Kadang kala buat kita malas nak membuat kek kerana menggunakan banyak bahan. Namun dengan resipi ini korang tak kan rasa terbeban kerana hanya menggunakan empat bahan. Sangat mudah kan. Jom kita buat
CHEESECAKE
250gm cream cheese 250gm susu pekat-BELI ONLINE DI SINI 5 biji telur 1/2 cawan tepung gandum (ayak)-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat:
Ads
1.Asingkan putih telur dan kuning 2.Adunkan putih telur sampai kental (soft peak, bertanduk bila terbalikkan bekas meringue tak jatuh) 3.Bekas lain, pukul creamcheese bersama susu pekat smpai kembang. Masukkan telur kuning satu persatu pukul sampai sebati. 4. Masukkan tepung dan kaup balik sampai sebati. 5.Satukan putih telur tadi dan bancuhan creamcheese kaup balik je pakai spatula. 6.Lapikkan baking paper dalam tray. Masukkan adunan dan bakar selama 30 minit api atas bawah 180c. mengikut oven masing-masing.
Kredit: homemadebyshaianne
Nak cari aneka ‘HOME APPLIANCES’ yang terbaik & ‘value for money’? Boleh dapatkan DISINI.
Bagi anda nak berniaga, Kek Marble ni antara yang sesuai dan senang dihasilkan. Bahan yang digunakan pun tak terlalu banyak, sukat guna cawan dan hasilnya memang sedap. Resipi perkongsian saudari Aliah Rose ni salah satu yang boleh dicuba. Sebiji kek berat anggaran 800gm-1 kg dan boleh jual antara harga RM25-RM30. Menurut empunya resipi, kek beliau ni tak manis sangat. Jadi pelanggan tak perlu makan sambal sulam air. Menarik! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
KEK MARBLE MOIST
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 sudu teh ovalette
1/2 cawan tepung sponge cake
1 ½ cawan tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik – tetap letak walau tepung dah ada bahan penaik
1 sudu teh esen vanilla / esen pandan
1 cawan susu pekat manis – boleh kurangkan jumlahnya
1 cawan mentega – dicairkan. Boleh ganti dengan minyak.
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur, gula halus dan ovalette hingga kembang dengan menggunakan pengadun.
2. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla atau pandan. Adun lagi hingga sebati.
3. Seterusnya masukkan tepung-tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Pastikan pengadun diperlahan sekejap-sekejap dan kaup balikkan adunan supaya rata.
4. Kemudian masukkan mentega cair. Adun perlahan dalam 3 pusingan kemudian matikan mesin. Kaup balik dengan tangan sahaja. Jangan pukul lama sangat nanti adunan jadi cair.
5. Jika nak jadikan kek berwarna warni, bahagikan adunan kepada beberapa 3 bahagian dan warna satiap satu dengan pewarna pilihan.
6. Tuang ke dalam loyang berselang-seli dan lorekkan adunan bagi mendapat bentuk marble.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 150C-180C dan bakar kek selama 40 minit atau hingga masak. Masa memasak mungkin berbeza ikut jenis ketuhar yang digunakan.
8. Angkat, sejukkan kek dan boleh dinikmati.
INFO: Biasanya empunya resipi akan dapat kek bersaiz 800gm-1kg. Harga jualan bermula RM25-RM30.
Greek Butter Cookies merupakan salah satu biskut yang boleh dihidangkan kepada para tetamu Hari Raya nanti. Menggunakan badam yang dicincang kasar dan dibakar serta taburan gula icing menambahkan lagi rasa lemak pada biskut ini.
Rahsia biskut yang sedap tentuanya dengan menggunakan Mentega Anchor, 100% mentega tulen New Zealand dan diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Ringkas dan mudah je. Jom cuba nanti.
Di dalam food processor, satukan Anchor Butter Salted sejuk bersama gula aising, rose water dan esen vanilla lalu kacau sebati.
Masukkan tepung gandum, tepung badam, baking powder lalu kaup-balikkan.
