Bijirin oat yang diolah menjadi Overnight Oat sangat bagus untuk diambil di sepanjang bulan puasa ini. Jika anda kurang menggemari sajian berat, menu ini antara yang terbaik. Selain enak dan berkhasiat, ia juga mudah disediakan dan mampu membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama. Hanya tambah beberapa bahan pilihan, nah… menu sahur terbaik sudah tersedia.

Menerusi perkongsian saudari Cuckoo Izz, beliau kongsikan cara-cara menghasilkan Overnight Oats. Ia adalah salah satu cara yang boleh membantu anda menikmati bijirin ini dalam cara lebih sedap. Ada 6 resipi yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.

 

1. OVERNIGHT OATS WITH APPLES

Koleksi Resipi Overnight Oat Mudah Buat Untuk Sahur

BAHAN-BAHAN:

4-5 sudu besar rolled oats – beli online disini
100ml fresh milk/low fat milk  ( susu segar dalam kotak)
1 sudu makan madu – beli online disini
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
Separuh biji epal hijau – potong kecil

CARA-CARA:
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dalam bekas. ( INFO RASA: sebaiknya bekas kaca berpenutup).
  2. Simpan di dalam peti sejuk selama semalaman atau paling minimum 4 jam sebelum dinikmati.

 

2. OVERNIGHT OATS WITH GRAPES

Koleksi Resipi Overnight Oat Mudah Buat Untuk Sahur

BAHAN-BAHAN:

4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk  ( susu segar dalam kotak)
1 sudu madu
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil) – beli online disini
5-6 biji anggur hijau
1 sudu besar greek yogurt

CARA-CARA:
  1. Campur kesemua bahan-bahan diatas.
  2. Biarkan dalam peti sejuk semalaman atau minimum 4 jam.

 

3. OVERNIGHT OATS WITH NUTS

Koleksi Resipi Overnight Oat Mudah Buat Untuk Sahur

BAHAN-BAHAN:
4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu kecil hershey choc syrup
1 sudu kecil chia seeds
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
1 sudu besar pumpkin seeds / kuaci biji labu
1 sudu besar hazelnut
1 sudu besar greek yogurt
CARA-CARA:
  1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian.
  2. Biarkan dalam peti sejuk semalaman atau paling minimum 4 jam.

INFO: Yang ni sedap sebab ada kacang. Nak lagi rangup, letak kacang sewaktu nak makan.

 

4. OVERNIGHT OATS WITH NUTS, GREEN GRAPES AND APPLE

Koleksi Resipi Overnight Oat Mudah Buat Untuk Sahur

IKLAN
BAHAN-BAHAN:

4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu kecil hershey choc syrup
1 sudu kecil chia seeds
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
1 sudu besar pumpkin seeds / kuaci biji labu
1 sudu besar hazelnut
1 sudu besar greek yogurt
Suku biji epal hijau
3 biji green grapes / anggur hijau

CARA-CARA:
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas bersesuaian.
  2. Sejukkan dalam peti sejuk minimum 4 jam. Lebih sedap jika dibiarkan semalaman.

 

5. OVERNIGHT OATS WITH BLACK GRAPES
Koleksi Resipi Overnight Oat Mudah Buat Untuk Sahur
BAHAN-BAHAN:

4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu kecil chia seeds
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
1 sudu besar greek yogurt
5-6 biji black grapes/ anggur hitam

CARA-CARA:
  1. Campurkan sahaja bahan-bahan diatas dalam bekas bersesuaian.
  2. Biarkan dalam peti sejuk semalaman atau minimum 4 jam.
  3. Boleh dijadikan on the go breakfast. Mudah!

 

6. OVERNIGHT OATS WITH POMEGRANATE AND KIWI

Koleksi Resipi Overnight Oat Mudah Buat Untuk Sahur

BAHAN-BAHAN:

4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu kecil chia seeds
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
1 sudu besar greek yogurt
1 sudu besar delima
Sebiji kiwi – kupas kulit dan potong kecil

CARA MEMASAK:
  1. Campur sahaja bahan-bahan diatas ni.
  2. Kemudian biar dalam peti sejuk semalaman atau paling cepat 4 jam sebelum dinikmati.
    Yang ni memang sedap sangat!

Selamat mencuba!

 

IKLAN

INFO DARI RASA:

  • Greek yogurt boleh diperolehi di pasaraya.
  • Selain bahan-bahan yang dinyatakan diatas, boleh tambah aneka buah-buahan, kekacang atau bijirin mengikut citarasa masing-masing.
  • Sesuai dinikmati sewaktu sarapan. Boleh juga makan pada waktu-waktu lain.
  • Overnight oats yang dibuat, sebaiknya dihabiskan. Jika baki disimpan dalam peti sejuk dalam masa yang lama, dikhuatiri tidak enak.

Kredit resipi & foto: Cuckoo Izz

 

 [Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan  lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Resipi Tat Nanas Homemade Sedap & Cair Di Mulut

Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.

IKLAN

Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je

 

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI