Memasak tidaklah begitu sukar tetapi proses penyediaannya yang mengambil masa. Menerusi perkongsian oleh saudari Saloma Sal, beliau kongsikan cara-cara untuk menghasilkan pes-pes homemade yang pastinya memudahkan kerja-kerja memasak. Semuanya anda boleh hasilkan dan simpan dalam peti sejuk. Guna bila-bila masa yang anda inginkan.

KOLEKSI RESIPI PES HOMEMADE

 

1. PES IKAN BAKAR

BAHAN-BAHAN:

(jumlah bahan agak-agak ikut jumlah yang anda nak buat)

CARA MEMASAK:

1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai yang dihiris nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar tadi dengan sedikit minyak.
3. Masukkan gula secukupnya dan perahan air asam jawa. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas bertutup.

 

2. PES SAMBAL IKAN/ AYAM

BAHAN-BAHAN:

(jumlah bahan agak-agak ikut jumlah yang anda nak buat)

CARA MEMASAK:

1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.

IKLAN

2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis hingga garing.

3. Masukkan gula melaka atau gula putih secukupnya.

4. Masukkan juga perahan air asam jawa.

5. Kacau semua bahan sambal tumis hingga pecah minyak.

6. Perasakan dengan garam serta perasa dengan secukupnya.

7. Padamkan api dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bertutup.

 

3. PES NASI GORENG IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

(jumlah bahan agak-agak ikut jumlah yang anda nak buat)

CARA MEMASAK:

1. Kisar ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili padi.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi menggunakan api sederhana sehingga naik minyak.

3. Seterusnya masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga pes kelihatan agak pekat @ kering.

4. Padamkan api dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas berpenutup.

5. Untuk memasak nasi goreng menggunakan pes ini, bolehlah dimasikkan bebola ikan, udang, sotong, isi ayam dan sayur-sayuran supaya rasa lebih enak.

 

4. PES MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN:

  • Cili padi
  • Cili merah
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Serai
  • Halia
  • Kunyit

(jumlah bahan agak-agak ikut jumlah yang anda nak buat)

CARA MEMASAK:

1. Racik halus semua bahan kemudian dikisar dengan minyak masak.
2. Masak bahan kisar tadi dalam kuali sehingga naik minyak.
3. Sejukkan pes dan simpan dalam peti sejuk.
4. Untuk menggunanya, masukkan pes ke dalam periuk dan tambahkan santan serta garam. Masaklah seperti biasa.

Kredit resipi & foto: Saloma Sal

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Begini Cara Buat Murtabak Daging & Kuah Cuka Bawang Sedap Macam Jual Dekat Pasar Malam

Cara Masak Ayam Varuval Paling Mudah & Sedap

Resipi Ayam Perap Mayo Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Udang Belon Ala Thai Ini Hanya Guna 4 Bahan

Guna Sengkuang Cina. Ini Petua Buat Kuih Tako Yang Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official