Suka makan Kuih Tepung Boko Ubi Kayu Gula Merah? Seperti yang kita tahu, nak buat kuih ini memerlukan kita memarut ubi kayu hingga halus. Lenguh tangan. Namun sangat berbaloi segala kepenatan tu bila makan kuih yang sedap. Nak cuba? Opah Mas Cotek ada kongsikan resipi serta cara-caranya. Sangat sesuai dijadikan hidangan keluarga. Malah jika diletak dalam bekas-bekas kecil seperti di bawah ini, ia boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk sebarang majlis keraian malah boleh juga dijadikan produk jualan. BOleh juga menggunakan loyang. Ikut kesesuaian. Berbaloi kan? Jom tengok resipi.
CARA MUDAH BUAT KUIH BOKO UBI KAYU GULA MERAH LEGEND
Kuih ni makanan melayu dan kaum baba Melaka.Kuih bongkok enak dibuat untuk berbuka. Petang nanti baru kukus.
KUIH BONGKOK Bahan-bahan: A. 1 cawan tepung beras 5 cawan santan Secubit garam Gula melaka potong kecil-kecil Daun pisang yang dilayur Lidi (saya beli toothpick je)
Cara membuat: 1.Campurkan bahan A. 2.Masak di atas api perlahan sampai pekat likat. Sejukkan. 3.Proses bungkus kena tengok di youtube.Tapi saya akan lampinkan daun pisang tu(arwah mak panggil lampin) 4.Lepas bungkus, kukus dalam 20 minit.
Kuih Dangai cukup popular di negeri sebelah Utara. Mungkin kuih Dangai yang biasa agak renyah pembuatannya tetapi ada cara yang lebih mudah untuk buat kuih Dangai iaitu dengan cara kukus. Mari kita cuba resipi Kuih Dangai Kukus Gula Melaka seperti yang dikongsikan oleh Zura Zul ini.
Apom Lenggangsememangnya digemari ramai. Kuih tradisi ini sememangnya sangat popular terutamanya di negeri-negeri belah Utara.
Kuih lama ni memang terbaik dek kerana rasanya yang lemak-lemak manis. Kelihatan seakan lempeng namun ada sedikit berbonjol di bahagian tengah. Bila dimakan, memang rasa tak jemu. Satu tak cukup ni. Makan 2-3 keping barulah puas.
Bagi anda yang suka sangat makan Apom Lenggang yang sedap seakan pasar malam, resipi mudah perkongsian saudari Nor Atika Nazirah ini harus dicuba. Jom lihat cara-caranya. Anda pasti tak sabar nak cuba ni.
RESIPI APOM LENGGANG SEDAP & MUDAH ALA PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung beras –beli online disini
1/2 cawan tepung gandum – beli online disini
3/4 cawan gula
1 biji telur
1 cawan air
1 cawan santan
1/2 cawan kelapa parut – jika suka.tak letak pun tak apa
1 sudu teh mauripan – beli online disini
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali kelapa parut.
2.Kisar semuanya, tapis ke dalam bekas dan tutup. Perap selama satu jam.
3.Kemudian buka bekas tadi dan kacau adunan. Masukkan kelapa parut dan kacau lagi hingga sebati.
4.Panaskan kuali, sapu minyak dan tuang sesenduk adunan tadi.
5.Lenggang adunan di kuali dan tutup.
6.Bila kuih kelihatan masak dan kekuningan, bolehlah angkat dan gulung.
Potato Egg Melt ialah sarapan sihat dan rendah kalori yang mudah disediakan, mengenyangkan dan sedap. Ketahui manfaat, nutrisi dan cara membuatnya untuk rutin harian yang lebih sihat.