Tuang adunan ke dalam mangkuk besar. Masukkan cincangan badam panggang ke dalam adunan lalu gaul menggunakan tangan hingga menjadi doh.
Ambil sedikit doh lalu bulat-bulatkan dan susun ke dalam dulang pembakar yang telah disapu mentega. Tekan bahagian tengah doh dengan jadi untuk membentuk sedikit lekuk. Rehatkan dulang berisi doh ini ke dalam peti sejuk selama 5 minit.
Bakar biskut di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15-20 minit atau hingga keperang-perangan.
Sejukkan biskut sebentar. Setelah sejuk spray kan rose water ke atas biskut lalu salutkan dengan gula aising secukupnya.
Kek ogura roselle ini teksturnya memang sangat lembut seperti chiffon cake. Menurut Sue M. Arukin selain roselle kebiasaannya beberapa perisa lain juga boleh digunakan seperti pandan, oren, lemon dan lain-lain.
Tapi istimewa kali ini Sue menggunakan roselle yang kaya dengan vitamin C dan bersifat anti oksidan. Roselle ni adalah tumbuhan renek dari spesis bunga raya. Selain menjadi ramuan kek ia juga lazat dijadikan minuman, jus, jam, acar dan halwa.
.
Resipi kek ogura roselle ini memang sedap dengan ramuan pes roselle. Berbaloi untuk dicuba.
ROSELLE OGURA CAKE
.
BAHAN-BAHAN :
80gram tepung kek @ tepung naik sendiri
20gram tepung jagung
70gram susu segar
60gram minyak sayur
20gram gula castor (halus)
5 biji kuning telur gred A
1 biji telur gred A
1 sudu makan pes roselle*
Secubit garam
Bahan-bahan B:
60gram gula castor (halus)
5 biji putih telur gred A
1/4 sudu teh cream of tartar
CARA MEMASAK : 1. Pukul putih telur (dari bahan B hingga agak ringan. Masukkan gula sedikit demi sedikit bersama cream of tartar lalu pukul lagi hingga menjadi meringue yang ringan (soft peak, tidak terlalu kental). Ketepikan. 2. Dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul kuning telur & telur bersama minyak sayur dan gula hingga kembang dan agak ringan. 3. Tuang susu dan pes roselle lalu pukul lagi. 4. Masukkan tepung kek dan tepung jagung yang telah diayak bersama garam ke dalam adunan lalu kacau rata (jangan pukul, kacau guna senduk Kayu je). 5. Tuang separuh meringue ke dalam adunan kek dan kaup-balikkan dengan senduk kayu (jangan pukul, cuma kaup-balikkan perlahan dengan tangan). Tuang separuh lagi meringue dan kaup-balikkan lagi hingga semua bahan rata. 6. Tuang adunan ke dalam acuan kek yang telah disapu sedikit minyak dan di alas dengan kertas parchment. Hentakkan adunan beberapa kali supaya tiada angin yang terperangkap.
.
7. Letak acuan kek tadi ke dalam satu lagi dulang yang berisi air (separuh ketinggian dulang). 8. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit atau hingga kek masak. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan sebelum dipotong.
NOTA DARI SUE : *cara buat pes roselle; boleh didapati dari resepi kek roselle cranberry yang Sue pernah share sebelum ini. Boleh diganti dengan perasa lain jika suka. *kaedah membakar kek dalam dulang berisi air dipanggil ‘steam bath’ atau bakar kukus. Ini untuk mendapatkan tekstur kek yang lembut dan ringan dan supaya keliling kek tidak hangus. *meringue (bancuhan putih telur) haruslah mencapai tahap ‘soft peak’ iaitu akan jadi seperti tanduk jika diangkat (jangan pukul putih telur berlebihan atau terlalu kental). *susu segar boleh diganti dengan susu cair jika suka.
Kredit foto & resipi : Sue M. Arukin
ANDA MENCARI MIXER TERBAIK UNTUK MENGADUN KEK, DI SINI ADA PELBAGAI PILIHAN MENARIK.
ANDA BOLEH JUGA MELIHAT DI LAMAN WEB DI SINIUNTUK PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG HEBAT.