Ketupat Sotong adalah salah satu manisan istimewa dari negeri Pantai Timur namun agak berbeza sedikit dari segi rupa dan bahan-bahan yang digunakan. Ketupat Sotong Kelantan berwarna coklat, pekat dan lebih manis, menggunakan gula melaka @ nise. Berbeza dengan Terengganu, menunya kelihatan lebih bersantan dan kurang manis. Semuanya punya kelebihan dan keenakan yang tersendiri. Nak cuba rasa Ketupat Sotong versi Kelantan? Saudari Zurila Ghani ada kongsikan resipinya. Sedap! Anda patut cuba.
CARA MASAK KETUPAT SOTONG KELANTAN
BAHAN-BAHAN 2 cawan beras pulut – beli online disini 1 kotak santan – beli online disini Sedikit garam 1 kilo sotong segar 2 keping nise atau gula melaka – beli online disini 1biji bawang merah | dihiris Sedikit halia | dihiris 3 helai daun pandan Sedikit halba – beli online disini Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan sedikit santan dan garam. Biarkan sehingga kembang dalam sejam. 2. Basuh sotong bersih-bersih. Terpulanglah mahu siat kulitnya atau tidak. Kemudian toskan. 3. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi. Isikan separuh saja dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar atau sotong pecah. 4. Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi, sedikit santan, nise atau gula melaka, bawang merah, halia, garam, daun pandan, halba, air dan sotong. 5. Buka api. Biar sehingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api.
Pai dan Quiche dua-dua pun menu yang sungguh lazat dam mengenyangkan. Kalau nak skip nasi, boleh aje makan kedua jenis menu ini. Inti daging, ayam dan keladi dikongsikan dalam tiga resipi ni.
Jika pai menggunakan pastri lapis @ puff , quiche pula biasanya menggunakan jenis pastri rapuh. Selain inti kulit pai juga penting, mempengaruhi keenakan rasa pai dan quiche ini. Jom semak tiga resipi pai dan quiche gerenti sedap nih.
1. BEEF PITHIVIER @ PAI DAGING
BAHAN-BAHAN :
Bahan pithivier :
3 keping doh pastri lapis @ puff pastri | boleh didapati di kedai bakeri dan pasaraya
1 biji telur | untuk disapu atas pastri lapis
Bahan inti :
500gm daging lembu | dicincang
100gm lobak merah | dipotong dadu kecil
1 labu bawang Holland | dipotong dadu kecil
1 batang daun saderi | dipotong dadu kecil
6 biji cendawan butang segar | dipotong dadu kecil
3 ulas bawang putih | dicincang halus
3 ulas bawang putih | dicincang halus
3 sudu teh serbuk sos perang
5 sudu makan minyak masak
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cara membuat inti :
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga layu.
2. Masukkan daging cincang, bawang putih, halia ,serbuk sos perang
3. Selepas itu masukkan lobak merah dan daun saderi
4. Kacau hingga masak dan akhir sekali masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Sejukkan dan letakkan inti ke atas 1 lapisan pastri lapis.
6. Tutup inti tadi dengan 1 lagi lapisan pastri lapis dan tekan sisi pastri lapis dengan garpu supaya tertutup rapat. Kelar di permukaan pastri.
7. Sapu dengan telur untuk mendapat kemasan warna kuning keemasan
8. Bakar didalam ketuhar dengan suhu 180°C selama 25-30 minit
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 – 50 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian barat fusion
Keistimewaan : Sajian ringkas dan berkhasiat dengan gabungan inti daging dan sayuran
INFO CHEF : Panaskan ketuhar hingga 180°C dahulu supaya pastri lapis naik dan dibakar dengan rata
RESIPI : CHEF MOHD ZAMRI IDRIS, Pensyarah di Taylor’s University
2. AMERICAN CRUMBLE YAM PIE
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
70gm gula aising
150gm mentega
Bahan B:
1 biji telur
Bahan C:
260gm tepung gandum
1 sudu makan susu tepung
Bahan D (crumble) :
70gm gula aising
150gm mentega
200gm tepung gandum
Bahan inti :
2 biji keladi besar
80gm gula perang
25gm mentega
60gm kismis
250gm kacang walnut | dibakar dan ditumbuk
1 biji lemon | diambil jus
100ml susu segar
CARA MEMASAK :
Cara buat doh :
1. Adun bahan A hingga sebati, masukkan bahan B dan putar hingga rata
2. Masukkan bahan C yang telah diayak dan gaul sehingga sempurna
3. Rehatkan doh selama 15 minit
4. Keluarkan doh dan canai di antara 2 helai pembalut plastik mengikut ketebalan dan saiz dan masukkan ke dalam acuan pai dengan kemas dan bakar dengan menggunakan suhu 180°c selama 10 minit.Kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan.
5. Sementara menunggu kulit pai masak, sediakan crumble terlebih dahulu dengan mencampurkan kesemua bahan (D)dalam satu bekas dan gaulkan menggunakan hujung jari sahaja hingga menjadi seperti serbuk roti,dan ketepikan dahulu.
