Selalunya bila makan di restoran tom yam antara menu yang dipesan ialah Udang Celup Tepung. Perasan tak, Udang Celup Tepung di restoran tom yam sedap sangat. Bila buat di rumah tidak pula dapat rasa sama macam itu. Rahsia sedap Udang Celup Tepung ialah pada bancuhan tepungnya. Jika anda inginkan Udang Celup Tepung yang rasanya seperti Udang Celup yang dimakan di restoran tom yam, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini.
RESEPI UDANG CELUP TEPUNG
BAHAN:
10 ekor udang 80 gm tepung Gogi 2 sudu minyak masak –BELI ONLINE 50 ml air sejuk
CARA MEMBUAT:
1. Buang kulit udang. Tarik bahagian hitam belakang udang yang siap dibuang kulit tadi. Boleh guna pencungkil gigi.
2. Inilah tepung Gogi. Restoran tom yam banyak guna tepung ini untuk buat udang/sotong celup tepung. Murah sahaja harganya lebih kurang RM2+ sahaja. Boleh buat untuk 25 ekor udang.
Ads
3. Campurkan minyak masak ke dalam tepung Gogi. Gaul sebati.
4. Tuangkan air yang betul-betul sejuk. Air yang ada ais batu pun boleh.
5. Panaskan minyak di dalam kuali.
6. Pastikan bancuhan tepung tadi betul-betul ‘licin.’ Kemudian celupkan udang biar betul-betul sekata dalam bancuhan tepung.
7. Masukkan satu demi satu udang ke dalam minyak di dalam kuali.
8. Goreng sampai sedikit garing atau keperangan.
9. Beginilah rupa udang selepas siap digoreng.
Ads
10. Bolehlah dihidangkan bersama telur dadar dan sayur campur.
Sumber kredit: Wan Luqman via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nak makan apa dinner nanti? RASA kongsikan resipi masak lemak pucuk paku dengan udang. Lauk ini memang cukup lengkap. Ada udang dan ada sayur. Kuahnya pula pedas-pedas lemak. Jadi kalau tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba maska lauk ni ye.
MASAK LEMAK PUCUK PAKU DENGAN UDANG
BAHAN KISAR
15 tangkai cili padi | kurangkan kalau tak nak pedas
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
BAHAN LAIN
2 batang serai | dititik
2 pokok daun ketumbar bersama akarnya | bersihkan dan hiris
10 ekor udang sederhana besar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
1 mangkuk santan
1 mangkuk besar pucuk paku | bersihkan
CARA MEMBUAT
1. BAHAN KISAR dikisar halus dan masukkan dalam periuk.
2. Masukkan serai dan daun ketumbar. Masak sehingga harum.
3. Masukkan udang.
4. Tambahkan air jika kuah kering.
5. Masukkan asam keping dan garam.
6. Masukkan santan
7. Tunggu kuah mendidih. Kemudian masukkan pucuk paku.
8. Masak kejap sampai sayur lecur sikit sahaja. Tutup api dan hidangkan.
Ingin makan masakan udang yang sedap dan terasa manis dan segar isinya tanpa perlu keluar duit banyak makan di restoran ternama atau hotel ye. Sebenarnya, korang boleh je masak sendiri di rumah hanya dengan ikut tip cara membersih dan memasak undang yang RASA kongsikan ini. Sebenarnya ia sangat mudah, cuma perlu tahu cara dan teknik untuk membersih dan memasaknya saja.
CARA MEMBERSIH UDANG:
Cuci udang di bawah air mengalir
Jika ingin memasak dengan kulit sekali, korang perlu gunting sesunggutnya saja. Jika kepala udang hampir tertanggal, pisahkan saja dan bersihkan kepala udang kemudian rebus jadikan stok udang.
Setelah dibersihkan, lumurkan udang dengan air limau nipis dan sedikit garam. Cuci bersih dan toskan.
Jika ingin menggunakan isi udang tanpa kulit, korang boleh rendam dengan campuran cuka makan dan air. Tujuannya untuk melembutkan kulit udang supaya lebih mudah dikopek.
Jangan lupa membersihkan kotoran yang ada dibahagian belakang udang, caranya hiris sedikit dan tarik benang hijau kehitam yang ada dibahagian belakangnya itu.
Jika tidak terus dimasak, simpan udang dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegaran dan mengelakkan dari tercemar dengan bakteria. Tapi jangan simpan terlalu lama, sebaiknya elakkan juga dari frozenkannya lebih dari sekali.
CARA MEMASAK UDANG:
Masak dengan api besar. Jika ingin memasak dengan cara menumis atau menggoreng sebaiknya guna api besar dan masak dengan pantas. Tujuannya untuk mengekalkan rasa manis dan kesegaran udang.
Masukkan dalam air mendidih, jika ingin merebus masukkan udang, jangan lupa tambahkan sedikit garam dalam air rebusan dan tutup seketika periuk. Seketika kemudian keluarkan udang dan celupkan ke dalam air sejuk. Tujuannya untuk menghentikan proses memasak udang tersebut.
Memasak dengan cepat supaya isi udang kenyal dan manis. Masaklah udang sekitar 3-4 minit sahaja atau sampai udang berubah warna kemerahan kerana tekstur isi udang sangat lembut.
UDANG GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
8 biji cili padi | dihiris
1/2 cawan susu seger
1 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 tangkai daun kari | lurut daun dari tangkai
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SARANG TELUR:
2 biji telur kuning
1 sudu makan mentega
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
Angkat dan toskan.
Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tumis daun kari hingga wangi.
Kemudian tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.
Semoga dengan tip ini korang boleh menyediakan menu udang setanding dengan restoran ataupun hotel ternama.