
Sedapnya Kuih Kaswi / Kosui Gula Merah ni. Lembut, lemak manis dan makan pula dengan kelapa parut, memang buka selera. Bagi anda yang nak cuba belajar buat kuih ni, resipi Kuih Kaswi Gula Merah perkongsian saudari NorDiana Mat Desa ni antara yang terbaik yang boleh dicuba. Resipi ni memang lembut dan bergoyang. Bila dah sejuk pun masih lembut. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH KASWI / KOSUI GULA MERAH

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1/2 cawan tepung ubi – beli online disini
1 sudu air kapur (secubit kapur + sesudu air kapur yang siap dibancuh) – beli online disini
1 cawan gula merah – beli online disini
1 helai daun pandan
3/4 cawan gula pasir – beli online disini
5 cawan air 
Kelapa parut – ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam garam 
CARA MEMASAK:
1. Larutkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air. Masak atas api sekejap untuk hancurkan gula. Letak daun pandan untuk aroma. Bila gula telah larut, biarkan sejuk. 
2. Dalam bekas berasingan, campurkan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur bersama 3 cawan air. Sebatikan.
3. Kemudian masukkan air gula yang dimasak tadi. Kacau sebati dan tapis. 
4. Guna adunan ke dalam loyang bersaiz 8×8. 
5. Kukus adunan kuih selama 30 – 40 minit.
6. Bila Kuih Kaswi telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

7. Gaul kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus sekejap supaya kelapa tahan lama dan lambat basi.

8. Gaulkan potong Kuih Kaswi bersama kelapa parut. Sedia untuk dinikmati.

TIP UNTUK POTONGAN KUIH KASWI YANG CANTIK
- Tunggu kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.
- Potong guna pisau plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak.

Kredit resipi & foto: NorDiana Mat Desa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Udang Masak Berempah Tersedap. ‘Confirm’ Tak Menyesal Cuba
Buat Kek Guna Resipi Dari Buku BM Darjah 2. Sedap & Memang Menjadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
 sekarang!
sekarang!

 



 2.Rebus daging bersama serai, daun salam, halia dan 1 sudu kecil garam dalam pressure cooker dalam 5 minit sahaja. Kalau gun daging yang banyak bahagian otot, rebus lama sikit.
2.Rebus daging bersama serai, daun salam, halia dan 1 sudu kecil garam dalam pressure cooker dalam 5 minit sahaja. Kalau gun daging yang banyak bahagian otot, rebus lama sikit. 
  3. Keluarkan daging dan tumbuk sekeping-sekeping. Tumbuk manja untuk bagi daging nipis dan lebar. Air rebusan jangan buang. Boleh guna untuk masakan yang lain.
3. Keluarkan daging dan tumbuk sekeping-sekeping. Tumbuk manja untuk bagi daging nipis dan lebar. Air rebusan jangan buang. Boleh guna untuk masakan yang lain. 4.Selepas tumbuk, gaulkan daging dengan kicap manis dan sos tiram. Kemudian goreng. Jaga-jaga, waktu ni memang meletup sikit.
4.Selepas tumbuk, gaulkan daging dengan kicap manis dan sos tiram. Kemudian goreng. Jaga-jaga, waktu ni memang meletup sikit. 5.Keadaan daging selepas digoreng. Makan macam ni je dah sedap.
5.Keadaan daging selepas digoreng. Makan macam ni je dah sedap. 6.Untuk sambal, kuantiti bahan ikut kuantiti daging @ suka sambal lebih, lebihkan bahan. Empunya resipi kisar kasar. Barulah sedap dan bawang tak berair.
 6.Untuk sambal, kuantiti bahan ikut kuantiti daging @ suka sambal lebih, lebihkan bahan. Empunya resipi kisar kasar. Barulah sedap dan bawang tak berair. 
  7. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik minyak.
7. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik minyak. 10.Akhir sekali masukkan daun limau purut. Gaul sebati.
 10.Akhir sekali masukkan daun limau purut. Gaul sebati. 11. Daging Dendeng sedia untuk dinikmati.
11. Daging Dendeng sedia untuk dinikmati.














