Bagi penggemar sajian kerabu, resipi Kerabu Pucuk Selom Campur Sardin perkongsian saudari Ninie Zaini ini antara yang perlu anda cuba. Sangat mudah resipinya malah rasanya juga sangat sedap. Andai diratah tanpa nasi, pun cukup membuka selera ramai. Jom sediakan untuk hidangan keluarga hari ini. Sekali cuba, pasti akan buat lagi berkali-kali.
RESIPI KERABU PUCUK SELOM CAMPUR SARDIN PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Pucuk selom secukupnya – basuh & hiris nipis 1 kuntum bunga kantan – hiris nipis 1 tin besar sardin – buang tulang & hancurkan – beli online disini 2 biji bawang besar – hiris nipis – beli online disini 1 biji cili merah besar – hiris nipis 4 biji cili padi kampung – hiris nipis 1-2 biji limau nipis – ambil jus sahaja Sedikit garam halus – beli online disini Sedikit gula – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan pucuk selom dan bunga kantan. Kemudian hiris nipis. Ketepikan.
2. Buka tin sardin. Buang tulang ikan dan hancurkan isinya.
3. Campurkan sardin, hirisan bawang dan cili. Gaul rata.
4. Kemudian perahkan jus limau nipis diikuti dengan garam serta gula untuk melengkapkan rasa.
5. Gaul sebati dan masukkan daun selom yang telah dihiris bersama bunga kantan.
6. Gaul sebati dan Kerabu Pucuk Selom Campur Sardin sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ninie Zaini
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA :
Resipi Tat Nanas Homemade Sedap & Cair Di Mulut
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan nasi kalau tak ada sambal bagai tidak lengkap. Selain sambal belacan boleh cuba kerabu bilis ni. Makan dengan nasi panas-panas buat bertambah makan. Buatnya pun sangat senang. Bahan-bahan yang memang ada di dapur.
Kerabu Bilis
Bahan-bahan:
Ikan bilis goreng (boleh campur halus & kasar) – segenggam, lebih pun boleh.
1 biji tomato sederhana besar – di belah 8
5-6 biji cili padi – dihiris halus. Kalau nak lebih pedas boleh ditambah lagi.
2 ulas bawang merah kecil – diracik halus
1/2 biji limau nipis atau lemon – diambil jusnya
2-3 tangkai daun ketumbar atau daun sup – dihiris nipis
Sedikit gula dan garam
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan dan gaulkan perlahan.
2.Perasakan garam dan gulanya.
3.Sedia untuk dihidang.
Kredit foto & resipi: fb Nor Aisyah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
https://www.rasa.my/kecur-liur-rasa-sambal-goreng-legend/
Resipi Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok, Memang Sedap!
Cara Buat Chili Garlic Oil, Memang Sedap Dimakan Dengan Sup
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA !
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade ? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin , pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Sekarang ni macam-macam bahan boleh dijadikan kerabu. Asalkan kreatif mengolah resipi, kerabu yang sedap pastinya terhidang di atas meja makan. Kali ini, pengguna facebook atas nama Anys Idayu Zakaria berkongsi resipi membuat kerabu kacang botor yang digabungan dengan kerang. Nak tengok macam mana rupa? Jom tengok resipi ini.
KERABU KACANG BOTOR DAN KERANG
.
BAHAN-BAHAN
• 5 biji kacang botor 5 batang | potong halus
• 3 urat kacang panjang | potong halus
• 1 biji tomato | potong dadu
• 1 bekas kerang | bersih dan rebus
• Cili api secukupnya
• 2 ulas bawang merah | potong halus
• Garam secukupnya
• 1 biji limau nipis
• 2 sudu kerisik
CARA MEMBUAT
1. Campurkan kacang botor, kacang panjang dan tomato dalam mangkuk.
2. Letakkan kerang rebus. Gaul seketika.
3. Masukkan cili api, bawang dan garam. Gaul rata.
4. Masukkan kerisik dan perah limau nipis.
5. Gaul lagi sehingga sebati semua bahan
6. Siap boleh hidang. Senang sangatkan.
Resipi oleh Anys Idayu Zakaria
Bila dah hujung bulan, dompet pun mula menipis dan perlu berjimat. Dengan harga barang yang semakin meningkat, sedikit sebanyak ia memberi tekanan pada kita. Jangan risau, dengan bajet yang sedikit pun anda mampu menghasilkan menu yang ringkas dan enak. Tak percaya? Cubalah beberapa menu yang dikongsikan ini. Sesuai untuk orang bujang.
