
Kuih yang menjadi kegemaran ramai dikala berbuka puasa. Memang terbaik! Ketika menghasilkan kuih ini, acuan lompang perlu disapu minyak masak bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan apabila masak.
Bahan A:
- 1 biji telur
- 125gm gula kastor
- 250ml santan (125ml santan kotak + 125ml air)
- 145gm tepung gandum
Bahan B:
- 125ml santan
- 125ml air pandan (5 helai daun pandan + 125ml air. Kisar dan tapis airnya)
- 55gm gula halus
- 30gm tepung jagung
- 1/4 sudu teh garam
- Sedikit pewarna hijau epal
- Sedikit pandan emulco ( jika suka)
Bahan C:
- 250ml santan (125ml santan + 125ml air)
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Untuk bahan A, satukan gula, tepung dan santan. Kacau rata.
- Masukkan telur yang dipukul dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Ketepikan.
- Bagi bahan B, satukan air pandan dan santan. Campurkan gula, tepung jagung, garam dan pandan emulco. Pukul hingga rata dan sebati.
- Masak adunan hingga berkilat dan sedikit pekat dengan api sederhana.
- Tuangkan adunan A ke dalam adunan B sedikit demi sedikit dan kacau rata hingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
- Satukan kesemua bahan C dan kacau sebati. Masak sehingga pekat. Tutup api dan sejukkan sedikit sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.
- Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
- Tuangkan 3/4 penuh acuan lompang dengan adunan hijau.
- Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik dan memenuhi acuan lompang.
- Susun di dalam pengukus dan kukus selama 7-10 minit.
- Angkat dan biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan daripada acuan lompang. Sedia dinikmati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Menu Ubi Kayu Yang Sedap & Senang Membuatnya

Macam-macam makanan boleh dibuat dari ubi kayu, selain boleh dijadikan ubi rebus dan dibuat kerepek, ubi juga boleh dibuat kuih dengan pelbagai cita rasa. Dengan rasa sedikit kenyal menjadikannya sungguh sedap dan mengenyangkan. Tidak hairanlah orang zaman dulu menjadikan ubi kayu sebagai ganti nasi. Bagaimana pun untuk hari ini RASA ingin kongsikan dua menu kuih yang dibuat dari ubi kayu yang sangat sedap.
GETUK UBI KAYU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
- 1.4kg ubi kayu | dibuang kulit
- 300gm gula melaka | parut atau hancurkan
- 1 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan
BAHAN KELAPA:
- 1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
CARA MEMASAK:
- Ubi kayu dipotong kecil dan buang urat tengahnya.
- Kemudian kukus bersama daun pandan lebih kurang 20 minit. Angkat dan ketepikan.
- Gaulkan dengan gula melaka dan garam kemudian kisar menggunakan, pengisar makanan.
- Keluarkan dari pengisar dan gunakan acuan kuih bulan, bentuk getuk mengikut acuan, Buat hingga habis.
- Sementara itu gaulkan kelapa parut dengan kelapa parut.
- Susun getul dalam pinggan dan hias atasnya dengan taburan kelapa parut.
- Getuk sedia dihidangkan.
Resipi dan photo: @michellemawar
ONGOL-ONGOL UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ubi kayu parut
- ½ bungkus agar-agar
- 180ml santan pekat
- 10 sudu makan gula pasir | ikut kesesuaian manisnya
- Pewarna makanan | merah, kuning dan hijau
- Kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam secukupnya.
CARA MEMASAK:
- Ubi yang telah diparut perah dan asingkan air menggunakan kain bersih. Simpan airnya.
- Enapkan air perahan, apabila pati ubi telah enap buang air dan ambil enapan itu campurkan dalam adunan.
- Campurkan ubi parut bersama santan, agar-agar dan gula dalam mangkuk adunana.
- Gaul rata dan rasa tahap kemanisannya ikut kesesuaianaa rasa.
- Bahagikan adunan kepada tiga Bahagia dan warnakan dengan tiga warna tadi.
- Masukkan adunan dalam acuan yang sudah dioles denga minyak.
- Kukus dalam pengukus yang sudah siap dipanaskan lebih kurang 20 minit atau hingga masak.
- Setelah masak, tutup api dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.
