Pucuk paku ni memang sedap di makan kalau tahu pilih cara masakan yang sesuai. Contohnya seperti resipi yang dikongsikan oleh Redza Rosida di Facebook ni. Kerabu pucuk paku yang sangat mudah di sediakan boleh jadi penambah selera waktu makan. Pucuk paku ni kalau nak buat ulam pun sedap, nak masak sebagai lauk pun sedap! Jom kita cuba resipi ni.

RESIPI KERABU PUCUK PAKU

Resipi Kerabu Pucuk Paku Penambah Selera

BAHAN-BAHAN:

Pucuk paku

Tauge

Mangga muda

Bawang besar – BELI DI SINI

Kerang

Kelapa parut (putih sahaja)

Lada besar 10 biji* – BELI DI SINI

IKLAN

Cili api* – BELI DI SINI

Belacan* – BELI DI SINI

Air asam jawa* – BELI DI SINI

Limau kasturi 4 biji* – BELI DI SINI

Garam*

Ajinomoto*

Ikan bilis segenggam digoreng* – BELI DI SINI

IKLAN

CARA PENYEDIAAN:

  1. Celur pucuk paku

  1. Sangai tauge tanpa minyak sekejap sahaja jangan lama

  1. Sagat mangga muda

  1. Hiris nipis bawang merah

  1. Rebus kerang

  1. Sangai kelapa parut sehingga perang

  1. Kisar semua bahan yang bertanda *.

  1. Gaul kesemua bahan sehingga sebati dan boleh dihidangkan.

 

Resipi Kerabu Pucuk Paku Penambah Selera

 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Redza Rosida

IKLAN

Resipi Kerabu Pucuk Paku Penambah Selera

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Nasi Ulam Yang Sedap Dan Lebih Sihat!

Petua Jeruk Mangga Krup Krap Tak Cukup Sebalang

Telur Cili Kering Berempah Yang Mudah Dan Jimat Masa Di Dapur!

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://youtu.be/AxuV8KrPNtc

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI