Memang sedap bila dapat makan Kuih Lompat Tikam bersama keluarga. Rasa manis kuah gula melaka menjadikan menu pencuci mulut ini cukup sempurna. Kalau anda masih belum jumpa Kuih Lompat Tikam yang ‘kena’ dengan tekak, apa kata anda cuba buat sendiri. Lebih puas hati selain dapat pula mengasah skill memasak. Ini resipi Kuih Lompat Tikam yang dikongsikan oleh Izamani Ismail
RESIPI KUIH LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
UNTUK WARNA HIJAU:
1 cawan tepung beras – beli online 3 cawan air (2 cawan air + 1 cawan air daun pandan) Sedikit pewarna hijau pandan Sedikit air kapur
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan bahan-bahan dalam kuali. Kacau sebati.
2. Buka api sederhana dan kacau adunan sehingga meletup-letup dan berkilat.
3. Apabila sudah siap, masukkan dalam loyang @bekas. Ke tepikan.
UNTUK KEPALA SANTAN:
Ads
2 cawan santan sederhana pekat 2 sudu besar tepung beras Sedikit garam – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Kacau sebati dan buka api sederhana. Kacau sehingga mendidih.
2. Tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tidak bergentel.
UNTUK PULUT MERAH:
1 cawan beras pulut – beli online Sedikit pewarna merah Santan cair
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Basuh beras pulut bersih-bersih. Rendam dengan sedikit pewarna merah dalam 15 minit. Toskan beras pulut.
2. Masukkan beras pulut dalam acuan. Masukkan santan cair paras tenggelam beras pulut. Masukkan sedikit garam. Kukus sehingga masak.
UNTUK AIR GULA MELAKA (AIR NISE)
2 keping gula melaka (nise) – beli online 1 cawan air Sehelai daun pandan
Selalunya kalau buat kuih semperit mesti semperit susu je dari dulu lagi, kalini apa kata kita buat semperit Biscoff sempena dah boleh rentas dengan bebas untuk raya ni. Resipi ni dikongsikan oleh Faiqah Che Fauzi di Facebook. Cara asas pembuatan semperit Biscoff ni sama je macam semperit biasa cumanya ada penambahan rasa Biscoff tu jadinya sesiapa yang dah biasa buat semperit tu tak jadi masalahlah kalau nak cuba resipi ini. Jom kita cuba!
SEMPERIT BISCOFF
BAHAN-BAHAN:
1 buku buttercup
1/2 cawan susu pekat
3 sudu besar lotus biscoff spread
2 susu besar lagi guna untuk piping kemudian nanti
1/2 cawan tepung kastard
3 cawan tepung jagung
Biskut lotus yang dihancurkan
Choc chip perisa butterscotch/caramel
CARA PENYEDIAAN:
1. Letak buttercup, susu pekat, lotus spread dalam bekas lepas tu kacau sampai semua mesra
2. Tambah tepung kastard & tepung jagung
3. Uli sampai jadi doh. Doh kena lembut supaya senang nak tekan nanti
4. Tekan doh guna acuan semperit.
5. Pipe kan lotus spread, taburkan biskut lotus biscoff yang dah dihancurkan
Hari ni minum petang kita buat menu yang simple jer. Bahan-bahannya pun senang nak dapat dan mungkin ada di setiap rumah. Kita guna hanya empat bahan nak buat apam koko ni.
Apam koko Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula(boleh tambah) 4 sudu besar serbuk koko ½ sudu besar yis segera 1 1/2 cawan air
Cara membuat: 1.Ayak tepung dan koko,masukkan gula,yis dan akhir sekali air jadikan adunan yang licin. 2.Perap lebih kurang satu jam atau hingga naik, adunan agak pekat. 3.Sapu minyak pada acuan kecil, kukus api besar selama 15 minit. *apam tahan sehingga 2 hari simpan di tempat yang bertutup.
Jom buat Cucur Udang Geragau untuk kudapan keluarga. Sangat sedap ya! Bahan-bahan yang diperlukan sangat ringkas dan mudah didapati. Memang rugi kalau tidak dicuba. Menurut empunya resipi, saudari Har Ryea, cucur ini sangat sedap dimakan panas-panas bersama sos cili atau kuah lada. Wah…sepinggan tak cukup ni. Jomlah cuba! Anda pasti sukakannya.
CARA MEMASAK CUCUR UDANG GERAGAU YANG SANGAT SEDAP
1 biji lada merah – dihiris (bole guna cili padi, ikut kepedasan yang disukai)
Sedikit daun sup – dihiris
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan ke dalam besen yang bersesuaian. 2.Gaul sebati dan pastikan semua bahan bercampur rata serta tiada gumpalan tepung. Gaul guna senduk sebab panas. 3. Biarkan adunan sejuk seketika. 4. Kemudian bolehlah jemput adunan dan bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang anda gemari. Untuk lebih mudah, basahkan sedikit tapak tangan dengan air semasa bulatkan doh bagi elak doh melekat.) 5. Panaskan minyak masak dan goreng bebola cucur tadi hingga garing dan berwarna keemasan. 6. Angkat, toskan minyak dan enak dinikmati bersama sos cili atau kuah lada. Makan panas-panas memang sedap.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!