Resipi Kek Kukus Butter Egg Gebu. Memang Tak Menyesal Buat

Share

Geram tengok bila buat kek jadi gebu. Nak makan pun rasa sayang. Korang yang suka kek kukus bolehlah cuba buat kek kukus butter egg ni. Memang sedap tak menyesal buat.

Bahan-bahan :

4 biji telur
125 gm gula kastor
1/2 sudu ovallet
1 sudu susu pekat manis
200 gm mentega/butter
190 gm tepung kek
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat :

1. Pukul telur, gula, dan ovalet sampai putih dan pekat.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.

3. Kacau butter bersama dengan susu pekat manis sehingga lembut

4. Kemudian masukkan butter tadi ke dalam adunan tepung dan gaul sehingga sebati.

5. Masukkan adunan dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak dan dikukus 40 minit – 1 jam.

~ Selamat Mencuba ~

IKLAN