Cara masak inti :
1. Kupaskan kulit keladi dan potong menjadi dadu.rebus keladi sehingga masak dan ketepikan seketika.
2. Masaknmentega dan gula perang sehingga larut, kemudian masukkan perahan jus lemon,susu segar ,kismis dan walnut kacau sehingga sebati dengan api yang sederhana besar.
3. Akhir sekali masukkan keladi yang telah direbus tadi dan kacau sebati hingga pekat
4. Kemudian isikan inti ke dalam kulit pie yang dah siap dimasak tadi sehingga penuh, dan taburkan crumble diatas permukaan pai sebelum dibakar sekali lagi didalam oven dengan suhu 180 °c selama 40 minit.
5. Setelah dimasak sejukkan dan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Inti keladi bersama kacang walnut menjadikan pai ini cukup unik dan sedap rasanya
Jenis masakan : Pai (pastri)
INFO CHEF : Pastri akan menjadi retak jika pai dibakar terlalu lama.
Resipi : Kolej Yayasan Felda Pahang,
Feldajaya Timur Mempaga,Karak,Pahang
3. CHEEZY CHICKEN QUICHE
BAHAN -BAHAN :
Bahan kulit pai :
250gm tepung gandum
150gm mentega
Secubit garam
60-80ml air
Bahan inti quiche :
Bahan A :
160gm bawang holand | dihiris
3 sudu besar minyak masak
Bahan B :
80gm daging ayam | didadu
80gm keju parmesan | diparut
Bahan C: 3 biji telur
Bahan D :
200gm susu segar
150gm whipping krim
20gm tepung gandum
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
2gm serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK :
Cara membuat kulit pai :
1. Potong dadu mentega menjadi potongan kecil dan gaulkan dengan tepung menjadi seperti serbuk roti
2. Tambah dan adun menjadi doh. Bentukkan ia menjadi bebola dan leperkan. Balut dengan pembalut plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit
3. Canaikan doh di antara 2 helai pembalut plastik menjadi 3mm tebal dan sedia digunakan di dalam acuan pie.
4. Canaikan doh pastri tadi dan masukan dalam acuan pie tusukkan pastri dengan garfu dan bakar didalam oven dengan suhu 190 C selama 15 minit
Cara membuat inti :
1. Tumiskan bahan (A) sehingga bawang menjadi perang dan lembut biarkan sehingga sejuk
3. Masukkan bahan (A) yang telah sejuk ke dalam kulit pastri, masukkan bahan(B) dan (C) di atas
4. Pukul bhn (D) hingga rata dan tapiskan , tuangkan ke dalam kulit pastri yang sudah siap dibakar tadi
5. Bakar pada suhu 200oc selama 15 minit
6. Keluarkan dan siap untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Kulitnya yang rapuh dan sedap dengan inti ayam berkrim penuh berperisa
Jenis masakan : Pai
INFO CHEF : Pastri akan menjadi retak jika pai dibakar terlalu lama. Untuk inti jangan terlalu lama masak setelah krim whipping dimasukkan
Resipi : Kolej Yayasan Felda Pahang,
Feldajaya Timur Mempaga,Karak,Pahang
Bulan puasa ni nampak air yang sedap, memang itu jadi rebutan. Nak buat air semudah 1 ,2, 3 , rasa minum dekat kafe bolehlah cuba resipi ni. Kali pertama buat terus jadi, rasa memang sedap sangat.
Nescafe Ais Kaw
Bahan-bahan:
Nescafe
Gula perang
Susu segar
Ais
Cara membuat:
1.Mula-mula mixer nescafe dan gula perang yang dicampur air ( sikit ) sampai jadi foam.
2.Lepas jadi foam tuang nescafe yang dah diadun tadi pada susu.
Jom cuba resipi Muffin Pisang perkogsian saudari Zainoor Aliza Ali ni. Resipinya cukup mudah, senang dan tidak menggunakan banyak bahan.
Bila bab buat kek ni, selain dari perlunya ada ketuhar atau periuk kukusan, ramai juga yang tidak memiliki mesin pengadun @ mixer. Bagi yang sentiasa rajin membuat kek, mesin ini tentunya ada di rumah tapi bagi yang sesekali sahaja membuatnya, pasti merasakan ia tidak terlalu diperlukan.
Bagi anda yang taka da mixer, sesuai sangatlah cuba resipi Muffin Pisang ini kerana resipi ini tidak memerlukan anda menggunakan mesin tersebut. Adun sahaja menggunakan tangan. Dah jadi muffinnya. Sedap pula tu. Berbaloi kan? Jom lah cuba!
Oh ya, untuk makluman semua juga, sukatan bahan untuk resipi ini adalah menggunakan sukatan metrik. Jika 1 sudu kecil, ia bermaksud 1 sudu kecil metrik. 1 cawan pula bersamaan dengan 150ml minyak masak. Guna cawan yang sama untuk menyukat pisang dan tepung gandum juga ya!
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!