Hidangan lauk pauk goreng pastinya menjadi pemikat selera serta pilihan ramai. Selain enak dan menyelerakan, sajian sebegini amat senang disediakan serta menjimatkan masa di dapur. Sajian lauk pauk goreng ini juga sangat sesuai bagi kaum ibu yang gemarkan hidangan yang ringkas, enak dan juga berkhasiat buat keluarga.

 

RESIPI LAUK PAUK GORENG

 

 1. BROKOLI DAN KACANG WALNUT GORENG

Koleksi Resipi Lauk Pauk Goreng Yang Mudah & Cepat Masak

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji brokoli | dipotong sederhana besar
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 50gm kacang walnut goreng
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 50ml air
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing kekuningan.
  2. Kemudian masukkan brokoli dan sos tiram yang sudah dilarutkan dengan air. Kacau rata.
  3. Apabila brokoli kelihatan sedikit lembut, masukkan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  4. Padamkan api dan masukkan walnut. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.

Info chef:  Walnut memberikan rasa lemak serta rangup pada hidangan lauk pauk goreng.

 

2. AYAM GORENG BBQ

Koleksi Resipi Lauk Pauk Goreng Yang Mudah & Cepat Masak

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ketul ayam | dibersihkan
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan  sos tomato
  • 2 sudu makan madu
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh herba parsli
  • 1 sudu teh serbuk stok ayam
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Minyak untuk mengoreng
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Dalam mangkuk besar, satukan sos tiram, sos tomato, madu, lada, herba parsli, stok ayam dan minyak masak. Kacau sehingga sebati. Tambah garam mengikut cita rasa anda.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Perapkan selama satu jam.
  3. Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

 

3. KERANG GORENG KICAP

Koleksi Resipi Lauk Pauk Goreng Yang Mudah & Cepat Masak

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kerang | dibersihkan
  • 5 ulas bawang putih | diketuk
  • 2 batang serai
  • 50ml kicap masin
  • 250ml air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.
  2. Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.
  3. Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.
  4. Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang.

Info chef:  Cuba rasa terlebih dahulu sebelum menambah garam kerana kicap telah memberikan rasa masin. Tambah gula jika perlu.

IKLAN

 

4. LALA GORENG CILI API

Koleksi Resipi Lauk Pauk Goreng Yang Mudah & Cepat Masak

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm lala | dibersihkan
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 50ml air
  • 1 batang bunga kantan
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bawang putih, cili padi dan bunga kantan diracik halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing kekuningan.
  3. Masukkan cili padi dan bunga kantan.  Tumis sehingga wangi.
  4. Tambahkan sos tiram, air dan lala. Kacau sehingga lala kelihatan masak.
  5. Ubah suai rasa dengan menambah garam dan gula mengikut cita rasa anda.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

 

 5. SOTONG NESTUM

Koleksi Resipi Lauk Pauk Goreng Yang Mudah & Cepat Masak

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong | dibersihkan
  • 60gm tepung gandum
  • 3 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 100gm nestum
  • 50ml susu pekat
  • 50ml susu cair
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 3 sudu makan mentega
  • Sedikit minyak untuk mengoreng
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Sotong digaul dengan tepung dan sedikit garam lalu di goreng separuh masak. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih dengan mentega sehingga garing kekuningan.
  3. Masukkan susu cair, susu pekat dan serbuk pati ayam. Kacau sebati.
  4. Seterusnya  masukkan sotong dan nestum. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Sedia untuk dihidang.

Info chef:  Kurangkan jumlah susu pekat jika kurang menggemari hidangan yang sedikit manis.

 

 6.DAGING GORENG UBI KENTANG

IKLAN

Koleksi Resipi Lauk Pauk Goreng Yang Mudah & Cepat Masak

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging batang pinang
  • 2 biji ubi kentang | dipotong dan digoreng separuh masak
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan serbuk kari
  • 2 ulas  bawang putih | dihiris
  • Sedikit minyak untuk mengoreng
  • Garam secukup rasa
  • 125ml air

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging ke dalam periuk dan rebus menngunakan api kecil selama 20 minit. Sejukkan daging seketika.
  2. Hiris daging nipis-nipis dan lumurkan dengan campuran serbuk kunyit, serbuk kari dan garam. Perap seketika.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  4. Kemudian masukkan daging. Goreng hingga separuh masak lalu masukkan air ddan juga ubi kentang.  
  5. Ubah suai rasa mengikut cita rasa anda dan sedia untuk dihidangkan.

Info chef:  Jika menggunakan daging bahagian lain, pastikan anda merebus lebih lama bagi mendapatkan tekstur daging yang empuk.

 

 7. JANTUNG PISANG TUMIS BAWANG PUTIH

Koleksi Resipi Lauk Pauk Goreng Yang Mudah & Cepat Masak

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji jantung pisang | dihiris
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 30gm ikan bilis
  • Sedikit minyak untuk mengoreng
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air| jika perlu

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah dan ikan bilis sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan jantung pisang. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kacau sehingga jantung pisang menjadi lembut.
  4. Ubah suai rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Info chef:  Jantung pisang hendaklah dihiris nipis dan direndam dengan air garam seketika bagi membuang getahnya.

 

8. CENDAWAN TOFU GORENG

IKLAN

Koleksi Resipi Lauk Pauk Goreng Yang Mudah & Cepat Masak

BAHAN-BAHAN:

  • 3 paket tofu jepun | dipotong bulat
  • 1 paket cendawan shintake | dihiris
  • 1 paket cendawan inoki
  • 1 paket cendawan shimeiji
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 biji cili padi
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih menggunakan sedikit minyak sehingga wangi.  
  2. Kemudian goreng tofu jepun sehingga hampir masak dan berwarna kekuningan.
  3. Masukkan kesemua cendawan dan masak sehingga sedikit layu.
  4. Tambahkan sos tiram, sedikit air dan  cili padi.  Reneh sehingga cendawan masak.
  5. Angkat dan hidangkan segera.

Info chef:  Hidangan ini tidak menggunakan garam kerana sos tiram telah memberikan rasa masin pada masakan.

 

9. PUCUK MANIS TELUR GORENG

Koleksi Resipi Lauk Pauk Goreng Yang Mudah & Cepat Masak

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ikat pucuk manis
  • 3 ulas bawang putih | diketuk kasar
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh stok ayam
  • Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Pecahkan telur dan perasakan dengan stok ayam dan juga serbuk lada hitam. Pukul sedikit hingga rata.
  3. Masukkan bancuhan telur ke dalam kuali. Kacau dengan cepat dan masukkan pucuk manis.
  4. Masak seketika dan tambah bahan perasa jika perlu.  
  5. Sedia untuk dinikmati.

Info chef:  Tambah sedikit air jika sukakan sayur goreng yang sedikit berkuah.

 

10. TELUR HANCUR PERIA KATAK

Koleksi Resipi Lauk Pauk Goreng Yang Mudah & Cepat Masak

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur ayam | dipukul
  • 2 biji peria katak | dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 3 biji bawang merah | dihiris
  • 1 biji cili merah | dihiris
  • Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan peria dan gaul sehingga separuh masak.
  3. Setelah itu tuangkan telur dan gaul lagi sehingga semua bahan kelihatan sebati.
  4. Perasakan dengan garam serta serbuk lada hitam dengan secukup rasa.
  5. Angkat dan nikmatinya bersama nasi panas.

Info chef:  Rendam hirisan peria di dalam air garam selama 10 minit bagi mengurangkan rasa pahit.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI