Bila menikmati kerabu dengan nasi panas-panas tentunya penambah selera makan. Setengah kita tanpa lauk lain hanya kerabu sudah melengkapi menu harian. Terdapat pelbagai jenis kerabu boleh dihidangkan dengan pelbagai versi. RASA kongsi resipi kerabu paling mudah dan dijamin sedap yang boleh korang try.
1.Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan. Hiris atau mayang halus bunga kantan, serai, bawang merah/besar dan cili api. Potong dadu kecil tomato dan juga sediakan limau nipis/limau kasturi untuk diperah.
2. Satukan semua bahan-bahan ini di dalam bekas dan gaulkan dengan garam, gula dan sedikit kiub ayam. Masukkan air perahan limau nipis dan limau kasturi (saya campurkan kedua-dua limau ini untuk lebih sedap) dan gaul rata. Kemudian masukkan pula ikan bilis, saya ramas-ramas dulu supaya senang nak makan nanti tetapi janganlah hancur sangat. Gaul rata sekali lagi.
IKLAN
3. Untuk kerabu, anda sesuaikan rasa, ada masam dan manisnya, garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin.
Nota: Ada orang guna sos ikan, boleh juga tetapi saya memang tak guna sos ikan. Nak masukkan hirisan daun limau purut pun boleh juga. Sesuaikan saja dengan selera anda.
Menu lama yang dikatakan berasal dari dapur Istana Kesultanan Siam. Ia merupakan hidangan daging mentah yang diadun bersama beberapa bahan-bahan bagi dijadikan kerabu. Namun, bukan semua daging boleh digunakan untuk menghasilkan sajian ini. Hanya daging batang pinang sahaja yang sesuai kerana teksturnya yang lebih lembut serta enak. Bagi yang tinggal negeri berhampiran sempadan Thailand seperti sesetengah kawasan di Kedah, menu ini juga antara hidangan yang disajikan dikala kenduri kendara pada zaman dulu-dulu. Bagi yang nak cuba, jom lihat bahan-bahannya.
KERABU DAGING MENTAH BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang
6 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
2 batang serai
1cm lengkuas
1cm halia
3 biji cili merah
1 sudu teh lada hitam
4 ulas bawang merah
BAHAN MAYANG HALUS:
4 helai daun limau purut
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Bersihkkan daging dari sebarang lemak dan urat.
Hiris nipis kemudian cincang halus.
Cuci hingga bersih dan toskan airnya.
Kemudian masukkan daging dalam mangkuk besar bersama bahan kisar halus.
Gaul rata, kemudian perahan jus limau nipis.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
Perapkan lebih kurang lima minit supaya semua bahan sebati dengan daging.
Akhir sekali masukkan bahan hirisan, gaul sekali lagi.
Setelah siap dan cukup rasa boleh hidangkan kerabu ini.
INFO CHEF: Jika ada suka boleh tambahkan hirisan bunga kantan dan daun kesum untuk aroma dan rasa yang lebih enak.
Pasti ramai yang tanam Bayam Brazil. Salah satu menu yang boleh dibuat ialah Kerabu Bayam Brazil. Jangan takt ahu, rasanya memang sangat sedap ya. Tidak perlu lauk pauk yang susah. Ada satu menu ni sahaja sudah boleh membuka selera. Cukup rasa pedas, masam dan masinnya. Anda nak cuba buat Kerabu Bayam Brazil ni? Saudari Nabila Humaira ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
Hirisan bunga kantan (kuantiti bahan mengikut cita rasa masing-masing)
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan Bayam Brazil dan toskan airnya.
2. Dalam bekas berasingan, sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan kerabu. Untuk asam boi, jangan ambil bijinya. Sagat isinya sahaja.
3. Masukkan bayam brazil ke dalam bekas diikuti hirisan mangga muda, cili padi, bawang merah, bunga kantan, jus limau nipis, gula dan asam boi. 4. Tambahkan juga kerisik. Gaul rata dan rasa masam, masin dan manisnya supaya seimbang. 5. Akhir sekali, tabur ikan bilis goreng. Lebih banyak diletak, lebih sedap rasa kerabu. 6. Siap. Kerabu Bayam Brazil sedia untuk dinikmati.
Anda suka sajian kerabu? Ha..Ni ada beberapa resipi mudah yang boleh anda cuba. Sesekali makan lauk simple macam ni, memang buka selera. Jom cuba!
1. KERABU BELIMBING BULUH BERSAMA DAUN SELOM
BAHAN A ( DIHIRIS):
Belimbing buluh
Daun selom
Bawang besar
Bunga kantan
BAHAN B ( DITUMBUK):
Kelapa parut
Belacan
Cili padi
Cili merah
BAHAN C:
3 ekor ikan termenung/ kembung – rebus, ambil isi dan hancurkan guna garfu
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Campurkan semua bahan A, B dan isi ikan. Gaul rata. Kuantiti bahan A & B ikut citarasa masing-masing. 2.Perasakan dengan garam secukupnya. 3.Sedia untuk dinikmati.
INFO: Belimbing buluh bila dah jadi kerabu, rasanya tidak masam pun.
1 ekor ikan kembung – rebus /bakar dan ambil isinya
100ml santan kotak (1/2 kotak santan kecik)
1 biji bawang besar – tumbuk
1 sudu makan lada hitam – tumbuk
Garam dan perasa
1 biji limau nipis
1 sudu makan kerisik
CARA MEMASAK: 1.Hiris jantung pisang yang dah empuk tadi. 2.Satukan bawang besar dan lada hitam yang telah ditumbuk bersama isi ikan. Tumbuk sekali lagi hingga lumat. 3.Campurkan bahan tumbuk, bawang hiris, cili potong, garam, perasa, kerisik dan santan ke dalam bekas berisi hirisan jantung pisang. Gaul rata. 4.Akhir seklai, perahkan limau nipis. 5.Untuk elak kerabu cepat basi, boleh didihkan sekejap di dalam kuali. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dimakan sahaja.
Sardin dalam tin (ambil ikan sahaja tanpa sos. Tak perlu tumis)
2 biji tomato
Bawang besar
Cili burung
Limau nipis
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Sardin dilecek dan digaul dulu dengan limau nipis. 2.Kemudian, tambahkan bahan-bahan lain ( jumlah ikut citarasa). Gaul rata. 3.Sedia untuk dihidangkan.
INFO: Kalau ada bunga kantan dan kacang panjang, boleh gaulkan sekali.
1 mangkuk perut lembu (perut tuala/perut bulat/ perut kitab) – rebus empuk dan potong kecil
1 ikat pucu paku – celur dan tos
1 genggam tauge – celur dan tos
1 biji bawang besar – dihiris
3/4 cawan santan pekat
3 sudu makan kerisik
2 sudu makan jus limau nipis
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
3 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
6 biji cili padi (merah dan hijau)
Belacan sebesar ibu jari tangan
CARA MEMASAK: 1.Tuang bahan kisar ke dalam bekas besar. 2.Seterusnya masukkan kerisik, jus limau nipis, santan, garam, gula dan perasa secukupnya. 3.Kemudian masukkan bawang besar, perut, pucuk paku dan tauge. Gaul rata. 4.Rasa dan jika ada kurang, tambah ikut selera anda.
INFO: Kuantiti bahan di atas kena pandai ubah ikut berapa banyak kerabu yang nak dibuat.
Cili api – dihiris . boleh ganti dengan serbuk lada hitam
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Kuantiti ikut jumlah kerang dan pucuk paku yang digunakan. 2.Jika suka rasa kerabu yang lebih menyerlah, lebihkan jus limau dan garam. 3.Sedia untuk dinikmati.