- Gaulkan dengan kelapa parut
- Ogol-Ogol sedia dihidangkan.
Resipi & photo: @mayasari_widodo
Snek ‘favourite’ A.S dan Eropah , Buat Homemade Lagi Puas.

Sekali sekala cuba kita sajikan kudapan dan snek barat untuk sarapan. Ni min kongsi makanan yang disebut makanan ‘street food’ atau makanan gerai, snek sedap dari Eropah dan Amerika Syarikat.
Sajian berasaskan daging, tepung,mentega dan makanan laut ni memang mudah dimakan di mana jua. Pasti jadi ‘favourite’ ahli keluarga nanti.
1. ARANCINI WITH TOMATO SAUCE
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan nasi putih
- 10 gm bawang merah kecil | dicincang
- 10 gm daun bawang | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dicincang
- 15 gm kismis
- 2 cawan serbuk roti
- 4 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 4 cawan minyak masak
- 20 gm bawang Holland | dipotong dadu bersaiz kecil
- 10 gm seleri | dipotong dadu bersaiz kecil
- 10 gm lobak merah | dipotong dadu bersaiz kecil
- 3 sudu makan tomato puri
- 2 helai daun bay
- 1 sudu besar thyme kering
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sos tomato, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bawang Holland, seleri, bawang putih dan lobak merah ke dalam periuk. Tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan tomato puri bersama dengan air, kacau sebentar supaya ianya sebati. Biarkan ianya mendidih.
3. Setelah mendidih, perlahankan api, masukkan daun bay dan thyme kering. Biarkan ianya mendidih perlahan. Pastikan ianya tidak terlalu cair.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam mengikut citarasa.
5. Untuk membuat arancini, sediakan mangkuk bersaiz besar, masukkan nasi putih bersama-sama bawang merah kecil, daun bawang, bawang putih dan kismis. Perasakan dengan garam dan juga serbuk lada hitam. Gaul sehingga semuanya sebati.
6. Kepalkan dengan membuat bentuk bulat seperti saiz bola golf. Sediakan tiga mangkuk bersaiz sederhana, letakkan serbuk roti, telur yang telah dipecahkan dan dikacau dan juga tepung gandum.
7. Celupkan nasi tadi bermula dengan tepung gandum, kemudian telur dan akhir sekali serbuk roti. Susun di atas loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan seketika selama 30 minit.
8. Panaskan minyak didalam kuali, gorengkan nasi yang bersalut tadi sehingga warnanya menjadi keperangan. Angkat dan toskan minyak.
9. Sajian sedia dihidangkan bersama-sama sos tomato.
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis masakan: Sajian Itali
Cara memasak : Goreng
Keistimewaan: Bebola nasi penuh perisa dam mengenyangkan
Info Chef : Sajian yang berasal dari negara Itali ini resepinya ini menggunakan lebihan nasi yang masih elok untuk menghasilkan masakan ini. Resipi kitar semula untuk mengelakkan pembaziran makanan
2. FUNNEL CAKE FRIES
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung serba guna
- 1sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- 2 biji telur
- 4 cawan gula putih
- ½ cawan susu
- 1 sudu teh esen vanilla
- 4 cawan minyak masak
- Serbuk kayu manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk.
2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih.
3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam.
4. Gaul sehingga sebati.
5. Letakkan adunan di dalam beg piping.
6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F.
7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan.
8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula.
9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A)
Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef : Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
3. PRETZELS
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan susu segar
- 1 1/2 sudu makan yis
- 6 sudu makan gula perang
- 4 sudu makan mentega | lembutkan pada suhu bilik
- 4 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil garam halus
- 1/3 cawan baking soda
- 3 cawan air suam
- 8 sudu makan mentega | dicairkan
- Garam kasar secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Suamkan susu dalam ketuhar mikro atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)
2. Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan mentega dan gula.
4. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.
5. Uli dengan mixer dengan cangkuk dohk, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.
6. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.
7. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.
8. Panaskan oven dalam suhu 230 darjah celciusC.
9. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang.
10. Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.
11.Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper.
12. Renjis dengan garam kasar.
13. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.
14. Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.