SARDIN TELUR BUNGKUS
BAHAN-BAHAN
1 tin ikan sardin | asingkan dari kuah Sedikit cili benggala | dadu halus 1 pokok daun bawang | hiris halus 1/2 biji buah tomato | dadu halus 1/2 biji bawang Holland | dadu halus – beli online disini 1 biji bawang putih | cincang halus – beli online disini 1 sudu makan pes cili kering Garam dan gula secukup rasa 1 sudu makan minyak masak BAHAN TELUR DADAR:
CARA MEMASAK:
Hancurkan isi sardin dalam mangkuk. Ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu. Masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak. Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato. Kacau rata. Kemudian, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah kuah kering, tutup api. Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan lada sulah. Kacau rata. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan isi sardin tadi. Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya. Kemudian, lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama. Angkat dan sedia dihidangkan.
ASAM PEDAS IKAN SARDIN MACKEREL
BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan mackerel | asingkan isi ikan dari kuah 4 biji bendi 1 biji tomato | belah empat 1 kuntum bunga kantan | belah dua 3 pucuk daun kesum 1/2 cawan air asam Jawa – beli online disini Air secukupnya 2 sudu makan pes cili kering Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak. Masukkan pula air asam Jawa, biarkan mereneh seketika baru masukkan sardin. Seterusnya masukkan kacang bendi, bunga kantan, daun kesum . Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan mereneh seketika sehingga timbul minyak. Tutup api, Sedia dihidangkan. IKAN KERISI GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan 1 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis 20 biji cili padi | hiris – beli online disini BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 biji cili merah 2cm halia 1 batang serai – beli online disini CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan. Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata. Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata. Ikan sedia dihidangkan panas-panas. SAMBAL KERING IKAN SELAR
BAHAN-BAHAN:
8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 biji cili merah 15 biji cili padi 1 batang serai CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumikan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata. Ikan sedia dihidangkan panas-panas. TAUHU TELUR GORENG & DAGING CINCANG
BAHAN-BAHAN:
3 batang tauhu telur | potong bulat dan goreng 200gm daging kisar 2 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan sos tomato – beli online disini 1 biji bawang Holland | dadu halus 3ulas bawang putih | cincang halus 2 cm halia muda | cincang halus Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis CARA MEMASAK:
Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi. Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar. Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika. Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya. Tauhu sedia dihidangkan. TEMPE GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | hiris menyerong 1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat 2 ulas bawang putih | hiris Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu 1 sudu teh sos tiram 1 sudu teh air asam jawa 1 sudu makan kicap pekat manis – beli online disini Garam, gula secukup rasa Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.awang putih | titik 8 biji cili padi | hiris CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu. Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika. Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih. SUP CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket cendawan tiram | siat-siatkan yang besar 1 pokok sawi | potong 1/2 batang lobak merah 2 ulas bawang putih | titik 3 ulas bawang merah | hiris 3 hirisan halia muda 1 sudu teh serbuk perasa ayam 1 sudu teh serbuk perasa sup sayur Garam secukup rasa Air secukupnya CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih. Setelah mereneh, masukkan cendawan, lobak merah dan sawi. Kemudian perasakan dengan serbuk pati ayam sup sayur dan garam secukup rasa. Seketika kemudian, tutup api. Sup cendawan sedia dihidangkan. KURMA TELUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur ayam | rebus dan kupas kulitnya 200ml santan kotak 1 cawan air 2 sudu makan rempah kurma 1 sudu makan serbuk ketumbar 2 biji kentang | buang kulit dan belah empat 1/2 batang lobak merah | potong memanjang 2 biji cili hijau | belah dua 2 biji cili merah | belah dua 1 biji bawang holland | belah empat 1 biji tomato | belah empat 1 keping asam gelugor Sedikit daun ketumbar | hiris kasar 1 sudu teh serbuk lada sulah Garam dan gula secukup rasa 3 sudu makan minyak masak BAHAN HIRISAN:
4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3cm halia muda BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga CARA MEMASAK:
Cucuk telur rebus dengan garpu, kemudian ketepikan. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi. Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan serbuk ketumbar dan dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan kentang dan lobak merah, asam gelugor serta air Setelah mendidih, masukkan santan dan telur. Kecilkan api, dan perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukup rasa. Setelah kuah pekat. Masaukkan hirisan bawang besar, tomato serta cili hijau dan merah. Kacau seketika dan masukkan daun ketumbar. Tutup api dan kurma telur sedia dihidangkan. IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus BAHAN KISAR:
15 biji cili padi 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 batang serai CAR MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan tutup api. Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan. SAMBAL BILIS TUMBUK TELUR PECAH
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis yang telah dibelah dua 2 biji telur 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 15 biji cili padi Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menumis CARA MEMASAK:
Kisar kasar cili, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis menggunakan pengisar kering. Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api dan terus kacau hingga garing. Setelah cukup rasa, pecahkan telur di dalamnya dan kacau rata hingga sebati. Tutup api, angkat dan sambal sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA :
Cara Masak Asam Pedas Ayam Yang Enak & Menyelerakan
6 Resipi Kuih Untuk Minum Petang Yang Mudah & Sedap
Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!
Lebih Jimat & Berkhasiat, Jom Buat Air Soya Homemade
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official: