gula merah
1/2 cawan air
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 sudu kecil air kapur
Esen pandan sikit
Garam secukup rasa
Kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, masukkan gula merah dan air. Masak sehingga gula larut. Tutup api dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras, air, air kapur, esen pandan dan garam. Kacau semuanya sehingga sebati. Tapiskan adunan ini ke dalam jag supaya mudah untuk dituang dalam adunan.
3. Tuang adunan ke dalam acuan lompang. Susunkan acuan berisi adunan ke dalam periuk kukusan.
4. Kukus selama 15 minit. Sementara itu, jom buat kelapa parut.
5. Dalam bekas, masukkan kepala parut. Taburkan sedikit garam. Gaul rata. ketepikan.
6. Selepas siap mengukus lompang, keluarkan acuan lompang. Kukus pula kelapa parut seketika.
7. Ambil kuih lompang, keluarkan daripada acuan. Letakkan kepala parut di atas kuih lompang. Sedia dinikmati.
Kuih bingka pandan ni memang makan bila masa pun sedap. Penggunaan tepung juga tidak banyak. Rasa lembut dan lemak manis. Aroma daun pandan menaikkan bau tatkala semasa dibakar.
Bingka Pandan
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 cawan air pandan ( 6 helai daun pandan blend dengan air)
2 cawan santan
3 biji telur
sedikit pewarna hijau
sebagai hiasan-sedikit bijan
Cara memasak:
1.Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Saya cuma whisk.
2. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi ke dalamnya.
3.Taburkan bijan. Saya tabur bijan setelah dibakar dalam 10-15 minit.
4,Bakar 40 minit pada suhu 180C hingga masak atau tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk mendapatkan permukaan yang berkerak/garing. Saya bakar hampir 1 jam setengah.
Nikmati promosi Krismas 2025 dan Tahun Baru 2026 di Concorde Hotel Shah Alam dengan sajian istimewa di Melting Pot Café. Buffet meriah, hiburan menarik dan pengalaman perayaan yang memukau menanti anda.