Saiz hidangan: 12 biji
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Berasal dari Itali , popular di German
Keistimewaan:Sedap dihidangkan dengan sos cicah seperti sos karamel, coklat, serbuk kayu manis bergula dan krim keju bawang putih.
Info Chef : Anda juga meletakkan ‘topping’ seperti keju parmesan, serbuk kayu manis, coklat, butter scoth dan lain-lain
4. LAWAWA SEAFOO QUICHE (prawn Quiche)
BAHAN BAHAN
- 5 keping kulit popia | dipotong 12
- 200gm udang
- 50gm tepung
- 20gm mentega
- 20gm bawang merah
- 200gm ‘heavy cream’
- 10gm lada hitam
- 10gm cendawan butang | dimayang
- 20 gm keju
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak inti quiche :
1. Cairkan mentega dalam kuali.
2. Masukkan bawang yang dimayang dan cendawan butang,
3. Kemudian masukkan tepung dan udang dan biarkan seketika.
4. Masukkan pula heavy cream, garam dan juga lada hitam.
5. Biarkan sehingga sebati dan agak pekat. Padamkan api.
Cara membuat acuan quice :
1. Potong kulit popia menjadi 12 bahagian.
2. Lalu disusun dalam acuan muffin
3. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah Celcius, dan bakar selama 10 minit
4. Apabila acuan sudah masak, masukkan inti yang sudah sejuk tadi.
5. Letakkan keju dan udang diatasnya, dan bakar semula kira-kira 5 minit dalam oven.
6. Sajian siap dihidang
5.VOLCANO BEEF CHEEZY ONION
BAHAN-BAHAN:
- 200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
- 400 gram daging cencang
- 3 biji bawang Holland (dibelah dua)
- 5 helai daun oregano (dicencang halus)
- ½ kg serbuk roti
- 2 biji telur
- 300 gram tepung gandum
- 1 sudu teh paprika
- Serbuk perasa
- Keju krim (untuk sos)
- Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK :
1. Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa.
2. Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan.
3. Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella.
4. Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum.
5. Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti.
6. Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan.
7. Boleh dihidangkan bersama keju krim.
Cara Buat Kuih Puteri Mandi Sedap & Mudah Untuk Berbuka

Bila tiba bulan puasa, pelbagai jenis manisan serta kuih tradisional boleh didapati di bazar Ramadan. Salah satunya adalah Kuih Puteri Mandi ini. Ia merupakan salah satu kuih tradisional popular kegemaran ramai terutamanya penduduk Pantai Timur. Sangat mudah cara pembuatannya. Saudari Aliyaisma Ariffin ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI KUIH PUTERI MANDI SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN DOH:
2 1/2 cawan tepung pulut – beli online disini
1/2 cawan tepung beras – beli online disini
Air dicampur dengan pewarna hijau secukupnya (kalau nak guna air kisaran daun pandan pun boleh)
BAHAN INTI KELAPA:
1 cawan air
2 ketul gula melaka bersaiz besar – beli online disini
2 helai daun pandan
1 cawan parutan kelapa muda
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat doh, satukan semua tepung dan masukkan air dengan secukupnya. Sukatan air hanyalah hingga mendapat bentuk doh yang elok dan tidak melekat di tangan.
2. Cubit doh, bulatkan ikut saiz sebesar ibu jari dan tekan dibahagian tengahnya.
3. Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan doh-doh tepung yang telah dileperkan tadi.
4. Masak hingga doh timbul di permukaan air. Angkat dan toskan.
5. Untuk hasilkan inti kelapa, masukkan air ke dalam kuali dan didihkan.
6. Masukkan gula melaka. Kacau sehingga hancur sebati.
7. Masukkan juga daun pandan untuk bau yang lebih harum.
8. Seterusnya masukkan parutan kelapa muda dan kacau sebati dalam cairan gula melaka tadi.
9. Bila inti kelihatan sempurna, masukkan adunan pulut yang telah dimasak dan di toskan tadi. Gaul sebati.
10. Kuih Puteri Mandi sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aliyaisma Ariffin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kari Ikan Siakap. Masak Macam Ni Memang Terlajak Sedap
Buat Sendiri Kuih Tepung Gomak Yang Sedap Guna Resipi Mudah Ni
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official