Bila menikmati kerabu dengan nasi panas-panas tentunya penambah selera makan. Setengah kita tanpa lauk lain hanya kerabu sudah melengkapi menu harian. Terdapat pelbagai jenis kerabu boleh dihidangkan dengan pelbagai versi. RASA kongsi resipi kerabu paling mudah dan dijamin sedap yang boleh korang try.
1.Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan. Hiris atau mayang halus bunga kantan, serai, bawang merah/besar dan cili api. Potong dadu kecil tomato dan juga sediakan limau nipis/limau kasturi untuk diperah.
2. Satukan semua bahan-bahan ini di dalam bekas dan gaulkan dengan garam, gula dan sedikit kiub ayam. Masukkan air perahan limau nipis dan limau kasturi (saya campurkan kedua-dua limau ini untuk lebih sedap) dan gaul rata. Kemudian masukkan pula ikan bilis, saya ramas-ramas dulu supaya senang nak makan nanti tetapi janganlah hancur sangat. Gaul rata sekali lagi.
IKLAN
3. Untuk kerabu, anda sesuaikan rasa, ada masam dan manisnya, garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin.
Nota: Ada orang guna sos ikan, boleh juga tetapi saya memang tak guna sos ikan. Nak masukkan hirisan daun limau purut pun boleh juga. Sesuaikan saja dengan selera anda.
Kalau rasa nak makan kerabu sotong ala Thailand, tak perlu dah beli di kedai kerana anda sendiri mampu hasilkannya sendiri di rumah. Cukup masam, masin dan pedasnya. Makan tanpa nasi pun boleh sebab ada suhun di dalamnya.
KERABU SOTONG SUHUN
BAHAN-BAHAN:
Sotong | dihiris nipis dan dicelur seketika
Bawang merah | dimayang halus
Cuka secukupnya
Limau nipis secukupnya
Cili padi | dihiris
Serai | dihiris nipis
Daun ketumbar | dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Kicap sotong secukupnya
CARA MEMASAK
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
Tambahkan bahan perasa seperti kicap sotong, garam dan gula secukupnya.
Siap dan sedia untuk dinikmati.
Nota: Jumlah bahan-bahan bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan. Padankan mengikut citarasa anda.
Tidak lengkap hidangan tanpa sayur, sebab itu walaupun sekadar ulam, sayur-sayuran wajib ada dalam menu. Kepada anda yang suka, kalau nak makan tak perlu tunggu balik kampung masak sendiri je kerana ini ada enam menu sayur kampung yang sedap dan mudah disediakan. Apa tunggu lagi jomlah kita cuba masak.
GULAI LEMAK PUCUK SELOM DENGAN KEPAH
BAHAN-BAHAN:
1 cekak daun selom | simpul dan celur seketika
300gm kepah
500ml santan
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan asam keping.
Renehkan di atas api sederhana.
Setelah mereneh masukkan daun selom yang telah dicelur tadi.
Diikuti dengan kepah.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
KARI REBUNG MADU RAMPAI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
500gm rebung madu | cuci bersih
200gm daging tetel | rebus & hiris kecil
1000ml santan
2 sudu makan air asam Jawa
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukupnya
Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN HIRIS HALUS:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, celur seketika rebung, setelah lembut, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau seketika masukkan pula rempah kari dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata masukkan air asam Jawa, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan rebung madu bersama daging tetel.
Gaul sebati, masukkan santan. Biarkan kari terus mereneh lebih kurang lima minit.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
KERABU PUCUK LABU RAMPAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk labu | bersihkan dan celur
200gm udang | buang kulit, celur dan tos
BAHAN URAP:
300gm kelapa | putih sahaja
5 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 sudu makan udang kering | kisar
8 biji cili padi | kisar
2cm kunyit hidup | kisar
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
1cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan urap dalam kuali hingga cukup rasa.
Hidupkan api goreng sangai bahan urap hingga sedikit garing.
Setelah cukup rasa dan sedikit garing. Tutup api dan ketepikan.
Masukkan daun labu dan udang yang telah dicelur tadi dalam mangkuk.
Taburkan bahan urap dan gaul rata hingga sekata.
Setelah siap bolehlah dihidangkan.
KERABU PUCUK PAKU DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk paku | celur dan tos
200gm daging bakar | hiris nipis
250ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
1 biji cili merah
8 biji cili padi
2cm halia muda | jika suka
CARA MEMASAK:
Campurkan pucuk paku yang telah dicelur dalam mangkuk.
Masukkan bersamanya bahan hirisan.
Diikuti kerisik, garam, gula dan jus limau nipis.
Gaul rata, kemudian masukkan
Gaul lagi sehingga cukup rasa.
Segera dihidangkan.
PUCUK TURI LEMAK PUTIH BERSAMA LABU DAN TEMPE
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk turi | lurutkan dari tangkai
1 potong labu kuning | buang kulit dan potong dadu
1 paket kecil tempe | potong dadu
1000ml santan
1 sudu makan ikan bilis
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2cm halia muda | hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan hirisan, ikan bilis, labu dan tempe.
Renehkan di atas api sederhana hingga mengelegak.
Masukkan pucuk turi Kacau lagi.
Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.
Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
SULUR KELADI MASAK ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ikat sulur keladi bersama isi
100 gm isi udang
2 sudu makan tempoyak
6 pucuk daun kesum
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
Pucuk daun karibiasanya dipetik dan dimakan sebagai ulam namun jarang melihat ia dijadikan sebagai kerabu. Sangat sedap dan memberikan aroma yang enak. Menerusi perkongsian saudari Nurul Nadzirah, rupanya pucuk kari ni boleh dijadikan kerabu dan rasanya juga sangat sedap. Wow! Boleh cuba ni. Jom lihat cara-caranya. Pasti anda akan suka akan rasanya.
RESEPI KERABU PUCUK DAUN KARI
BAHAN-BAHAN: Pucuk kari secukupnya Ikan sardin @ kembung – direbus dan ambil isi sahaja Isi udang – direbus Kerisik secukupnya – beli online disini Garam & sedikit serbuk cukup rasa Bawang besar – dihilis nipis
BAHAN KISAR: Kelapa parut 8 biji cili padi – lebihkan jika suka pedas Cili merah Air asam jawa – beli online disini Sedikit belacan – jika suka – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Kelapa parut dicampur bersama cili padi, cili merah, belacan dan air asam jawa secukupnya. Kemudian kisar. 2. Leraikan pucuk daun kari kemudian ramas dan gaul. Rendam dengan air garam lebih kurang 15 minit untuk buang bau.
3. Bilas dan tapis pucuk daun kari. 4. Gaulkan pucuk kari tadi dengan semua bahan-bahan yang lain.